Part 2

Crime Completed 6562

"DIORANG NAK APA DARI SAYA SAMPAIKAN AWAK KENA BUAT IDENTITI BARU?" Soal Amaya.

Dia kini berada di rumah milik Li Wan. Sudah seminggu lelaki itu keluar dari hospital. Dalam seminggu itu juga dirinya serba tak kena kerana mahukan jawapan dari Li Wan.

Tapi disabarkan juga hati kerana memahami keadaan lelaki itu.

" Sabar dear... Duduk dulu..." Ujar Li Wan dengan nada lembut. Tangannya mempersilakan Amaya duduk di sebelahnya.

Hendak tak hendak, Amaya duduk jua disebelah Li Wan.

"Ok... Saya dah duduk ni... Jadi dipersilakan jawab soalan saya tadi..." Kalau tak gesa orang, bukan Amaya lah namanya!

Kadang - kadang perangai Amaya ni menurun sedikit dari mamanya. Cuma dia sendiri yang tak sedar.

"Ok... Saya akan ceritakan semuanya..."

Sudah sampai masanya untuk Amaya mengetahui segalanya. Walaupun Amaya sudah mengetahui awal dari mulut orang lain.

Siapa lagi kalau bukan Wanda, si perempuan simpanan itu. Argh! Soal si Wanda tolak ke tepi dulu.

Sekarang cari ayat untuk perjelaskan kepada Amaya dulu.

"Amaya... Saya harap awak terima semua ni dengan hati yang terbuka..." Pinta Li Wan.

Matanya memandang tepat ke arah mata Amaya yang kini sedang tekun mendengar butir bicaranya.

"Please Amaya... Apa pun yang bakal saya katakan nanti... Saya harap sangat awak terima dengan hati yang terbuka..." Pinta Li Wan sekali lagi.

"Ya... Saya janji..." Mahu tak mahu, Amaya terpaksa juga berkata. Dah nak buat macam mana. Hatinya meronta mahukan penjelasan dari lelaki ini.

"Baiklah... Saya akan ceritakan semuanya..."

Dan...

Kisah silam lima tahun lalu kembali semula...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience