BAB 1

Crime Completed 6551

LIMA TAHUN KEMUDIAN...

Air mata Amaya bergenang bila melihat ayat yang terpapar di skrin laptopnya. Itu adalah sebahagian dari ceritanya yang terjadi lima tahun lepas. Dan selebihnya di olah pula.

"Woi... Kau ni boleh termenung pulak..." Sergah Lily Tan, rakan sekerja merangkap sepupu Amaya dari belakang.

Pantas Amaya mengesat air matanya kerana tidak mahu dilihat oleh Lily.

"Mana aku termenung... Aku tengah rangka ayatlah..." Dalih Amaya. Mata dipura - pura menghadap skrin laptop.

Berubah air muka Lily bila membaca ayat yang tertera di skrin laptop itu.

"Kau masih mengharapkan dia lagi ke Amaya?" Soal Lily. Dia tak menyangka yang sepupunya itu masih mengharapkan lelaki itu lagi.

Amaya hanya mendiamkan diri sahaja. Matanya masih fokus pada skrin laptop.

Melihat gadis itu, sengaja mendiamkan diri, terus kerusi yang diduduki oleh gadis itu ditarik menghadap dirinya. Bahu sepupunya itu dipegang.

"Dia dah mati Amaya... Lee dah mati dalam letupan bom atas bot lima tahun lepas..." Beritahu Lily. Dia harus menyedarkan Amaya yang lelaki yang bernama Lee sudah tiada.

"Aku masih tak percaya dengan semua ni... Kalau Lee mati... Mana mayatnya... Tentu pihak polis dah jumpa mayatnya walaupun dalam keadaan rentung..." Tingkah Amaya kembali. Tangan sepupunya ditepis perlahan.

"Amaya..."

"Dah aku nak balik... Apa - apa hal nanti call aku..." Potong Amaya. Dia menutup laptop dan mengemas barangnya di atas meja. Terus dia keluar ruangan pejabat tanpa mempedulikan Lily di situ.

Sampai bila kau nak mengharapkan dia lagi, Amaya? Keluh Lily di dalam hati.

Pening dia dengan sikap keras kepala sepupunya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience