Part 2

Crime Completed 6551

AMAYA MEMANDANG TAJAM KE ARAH LI WAN. Mereka sekarang berada disebuah restoran masakan selera kampung. Mereka berdua sengaja memilih tempat duduk yang agak terpencil dan tersorok dari orang ramai agar komunikasi antara mereka tidak terganggu.

"Cuba awak jelaskan apa yang berlaku tadi..." Ujar Amaya setelah agak lama mereka mendiamkan diri dari tadi. Mereka hanya memesan air sahaja.

"Jelaskan apa lagi..." Li Wan masih bermain tarik tali.

Mendengus Amaya dengan jawapan Li Wan ini.

"Sejak bila saya ni bakal tunang awak? Dah lah hilang 2 minggu... Muncul aje terus cakap yang tak masuk akal..."

"Hai... Macam ada orang rindu kita aje..." Sempat lagi si Li Wan nak bergurau. Terus dia berdehem bila gurauannya langsung tak diterima oleh Amaya.

"Listen to me Li Wan... Saya hargai apa yang keluarga kita aturkan... Tapi... Semua ini takkan jadi... Hati saya bukan untuk awak... Hati saya pada..."

"Pada Lee maksud awak?" Potong Li Wan.

"Macam mana awak tahu nama dia?"

"Kali pertama awak nampak saya... Terus awak panggil saya Lee... Tapi yang peliknya... Muka saya ni ada iras dengan dia ke?" Tanya Li Wan dengan sengaja mengetuk meja dengan jari jemarinya.

"Sebab dia ke awak masih bujang sampai sekarang?" Tanya Li Wan.

"Itu hal saya dengan dia... Awak tak payah masuk campur...."

"Look Amaya... Lee dah bertahun - tahun hilang... Takkan awak nak sia - siakan hidup awak dengan meratapi dia lagi..."

Kening Amaya berkerut bila mendengar ayat yang keluar dari mulut Li Wan.

"Dari mana awak tahu semua ni?"

"Saya Ketua Pengawal Peribadi.. Saya ex - army... Mencari maklumat orang hilang adalah kepakaran saya... Sebab tu lah saya tahu segalanya... Mengikut senarai data... Orang yang bernama Lee ni mati dalam letupan bom lima tahun lepas..."

"So... Jangan awak nak berharap lebih dengan semua ni..."

"No... Saya pasti dia hidup kembali... Itu janji dia pada saya..." Jawab Amaya yakin.

"Awak yakin ke?" Sengaja Li Wan memprovok Amaya.

"Saya yakin sebab Lee adalah cinta pertama saya..."

Berubah wajah Li Wan bila Amaya berkata begitu. Betul ke apa yang aku dengar ni?

"Saya pergi dulu..." Tanpa pamitan, Amaya terus keluar dari restoran itu. Air mata yang bergenang tadi akhirnya tumpah jua.

Li Wan yang tergamam dengan pengakuan Amaya tadi hanya mampu melihat sahaja gadis itu keluar dari restoran itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience