BAB 32

Crime Completed 6551

MENANGIS AMAYA SELEPAS MENDENGAR PENJELASAN LI WAN TENTANG TRAGEDI LIMA TAHUN LEPAS.

Belakang tubuh lelaki yang berparut itu diusap perlahan.

"Macam mana awak hadapi semua ni sendirian Li Wan?" Soal Amaya dengan sayu.

Selama ini dia menyangka Li Wan sudah tidak mengingati dirinya dan pergi begitu sahaja.

Rupanya lelaki itu sentiasa dekat dengan dirinya kerana mahu melindungi dirinya dari bahaya.

Betapa besarnya pengorbanan Li Wan pada dirinya.

"Saya mintak maaf sebab fikir yang bukan - bukan pasal awak selama ni..." Amaya meminta maaf.

Kesengsaraan yang di hadapi oleh Li Wan selama lima tahun ini membuatkan dia rasa sangat bersalah.

Bagaimana Li Wan bisa menghadapi bahang besi panas yang melekap pada belakang tubuhnya waktu itu. Ngeri bila dia memikirkan.

Tangan Amaya yang berada di belakang badannya dicapai. Jari jemari comel itu di genggam erat.

"Dah... Jangan salahkan diri sendiri... Yang penting sekarang awak dah selamat dari bahaya..." Ucap Li Wan dengan nada lembut. Wajahnya kesayangannya yang sudah lencun dengan air mata di lap dengan lembut.

"Dah... Jom saya bawa awak ke suatu tempat..." Ajak Li Wan. T shirt hitam kembali di sarung pada tubuh sasanya.

"Nak pergi mana?"

"Adalah... Jom..." Tangan dihulur ke arah Amaya.

Tanpa teragak, huluran tangan Li Wan disambut. Dia pasti Li Wan pasti akan sentiasa bersama dirinya.

BERKERUT DAHI AMAYA BILA LI WAN MEMBERHENTIKAN 4×4 HITAM MILIKNYA PADA SEBUAH BANGUNAN.

Dia pantas keluar dari kereta bila melihat Li Wan sudah keluar dari bahagian pemandu. Matanya masih tunak memandang bangunan tersebut. Signboard yang terpampang besar di hadapan dibaca perlahan.

"RUMAH CAHAYA INDAH"

"Kita nak buat apa dekat sini?" Tanya Amaya ingin tahu.

Li Wan hanya tersenyum sahaja. Jari jemari Amaya pantas dicapai lalu mereka beriringan masuk ke dalam.

Kelihatan Li Wan sudah biasa dengan staf - staf yang menjaga tempat ini. Mereka berjalan lagi sehinggalah mereka berhenti pada satu bilik.

Pintu bilik itu tertutup rapat. Mereka hanya dapat melihat melalui cermin empat persegi yang dipasang pada pintu bilik tersebut.

Kelihatan seorang wanita sedang memeluk melutut membelakangi mereka.

Mata wanita itu tunak memandang ke luar jendela.

"Itu adalah kakak ipar saya... Kak Linda..." Beritahu Li Wan tanpa di pinta. Matanya fokus pada figura kakak iparnya.

Amaya hanya mendiamkan diri sahaja. Langsung tidak mencelah. Membiarkan Li Wan menceritakan semuanya.

"Dulu... Kak Linda bukan begini orangnya... Kak Linda dulu periang... Sopan dan baik hati... Tapi berubah sekelip mata selepas kematian abang saya, Li Sep..." Wajah Li Wan bertukar murung.

Wajah terakhir Li Sep kembali menjengah ke ruang minda. Wajah yang tersenyum gembira kerana bakal menjadi seorang bapa.

Li Sep, seorang anggota komando yang juga abang kepada Li Wan. Mereka adik beradik sudah lama menyertai angkatan tentera mengikut jejak langkah arwah bapa mereka.

"Abang saya terkorban dalam operasi yang kami sertai enam tahun lepas... Terkorban atas tangan penjenayah durjana..." Air mata bergenang di kelopak matanya.

Hatinya pedih bila teringat di saat - saat terakhir, abangnya berpesan supaya menjaga isteri dan anak yang berada dalam kandungan isterinya.

Malah penjenayah durjana itu sempat lagi ketawa mengejek disebalik topeng yang dipakai sebelum hilang bersama bot yang dinaiki.

Air mata Amaya turut bergenang saat mendengar luahan Li Wan tadi.

Li Wan menyambung lagi.

"Kematian abang Li Sep membuatkan Kak Linda hilang semangat... Dan setelah melahirkan Yee Yun, dia dah jadi kurang waras..."

Oh Tuhan! Sungguh berat ujian yang ditanggung keluarga Li Wan selama ini. Mata Amaya terus fokus ke arah wanita yang membelakangi mereka.

Kehilangan orang tersayang membuatkan wanita ini hilang kewarasan diri.

" Papa Li!!! "

Jeritan suara kecil menghentikan lamunannya. Pantas kedua - duanya mencari arah punca jeritan suara kecil tersebut.

Seorang kanak - kanak perempuan dalam lingkungan lima tahun sedang berlari ke arah mereka. Lebih tepat lagi ke arah Li Wan!

Terus Li Wan menunduk mendepangkan tangannya ke arah gadis kecil itu. Pelukan disambut lalu tubuh si kecil dibawa kedalam dukungan.

Rupanya si gadis kecil bukan bersendirian. Kelibat Reeve, Wai dan Darren muncul dihadapan mereka kini.

"Papa Li... Yee rindu Papa Li..." Ujar si kecil dengan nada manja. Mata bulatnya terkebil - kebil merenung wajah pak sunya.

"Ya sayang... Papa Li pun rindu Yee jugak..." Terus pipi tembam si kecil dicium manja.

"Papa Li... Siapa Untie dekat sebelah ni?" Si kecil bertanya. Wajah polosnya merenung ke arah Amaya yang sedang tersenyum ke arahnya.

"Yang ni Untie Maya... Salam tangan Untie..." Arah Li Wan. Si kecil patuh lalu huluran salam Amaya disambut.

"Hai Untie Maya... Nama saya Yee Yun... Untie boleh panggil saya Yee saja..." Petah sungguh si kecil ini berbicara walaupun usianya baru lima tahun.

"Hai Yee Yun..." Jawab Amaya dengan nada teruja.

"Yee Yun datang ni dengan siapa? Yee Yun datang dengan Uncle tiga orang ni ke?" Soal Li Wan. Yee Yun mengangguk.

"Popo mana?" Tanya Li Wan lagi. Matanya meliar mencari kelibat ibunya.

'Popo' merujuk kepada perkataan 'nenek'.

"Puan Besar tak dapat datang... Ada hal katanya... Jadi Puan Besar suruh kami bertiga bawa Yee Yun datang sini..." Jelas Darren.

Li Wan mengangguk faham.

"Papa Li... Boleh tak Yee nak jumpa mummy?" Si kecil bersuara.

"Boleh... Apa salahnya... Jom kita masuk..." Lalu si kecil yang berada dalam dukungannya dibawa masuk. Amaya juga dipelawa masuk. Kecuali Darren, Reeve dan Wai.

Mereka bertiga hanya duduk di luar bilik sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience