BAB 27 Part 1

Crime Completed 6562

LIMA TAHUN LEPAS...

SELATAN THAILAND...

"You pergi mana Lee?" Tanya Wanda sebaik sahaja melihat kelibat Lee berada dihadapannya.

Mereka sekarang berada di rumah yang ditempatkan sebagai rumah persinggahan ahli kumpulan yang mahu kan ketenangan. Dah namanya pun tempat persinggahan, macam - macam servis ada di situ. Spa, servis untuk melanggan pelacur, disko dan kasino.

"Yang kau sibuk sangat ni dah kenapa?" Balas Lee semula. Peti ais di buka. Minuman bertin diambil. Peti ditutup semula.

"You pergi jumpa perempuan tu kan..." Tebak Wanda.

"So what?" Balas Lee kerek.

"Eh Lee... You kena ingat yang perempuan tu akan jadi hak milik One jugak nanti... You takde hak dekat dia..." Wanda memberi peringatan.

"Kau cakap apa? Aku takde hak dekat dia? Habis aku ni ada hak dekat siapa? Kau?" Lee ketawa sinis. Penutup tin di buka lalu diteguk rakus.

"Apa salahnya kalau you jadi hak I?" Ujar Wanda dengan suara menggodanya. Tangannya mula meliar ke arah dada bidang milik Lee.

"Kau ni memang jenis macam ni ke? Tak cukup satu lelaki... Nak goda aku pulak... Kau kena ingat... Yang kau tu hak milik One... Bukan hak milik aku... Jadi kau tak payah nak mengeletis dekat aku macam ni... Nanti tak pasal muka aku pecah kena penumbuk bodyguard kau pulak... "

Aduh ayat si Lee ni! Bikin jantung luruh aje!

Mana taknya. Setiap patah yang keluar dari mulutnya bisanya kalah King Cobra!

Mencebik mulut Wanda bila mendengar ayat bisa si Lee itu.

"Dahlah... Baik aku blah dari sini... Lama - lama nanti... Ulat bulu kacau pulak..." Terus dia berlalu dari situ tanpa menghiraukan panggilan dari Wanda.

"I DENGAR YOU JUMPA LEE DEKAT RUMAH PERSINGGAHAN TADI..." Tanya One kepada Wanda. Matanya tunak memandang wajah Wanda yang sibuk mencantikkan kukunya. Wajahnya seperti biasa dilindung disebalik mask hitam yang dipakai.

Terhenti pekerjaan Wanda seketika bila One menyoalnya begitu.

" Kebetulan I terjumpa dia dekat situ... Jadi I sapa lah dia..." Ujar Wanda selamba sambil menyambung semula pekerjaannya.

Dia terjerit bila secara tiba - tiba One mencengkam rambutnya dari belakang sehingga dia kepalanya terdongak ke atas.

"Apa you buat ni honey? Sakitlah kepala I!!!" Marah Wanda.

Tangannya sibuk mahu meleraikan cengkaman tangan One dari rambutnya. Mahu tercabut kulit kepalanya bila One mencengkam rambutnya sebegitu.

"You kalau berani lagi jumpa si Lee tu... Mati you I kerjakan... Faham!?" Ugut One. Rambut Wanda di lepas kasar. Habis berserabai rambut wanita itu jadinya.

Merah muka Wanda menahan perit cengkaman One itu. Kulit kepalanya terasa pedih sekali. Bukan sekali One memperlakukan dirinya sebegitu. Tapi sudah berkali - kali.

Malah tubuhnya turut dijadikan boneka mainan oleh lelaki kejam ini bila setiap perlakuannya tidak kena dihadapan lelaki ini.

"Dah... I nak blah... Duduk sini dengan you pun buat semak aje..." One bangun dari tempat duduknya lalu terus beredar dari situ.

Sebelum pergi, sekali lagi dia memberi amaran.

"You ingat apa yang I pesan tadi..."

Kelibatnya terus menghilang usai berkata.

Wanda hanya mampu menahan kegelisahan bila One, si ketua penyeludup telah memberi amaran kepada dirinya. Amaran lelaki ini jangan dibuat main.

Jika ingkar, maut menanti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience