BAB 13 Part 1

Crime Completed 6562

MASA KINI...

MENDENGUS AMAYA BILA mamanya masih mengatur jodohnya.

"Kamu ni kan Amaya... Bila mama bagitau... Mulalah kamu buat itu buat ini... Tak serius langsung..." Bebel Madam Jenny bila melihat tingkah anaknya yang sibuk membuat milo di dapur.

Amaya menghentikan perbuatannya lalu menghadap wajah mamanya.

"Bukan Amaya tak serius ma... Tapi Amaya malas nak ada komitmen lagi..." Jawab Amaya.

Mama ni pun satu! Suka hati dia aje nak aturkan jodoh aku! Bukan sekali tapi dah berkali - kali Madam Jenny buat begini! Tapi semuanya ditolak mentah - mentah.

Umur dia baru nak masuk 26 kot. Muda lagi!

"Haa... Itulah jawapan kamu bila mama buka soal jodoh... Eh Amaya... Kamu ingat umur kamu tu mud pagi ke?"

Aduh! Mahu pekak telinga jadinya bila Madam Jenny dah start membebel!

"Itu hal mama bukan hal Amaya... Dahlah... Amaya nak naik atas... Amaya penat..." Mug berisi air milo di ambil lalu bergegas menaiki tangga menuju ke biliknya.

"Eh budak ni! Orang belum habis bercakap dia dah naik... Bertuah punya anak!" Rengus Madam Jenny. Susah betul nak aturkan jodoh anaknya seorang ini sejak kejadian 5 tahun lepas.

Dulu Amaya tidak seperti ini. Ceria dan agak nakal. Sekarang dah berbeza. Lebih pendiam dan sering menyendiri. Kurang bergaul dengan orang.

RASA NAK HANTUK KEPALANYA ke dinding bila bakal jodoh yang di atur oleh mamanya sudah berada di rumahnya sekarang.

Nak tak nak, dia terpaksa juga berjumpa bila dia sudah separuh perjalanan pulang ke rumah.

Pandai juga mamanya main taktik helah. Dia tahu anaknya sudah berada tidak dari rumah, barulah dia call bagi tahu yang bakal jodohnya itu sudah berada di rumah mereka.

Aduh, mama! Pandai betul dia sampai anaknya pun tak sempat nak larikan diri!

"Hah tu dia..." Ujar Madam Jenny dengan nada ceria lalu bergegas ke arah Amaya yang baru sampai di muka pintu.

"Yang awak ni pun satu... Bagi lah budak tu masuk rumah dulu..." Tegur Mr. Tee kurang senang dengan tingkah isteri. Madam Jenny hanya mencebik sahaja lalu tubuh Amaya di tarik mendekati ruang tamu. Malas - malas Amaya mahu mengikuti langkah mamanya itu.

Sampai di ruang tamu, Amaya terkejut besar bila dua figura sedang merenungnya ketika ini.

"Untie Mary? Li Wan?"

"Korang semua dah saling kenal ke?" Tanya Madam Jenny dengan nada teruja. Ada chance lah ni!

Amaya pula tidak mengutik langsung. Kepalanya masih belum berfungsi sepenuhnya. Li Wan ni ke ynag mama nak jodohkan dengan aku?

"Ya... Kitorang dah kenal masa majlis pelancaran novel Amaya tempoh hari..." Suara Li Wan mengembalikan Amaya ke dunia nyata semula.

"Yang kamu berdiri tercegat dekat situ dah kenapa? Mari sini... Duduk dengan mama..." Terus tubuh Amaya ditarik duduk di sebelahnya. Amaya hanya menurut sahaja. Terus dia duduk di sebelah mamanya.

Pandai betul si Lee nak pikat si amaya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience