Part 2

Crime Completed 6551

"JADI SELAMA NI, WANDA TU BANYAK KALI LAH JUMPA BOS WAKTU TU?" SOAL WAI.

Dari pengamatannya sendiri, sepertinya kemunculan Wanda kali ni semacam mahu memberitahu sesuatu. Sesuatu yang mereka terlepas pandang.

Li Wan hanya mengangguk sahaja.

"Tapi kan bos... Bos tak rasa ke yang si Wanda ni tiba - tiba muncul macam nak bagitau bos sesuatu... Bos tak rasa pelik ke?" Darren bersuara.

"Saya pun macam tu jugak..." Celah Reeve. Dia juga sependapat dengan Wai. Ahli - ahli yang lain juga turut mengiakan pendapat Wai dan Reeve.

Li Wan hanya mendiamkan diri sahaja. Kepalanya serabut memikirkan kemunculan Wanda secara tiba - tiba itu.

"Wai, Reeve dan Darren... Korang stay sini... Aku ada sesuatu nak bincang dengan korang bertiga... Yang lain... Balik semula ke tempat masing - masing..."

Setelah agak lama mendiamkan diri, akhirnya Li Wan bersuara. Ahli - ahli yang lain hanya mengangguk sahaja lalu terus beredar dari pejabat ketua mereka kecuali Reeve, Darren dan Wai.

" Kita kena siasat semuanya... Aku agak kes ni dah makin rumit... Wai... Cuba dapat kan data dari lokasi yang kau dapat hari tu... Cuba kau godam dan cari lagi maklumat yang berkaitan... Reeve... Kau tolong pantau tempat kerja Amaya... Aku dengar sekarang syarikat mereka bekerjasama dengan sebuah syarikat dari Thailand... Dan kau pulak Darren pantau kediaman Amaya dan orang sekeliling dia... Apa yang mencurigakan segera roger aku... Faham!? " Li Wan memberi arahan.

" Faham Bos!!" Jawab mereka bertiga serentak.

Nampaknya permainan kali ni agak sengit. Dan Li Wan sendiri terpaksa membongkar identitinya demi bukti dan keselamatan Amaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience