BAB 10

Crime Completed 6551

"BOS... CIP TU MASIH ADA LAGI DEKAT RUMAH CIK AMAYA..." Suara anak buahnya menyapa gegendang telinganya.

Li Wan hanya mengangguk sahaja.

Li Wan, seorang ketua pengawal dan juga seorang perisik yang ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai sindiket pemerdagangan manusia serta penyeludupan dadah di sekitar negara jiran antaranya Thailand dan Indonesia.

Dan dia juga di kenali dengan nama Lee, orang yang di syaki mati dalam letupan bom atas bot lima tahun lepas.

"Bos... Kenapa bos perlu muncul semula dalam hidup Cik Amaya?" Soal salah satu anak buahnya yang bernama Reeve.

Tersentak Li Wan bila Reeve bertanya begitu.

"Kau pun tahu kan kenapa aku muncul kembali dalam hidup dia?" Soal Li Wan semula.

"Selagi kita tak dapat cip tu... Selagi itulah aku akan dekati dia..."

"Dekati Cik Amaya dengan identiti baru? Begitu?" Potong Reeve.

"Kau dah kenapa Reeve macam tak puas hati dengan aku aje?" Soal Li Wan dengan sedikit garang.

"Saya bukan tak puas hati dengan bos... Tapi satu je yang bos kena tahu... Walaupun sekarang bos berpura - pura tak kenal Cik Amaya... Lambat laun Cik Amaya akan tahu jugak siapa bos sebenarnya..." Reeve memberi nasihat dan juga amaran.

Terdiam Li Wan dengan ayat Reeve itu.

" Saya keluar dulu... " Reeve meminta izin untuk keluar dari ruangan tempat mereka berkumpul setiap kali bila ada informasi baru.

Termenung sejenak Li Wan bila kelibat Reeve sudah menghilang.

Kenangan lima tahun lepas kembali menjengah dalam ingatannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience