BAB 37 Part 1

Crime Completed 6551

"LETAKKAN DIA DEKAT SITU..." ARAH ONE PADA LELAKI BERTUBUH KEKAR ITU.

Lelaki itu hanya mengangguk faham kalau tubuh longlai Amaya diletakkan di atas sofa berhadapan bos mereka.

"Dah... Korang semua blah... Tinggalkan aku dengan dia..." One memberi isyarat pada anak - anak buahnya. Kesemua anak - anak buahnya mengangguk lalu terus keluar dari ruangan One.

One mendekati Amaya yang sedang bersandar di atas sofa. Gadis itu masih tidak sedarkan diri akibat tamparan lelaki bertubuh kekar tadi.

Rambut yang menutupi wajah si gadis dikuis.
Terserlah wajah ayu si gadis.

"Hmm... Kenapa lah dulu aku tak aje ambik kau jadi perempuan simpanan aku..." Bisik One dengan perlahan.

Kecantikan yang Amaya miliki sekarang membuatkan hatinya tidak keruan. Lima tahun lepas, kecantikan gadis ini langsung tak kelihatan. Tapi sekarang, semakin matang semakin terserlah kecantikannya.

" Tapi sayang... Sekarang kau sudah menjadi tunang si Li Wan..." Keluhnya bersama wajah yang bengang. Dia kembali duduk ditempatnya.

Wajah Amaya ditenung dari tempat duduknya.
Menanti gadis itu sedar dengan sendirinya.

"Mr. ALVIN... APA NAK JADI DENGAN KITA SEKARANG..." KELUH DAMIEN.

Mr. Alvin yang mendengar keluhan si Damien hanya mendiamkan diri sahaja. Dikerling wajah lesu Lily yang sedang bersandar di bahunya.

Sejujurnya dia pun tidak tahu akan nasib mereka selepas ini. Mereka berserah pada Tuhan sahaja.

Sedang mereka memikirkan nasib mereka, tiba - tiba satu kekecohan berlaku di luar. Bunyi orang mengerang membuatkan mereka menggigil ketakutan. Serta merta kesemuanya mengesot kebelakang. Jauh sedikit dari jeriji besi.

Kekecohan yang berlaku turut membuatkan hati Puan Mary gundah. Tubuh kecil Yee Yun dipeluk erat.

Selang beberapa minit, suasana menjadi sunyi sepi.

Tiba - tiba muncul beberapa kelibat anggota beruniform di hadapan mereka.

"Calm down semua... Jangan takut... Kami polis... Encik semua kami akan bawa keluar..." Ujar salah satu dari anggota tersebut.

Perasaan lega dan syukur bercampur baur di dalam hati mereka sekarang.

Pintu ruangan di buka. Kesemua mereka dibawa keluar dari situ.

Ketika keluar dari ruangan itu, baru lah Puan Mary menyedari susuk tubuh orang tua Amaya di belakang salah satu anggota.

"Jenny..." Tubuh Madam Jenny didekati. Tidak semena - mena tubuh Puan Mary dipeluk erat.

"Anak saya Mary... Diorang bawa pergi anak saya..." Tangis Madam Jenny di bahu Puan Mary. Barulah sekarang dia menghargai kehadiran Amaya di sisi.

Selama ini, hanya bebelannya sahaja bila gadis itu berada di rumah. Langsung tiada rasa mahu berbual mesra dengan anak gadisnya itu.

"Dah jangan menangis... Diorang ada untuk selamatkan Amaya..." Pujuk Puan Mary.

"Puan berdua jangan risau... Tentang Cik Amaya... Ada orang akan selamatkan... Percayalah cakap saya..." Salah satu anggota beruniform yang diyakini ketua dalam anggota tersebut mencelah.

Kedua - dua wanita hanya mengangguk sahaja.

"Baiklah... Semua... Ikut saya sekarang..." Arah ketua anggota kepada semua yang berada di situ. Tangannya pantas mencempung tubuh kecil Yee Yun kedalam dakapannya.

Mereka yang berada disitu terus berkumpul dan mula bergerak keluar dari ruangan tersebut.

Moga Li Wan dapat membawa pulang Amaya dalam keadaan selamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience