BAB 9

Crime Completed 6562

MACAM YANG DI AGAK SEBELUM INI, kelibat Madam Jenny langsung tak kelihatan dalam majlis pelancaran ini. Hanya kelibat Mr. Tee sahaja yang kelihatan.

Bila orang bertanya, terpaksa Mr. Tee menipu yang isterinya tidak sihat dan sedang berehat di rumah. Padahal sekarang Madam Jenny sedang bersuka ria di rumah adik beradiknya.

Majlis sudah pun bermula.

"Di jemput penulis novel 'Cinta Yang Pertama' untuk naik ke atas pentas... Cik Amaya Revvan Tee... Berikan tepukan gemuruh buat beliau..." Pengacara majlis memanggil Amaya.

Amaya terus bangun dari tempat duduknya lalu berjalan perlahan menuju ke arah pentas. Anggun sekali bila tubuhnya disaluti dress hitam yang dihiasi manik-manik sangat memukau para tetamu yang hadir pada malam itu.

" Boleh Cik Amaya ceritakan serba sedikit tentang novel ini..." Pengacara majlis mengutarakan pendapat.

Mikrofon diberikan oleh petugas kepadanya.

"Novel terbaru saya ini saya gabungkan antara kisah yang berlaku pada saya lima tahun lepas... Tuan - tuan dan puan - puan pun dah sedia maklum apa yang berlaku pada saya sebelum ini... Dan selebihnya saya olahkan semula..." Ringkas sahaja penerangan Amaya.

" Okay... Terima kasih atas penerangan Cik Amaya tadi... Cik Amaya boleh kembali ke tempat duduk Cik semula.... " Pengacara majlis mempersilakan Amaya turun dari pentas. Amaya memberi mikrofon ke petugas lalu berjalan turun dari pentas.

Setelah selesai majlis, Amaya meminta diri untuk ke tandas.

" Sekejap ya... Saya panggilkan ketua pengawal yang berjaga dekat sini..." Ujar petugas. Matanya melilau mencari kelibat ketua pengawal.

Bila bertemu susuk tubuh ketua pengawal itu, terus dipanggil.

"Mr. Li Wan...."

Terus lelaki itu berpaling bila namanya disebut.
Terkedu Amaya bila lelaki itu berpaling. Petugas itu mengamit ke arah lelaki itu. Lelaki yang di panggil Li Wan itu terus menuju ke arah mereka.

"Lee?"

Terpacul nama itu dari mulut Amaya.

"Excuse me, miss?" Lelaki itu bersuara.

"Awak Lee kan..." Tanya Amaya dengan nada teruja.

"Maaf miss... Saya bukan Lee... Saya Li Wan..." Ujar ketua pengawal itu.

"Ya... Cik Amaya... Ini Li Wan... Bukan Lee yang Cik Amaya maksudkan tu..." Petugas pulak menyampuk.

Kecewa hati Amaya bila lelaki itu bukan Lee yang dicari. Wajah lelaki ini sangat mirip dengan Lee, cinta pertamanya. Mungkin pelanduk dua serupa agaknya.

" Ada apa kau panggil aku tadi? " Soal Li Wan ke topik asal.

" Oh... Kau tolong tunjukkan Cik Amaya ni toilet..." Petugas itu memberi tahu.

"Boleh aje... Silakan Cik Amaya..." Li Wan mempersilakan Amaya. Lelaki itu tersenyum pada dirinya. Amaya membalas dengan senyuman hambar. Pantas langkah Li Wan diikuti.

"AMAYA... SINI KEJAP..." Mr. Tee menggamit anak perempuannya. Amaya terus melangkah menuju ke arah papanya.

Di sisi papanya kelihatan berdiri seorang wanita dan seorang lelaki... Eh Li Wan?

Kenapa pulak lelaki ni boleh ada dekat situ? Padahal tadi berjaga dekat luar.

" Ni papa nak kenalkan... Yang ni Untie Mary... Sahabat karib mama dan papa... Yang sebelah ni pulak anak lelaki untie Mary... Li Wan namanya..."

"Kitorang dah kenal tadi Mr. Tee... Masa saya tolong tunjuk kan tandas pada Cik Amaya tadi..." Li Wan bersuara.

"Oh... I see... Alah... Tak payahlah panggil uncle macam tu... Panggil uncle Tee pun dah cukup..." Bantah Mr. Tee.

Li Wan hanya tersengih sahaja.

"Dah besar rupanya Amaya ni... Makin besar makin cantik untie tengok..." Ujar Puan Mary dengan matanya mengerling ke arah anaknya penuh makna. Mr. Tee dan Amaya tidak menyedari akan pandangan Puan Mary pada Li Wan.

"Dah boleh kahwin pun sebenarnya... Tapi bila kita aturkan jodoh... Semuanya ditolak mentah - mentah..." Cerita Mr. Tee tanpa bertapis.

"Papa..." Amaya mencelah. Mukanya sudah merah menahan malu.

Papa ni pun satu! Suka - suka dia aje cerita dekat orang! Rungut Amaya.

"Err... Papa... Untie... Amaya pergi sana dulu lah... Ada orang nak minta autograf Amaya..." Amaya meminta izin. Dia tidak betah berada disitu. Lebih -lebih lagi papanya sengaja membuka topik kahwin.

"Yelah..."

Amaya terus berlalu dari situ dan mendekati kumpulan yang mahukan autografnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience