BAB 44 Part 1

Crime Completed 6562

SETAHUN KEMUDIAN...

Tok... Tok... Tok...

"Masuk..." Arah Amaya bila menyedari pintu bilik pejabatnya di ketuk dari luar. Seminit kemudian, masuk Tira pembantu peribadi papanya masuk ke dalam ruangan pejabatnya. Amaya masih sibuk menyemak fail yang berada di atas mejanya.

"Oo.. Kak Tira... Ada apa ya?" Soal Amaya bila menyedari kelibat Tira di hadapannya kini.

"Cik Amaya... Mr. Tee minta Cik Amaya ke pejabat dia sekarang sebab Mr. Tee ada perkara penting nak beritahu Cik Amaya..." Terus Tira memberitahu kepada anak majikan bila sudah berdiri di hadapan anak majikannya kini.
Terhenti pekerjaan Amaya bila Tira menyebut tentang papanya.

"Papa? Nak jumpa? Sekarang?"

"Ya Cik Amaya..."

"Baiklah... Nanti saya jumpa papa..." Putus Amaya lalu menyambung kembali pekerjaannya yang tergendala tadi.

"Baik Cik Amaya... Saya keluar dulu..." Tira meminta diri lalu terus keluar dari situ.

"ADA APA PAPA NAK JUMPA AMAYA NI?" Soal Amaya sebaik sahaja sampai di ruang pejabat papanya.

Sejak meletak jawatan secara rasmi di PENA PENULISAN, Amaya kembali bekerja dengan Mr. Tee di bahagian pengeditan dan penulisan sebagai ketua bahagian.

Rancangannya untuk bekerja di syarikat Mr. Tee adalah secara sukarela. Tiada paksaan dari mana - mana pihak.

"Oh ya... Papa ada hal penting nak bagitau Amaya..."

"Hal penting apa papa?" Tanya Amaya lagi. Dia sudah duduk di kerusi di hadapan papanya kini.

Pertanyaan anaknya dibiarkan seketika. Fail di hadapannya di periksa satu persatu dahulu.

Amaya sabar menanti bila melihat papanya masih sibuk dengan memeriksa fail. Dia menunggu sehingga lelaki itu selesai memeriksa tugasnya.

"Papa nak kamu pergi ke tempat ni nanti untuk wakilkan papa..." Lalu dia menyerahkan sampul surat putih kepada anaknya.

"Apa ni?" Tanya Amaya. Berkerut dahinya bila melihat sampul surat putih itu di hadapannya.

"Bukalah..."

Nak tak nak, sampul surat putih itu dicapai lalu dibuka. Isi dalam sampul surat itu ditarik perlahan.

HOTEL VIEW PARK

"Hotel View Park?"

"Yeah... Hotel View Park..."

"Papa nak suruh Amaya buat apa ni?" Soal Amaya dengan nada curiga. Kadang - kadang papanya ini tidak boleh percaya sangat. Ada saja plan Mr. Tee dengan Madam Jenny untuk kenakan dia nanti.

"Alah... Kamu ni Amaya... Mana ada papa suruh buat apa pun... Papa just suruh kamu untuk wakilkan papa... Itu aje..." Cepat - cepat Mr. Tee berdalih. Takut terkantoi.

Haa... Betulkan apa andaian Amaya tadi. Mesti Mr. Tee ada rancang sesuatu untuk anak kesayangannya ini.

" Tapi... " Amaya masih lagi bersuara.

" No... Ini arahan dari papa... Wajib harus ikut... " Hah! Nampaknya Mr. Tee sudah menggunakan kuasa vetonya. Alah... Acah - acah aje tu!

"Yelah... Yelah... Amaya pergi..." Akhirnya Amaya bersetuju juga bila papanya sudah menggunakan kuasa vetonya. Nak tak nak, kena ikut juga.

"Oklah... Kalau takde apa - apa lagi... Amaya keluar dulu... Waktu kerja pun dah nak habis..." Amaya bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke arah pintu.

"Tapi sebelum tu... Amaya nak pergi satu tempat ni boleh tak papa..." Pinta Amaya. Berharap papanya memberi keizinan.

"Nak pergi mana?"

"Christian Of Memory..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience