Part 2

Crime Completed 6551

DERAP LANGKAH SEORANG YANG SEDANG MENUJU KE ARAH RUANGANNYA MENYEBABKAN LELAKI ITU PANTAS MENCAPAI PISTOL YANG BERADA DI DALAM LACI.

Muncul salah seorang anak buahnya dibalik pintu dengan kesan darah di serata tubuhnya.

"Bos... Bos kena larikan diri sekarang... Kawasan ni polis dah kepung..." Ujar lelaki itu dengan nafas tercungap - cungap.

"Apa??" Pekik One tidak keruan.

Sial! Macam mana polis tahu tempat persembunyian aku ni!

Li Wan!

Tiba - tiba nama itu meniti di bibirnya.

Kau memang sial Li Wan! One menyumpah seranah Li Wan.

Pekikannya telah membuatkan Amaya tersedar dari pengsan.

Dia mendesis perlahan sambil memegang kepalanya yang masih berpusing.

Dia menggeleng kepalanya beberapa kali untuk menghilangkan rasa pening.

Setelah agak reda, barulah matanya meliar melihat keadaan sekeliling.

"Aku kat mana ni?" Suara serak - serak basah Amaya menghentikan pertelingkahan antara One dan orang bawahannya.

"Kau boleh pergi sekarang... Arahkan orang - orang kita untuk bersiap sedia... Faham?" One memberi arahan.

"Baik bos..." Bergegas lelaki itu keluar dari situ.

Selesai berbicara, dia kembali mendapatkan Amaya. Amaya sudah mengengsot ke hujung sofa sehinggalah dia tiada ruang lagi untuk melarikan diri dari lelaki ini.

"Dah bangun pun kau sayang..." Sapa One bersama senyuman jeleknya. Dia menyentuh rambut Amaya yang terurai tetapi pantas ditepis oleh gadis itu.

Berang dengan tindakan gadis itu, terus rahang gadis itu di cekau kasar. Terasa mahu hancur muka Amaya saat ini bila lelaki itu mencekau rahangnya terlalu kuat.

Tindakan yang sama dilakukan lima tahun lepas.

"Kau jangan sombong sangat Amaya... Kau tak tau lagi nasib aku macam mana..." Getus One dengan nada geram. Geram kerana gadis itu sengaja mencabar kesabarannya.

Amaya pula sudah menangis menahan rasa sakit di rahangnya.

"Kau kena ikut aku sekarang... Ada sesuatu yang istimewa aku nak bagi kat kau..." Cekauan di rahang Amaya dilepaskan.

Berbatuk - batuk Amaya menahan rasa perit di lehernya. Serasa hampir putus nyawa dia dibuatnya.

Tubuh Amaya ditarik kasar lalu dibawa menuju ke suatu tempat.

Terbeliak mata Amaya bila melihat isi di dalam ruangan yang sempit itu.

"Suprise..."

Satu kotak yang mengandungi sejenis bom diletakkan di hadapan Amaya.

Wajah Amaya sudah berubah cuak. Peluh dingin sudah membasahi dahinya.

"Bom ni aku akan letakkan pada tubuh kau..."

"Apa?"

Pekik Amaya dengan dia kuat.

Biji matanya membesar bila melihat jenis bom dihadapannya.

Li Wan!

Awak dekat mana?

Tolong selamatkan saya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience