Part 2

Crime Completed 6551

KERJASAMA ANTARA SYARIKAT PENA PENULISAN DENGAN WRITER'S BOOK BANGKOK AKHIRNYA SELESAI JUGA.

"Ok... I harap apa yang dipersetujui oleh kedua - dua team tadi tiada bantahan..." Ujar Ong Bee, orang kanan merangkap setiausaha kepada pemilik WRITER 'S BOOK BANGKOK.

"Cik Amaya... Ada apa - apa soalan yang nak diusulkan?" Tanya Ong Bee kepada Amaya selaku orang yang bertanggungjawab dalam kerjasama ini.

"Buat masa ni, belum ada usul nak dibincangkan... Kalau ada usul... Saya akan maklumkan secepat mungkin..." Jawab Amaya dengan tenang.

Ong Bee hanya tersenyum mengangguk sahaja. Lelaki yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri sahaja. Dia adalah Mr. Wandi Yan Hong.

Wandi Yan Hong atau di kenali dengan nama panggilan Wandi, adalah pemilik WRITER'S BOOK Bangkok yang berasal dari Malaysia. Ayahnya berasal dari Malaysia manakala ibunya berasal dari Songkla, Thailand.

Setakat itu sahaja yang dia tahu tentang perihal lelaki ini. Yang selebihnya masih menjadi rahsia lelaki itu. Lagipun sikap lelaki kelihatan agak ego dan dingin membuatkan hati Amaya berbelah bagi.

"Ok... Kalau macam tu... Mesyuarat kita hari ni akan saya tangguhkan dulu... Kalau dah ada masa nanti... Maklumkan semula..."

Dengan pengucapan yang di buat oleh Ong Bee tadi, maka berakhir lah mesyuarat petang itu. Semua orang yang berada di bilik mesyuarat beredar kecuali Amaya. Dia bangun dari tempat duduknya lalu mendekati Ong Bee yang sedang mengemas failnya di atas meja.

"Maafkan saya Mr. Ong Bee... Saya nak serahkan fail profil yang bertanggungjawab dalam kerjasama ini..." Ujar Amaya lalu menyerahkan fail berwarna biru kepada Ong Bee.

"Oh.. Ok... I pun dah lupa tadi nak dekat you... Nasib you ingatkan I... Thanks..."

Ong Bee terus mencapai fail biru dari tangan Amaya. Wandi pula memandang wajah Amaya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Kalau takde apa - apa lagi... Saya keluar dulu... Mr. Ong Bee... Mr. Wandi..." Amaya meminta diri. Ong Bee hanya mengangguk sahaja. Cepat - cepat Amaya keluar dari situ. Dia tidak betah bila Wandi memandangnya begitu. Seram sejuk dia jadinya.

"Wow... Mr. Wandi... Pandangan tu lain macam... Berkenan ke?" Perli Ong Bee. Dia menyerahkan fail biru tadi kepada Wandi.

Wandi hanya tersenyum sinis sahaja. Perlian Ong Bee diabaikan. Fail biru dicapai lalu dibuka.

Terserlah profil Amaya dahulu di muka pertama.

AMAYA REVVAN TEE

SEORANG PENULIS YANG BERBAKAT DALAM PELBAGAI GENRE.

NOVEL, CERPEN, SAJAK, PANTUN, PENCERITAAN DAN SEBAGAINYA.

26 TAHUN

BELUM BERKAHWIN

PERNAH MENJADI PENULIS BEBAS DI NEGARA LUAR ANTARANYA INDONESIA, BRUNEI DAN THAILAND.

"Not bad..." Komen Ong Bee.

Dia juga ikut membaca profil Amaya.

" Nampaknya... Tak lama lagi budak ni masuk perangkap kau lah..." Ujar Ong Bee lagi.

"Baru si heroin yang akan masuk perangkap... Belum lagi si hero yang masuk... Kita tunggu dan lihat nanti..." Barulah Wandi bersuara.

Gambar profil Amaya ditatap tajam bersama senyuman sinis.

Permainan akan bermula....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience