BAB 36

Crime Completed 6551

HAMPIR REBAH LI WAN SAAT MENDENGAR PERKHABARAN DARI REEVE TENTANG KELUARGA AMAYA. BUKAN KELUARGA AMAYA SAHAJA, SEMUA YANG BERKAIT RAPAT DENGAN DIA MENERIMA NASIB YANG SAMA.

"Sial kau One!!" Meja kerjanya dihentak kuat. Dia sudah panas hati. Keluarga Amaya berada dalam tawanan lelaki itu sekarang. Bukan keluarga Amaya sahaja, keluarganya turut terlibat sama. Malah rakan sekerja Amaya serta ahli keluarga anak buahnya juga turut menjadi mangsa tawanan lelaki itu.

"Macam mana sekarang ni bos?" Ujar Wai dengan wajah bimbang. Bimbang kerana adiknya berada dalam tawanan lelaki itu.

Bukan dia sahaja berasa bimbang. Rakan - rakannya juga turut berkongsi rasa yang sama.

Tiba - tiba handphone milik Li Wan bergetar menandakan panggilan masuk.

Pantas tangannya mencapai telefon pintarnya.

"Hello..." Li Wan menjawab.

"Hello Lee..." Sapa suara dari talian sebelah. Berkerut dahi Li Wan mendengar suara itu.

"Kau? Mana kau sorok Amaya hah?" Jerkah Li Wan bila dapat mengecam suara di talian sebelah.

Siapa lagi kalau bukan One, ketua sindiket yang mereka buru sekarang.

"Wowoooo... Calm down bro... Jangan marah - marah..." One bersuara diselangi dengan ketawa yang menjengkelkan.

Naik jelak Li Wan mendengarnya.

"Aku takde masa nak dengar gelak ketawa kau tu.. Masa kau sorok diorang hah One... Mana kau sorok diorang!?" Jerkah Li Wan lagi.

Kesabarannya semakin tipis.

"Kau ni kan Li Wan... Dari dulu sampai sekarang... Langsung tak berubah perangai kau... Kuat mendesak... Tapi kau jangan risau... Tunang kesayangan kau masih hidup lagi... Orang - orang sekeliling dia pun masih hidup lagi... Tapi... Aku tak dapat pastikan yang diorang akan bertahan hidup atau tak sampai esok... "

Ayat One yang terakhir membuatkan Li Wan makin berang.

" Kau memang bedebah One!!!" Hamun Li Wan.

" Aku memang bedebah Li Wan... Tapi lau lagi bedebah dari aku... Kalau kau bagi balik bukti tu... Diorang semua ni takkan jadi macam ni... So, mana satu kau nak pilih... Pulangkan semula bukti atau diorang semua ni mati..."

Ya Tuhan... Apa lagi One ni nak buat lagi... Tak cukup lagi ke dah ragut nyawa orang yang kau sayang dulu... Rintih Li Wan di dalam hati.

" Kenapa diam... Tak sanggup? Takpe... Aku bagi masa dekat kau sampai besok... Kalau kau tak muncul... Terpaksalah aku habiskan diorang ni... So, see you tomorrow Li Wan..." One gelak jahat sebelum talian dimatikan.

"Bos... Kita dah tahu lokasi diorang..." Beritahu Darren.

Tanpa One sedari, mereka telah memasang alat pengesan canggih untuk mengesan keberadaan lokasi One sekarang.

"Bagus... Korang semua... Bersiap sedia sekarang..." Li Wan mengarahkan anak - anak buahnya.

"Baik Bos..." Jawab mereka serentak. Misi menyelamat pun bermula.

TUBUH AMAYA YANG SEDANG BERSANDAR LESU DI BAHU PAPANYA DITARIK KASAR OLEH ORANG BAWAHAN ONE.

Menyeringai gadis itu bila tubuh di tarik secara kasar.

"Kau nak buat apa dengan anak aku hah?" Marah Madam Jenny. Tangan lelaki yang memegang tubuh anaknya ditepis kasar. Tetapi sesaat cuma. Satu tamparan hinggap pada wajahnya. Hingga wanita itu tersungkur di tepi suaminya.

"Mama..." Jerit Amaya. Tidak sangka lelaki ini sanggup menampar wajah mamanya.

"Sibuk betul lah perempuan tua ni..." Jerkah lelaki yang memegang tubuh Amaya tadi.

"Kurang ajar! Berani kau tampar isteri aku!" Satu tamparan hinggap pada wajah lelaki itu. Terteleng juga kepala lelaki itu bahana tamparan padu dari Mr. Tee.

Lelaki itu mengelap bibirnya lalu tersenyum sinis.

"Kau ingat kau kuat sangat orang tua? Nah... Aku bagi balik kat kau..."

Satu tumbukan padu mengenai wajah Mr. Tee. Terus lelaki itu tersungkur di tepi isterinya.

"Papa..."

Tadi mama, sekarang papa pula dapat habuan dari lelaki bengis ini.

"Lepaslah... Apa yang awak nak dari saya..." Amaya meronta - ronta mahu melepaskan diri.

"Diamlah..." Tengking lelaki bengis itu. Tetapi langsung tak diendahkan oleh Amaya. Tangan kekar lelaki dipukul dengan laju.

Mungkin tidak sabar dengan perangai Amaya itu, satu tamparan hinggap pada wajah mulus gadis sehingga gadis itu terjelepok lemah disisinya.

" Amaya..." Panggil Madam Jenny perlahan. Air mata sudah berlinangan di pipinya. Tamparan lelaki bengis itu tadi membuatkan pipinya terpijar dan membengkak. Begitu juga dengan Mr. Tee.

"Korang berdua duduk sini diam - diam... Kalau aku tahu korang buat hal... Aku bunuh korang satu persatu... Faham?" Mata lelaki itu tajam menikam ke arah wajah kedua - dua orang tua Amaya.

"Korang berdua...Jaga tempat ni... Aku nak bawak perempuan ni dekat bos... Dia nak jumpa..." Lalu tubuh Amaya yang sudah terjelepok disisinya ditarik ke atas dan terus digendong keluar dari ruangan itu.

Madam Jenny dan Mr. Tee hanya memandang dengan linangan air mata sahaja. Mereka berharap di dalam hati semoga Li Wan, tunang anaknya cepat menemui mereka di sini.

DI SATU RUANGAN YANG LAIN PULA, MR. ALVIN BERSAMA-SAMA BERAPA ORANG STAF PENA PENULISAN TERESAK - ESAK MENAHAN TANGIS.

Di belakang mereka juga turut kelihatan beberapa orang. Mungkin menjadi tawanan seperti mereka juga.

Disebelah ruangan mereka pula, terdapat seorang wanita pertengahan umur bersama seorang kanak - kanak perempuan berada dalam lingkungan lima tahun.

Ruangan yang mereka huni ini seperti penjara. Persekitarannya juga kedap udara. Tiada langsung jalan keluar dari ruangan ini.

Tiba - tiba mata Mr. Alvin tertancap pada tubuh Amaya yang berada dalam gendongan lelaki bengis tadi.

"Amaya!!" Jerit Mr. Alvin.

Jeritan itu mengejutkan semua tawanan yang ketika itu sedang terpunduk murung.

Bahkan jeritannya itu dapat didengari oleh wanita pertengahan umur yang berada disebelah pertengahan umur itu adalah ibu Li Wan dan kanak - kanak itu adalah anak saudara Li Wan.

"Amaya?" Soalnya perlahan. Mata tuanya menatap sekujur tubuh gadis yang berada dalam gendongan seorang lelaki bertubuh kekar sedang melalui ruangan mereka.

"Ya Tuhan... Apa yang diorang nak buat dengan Amaya ni..." Rintih wanita itu perlahan.

Rupa-rupanya wanita itu adalah ibu Li Wan dan kanak - kanak perempuan itu adalah anak saudara Li Wan.

"Woi!! Diamlah!! Kau nak kena sembelih ke hah?" Gertak seorang penjaga ruangan dengan wajah yang bengis. Matanya merah menahan marah.

Terus tertutup mulut si sotong bila digertak sebegitu. Yang lain terus menikus ke belakang Mr. Alvin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience