BAB 39 Part 1

Crime Completed 6551

"KAT MANA KAU LETAK BOM TU HAH?"

Tubuh One diheret ke satu tempat ke satu tempat dalam bangunan itu.

One pula masih dengan sengihan jahatnya. Suka agaknya bila tengok Li Wan panik mencari keberadaan bom pemasa yang hanya dia sahaja yang tahu.

"Kau tak payah nak buat macam tulah... Aku cuma nak tau... Dekat mana kau letak bom tu..." Tubuh One kembali dihumban ke arah dinding.

One ni pun satu! Bagitau ajelah...

Dah lunyai kena tibai dengan Li Wan pun masih lagi berlagak kuat.

Ooo... Lupa... Si One ni kan ketua sindiket yang jahat plus kejam...

Kalau tak kejam... Buat apa dia bunuh abang Li Wan dulu. Bukan abang Li Wan sahaja... Nyawa Li Wan dengan Amaya pun hampir terbunuh dalam tangannya.

"Kau cari lah sendiri... Kau kan pandai dalam bab ni... Takkan tak kot... Sia - sia ajelah kau jadi ketua bodyguard selama ni..." Dalam keadaan lunyai pun masih lagi nak provok orang.

"Kau memang tak serik lagikan... Dasar jahanam..." Tempik Li Wan.

Penumbuk yang mahu di ayunkan ke arah One tiba - tiba terhenti bila terasa sesuatu menerobos ke perut sebelah kirinya saat ini.

Perlahan - lahan dia memandang ke bawah. Darah!

Ya... Darah sedang menitik ke lantai akibat tikaman yang dibuat One ke perut Li Wan. One menekan lagi pisau ke dalam perut Li Wan.

Mendesis sakit Li Wan bila bilah pisau itu ditekan ke dalam.

"Kau...." Terketar Li Wan bersuara.

Bilah pisau ditarik lalu dia menendang kuat tubuh Li Wan hinggakan Li Wan terdorong ke belakang. Terus tubuh tinggi Li Wan terlentang ke atas lantai yang penuh habuk.

Li Wan terbatuk - batuk gara - gara tendangan si psiko itu.

Perut yang terasa perit dan pedih di sentuh perlahan.

"Amacam Lee? Sedap tak kena tikam?" Tanya One bersama gelak psikonya. Pisau yang berlumuran darah Li Wan diusap perlahan.

"Kalau kau nak tau... Pisau ni aku dah letak racun..."

Memang dah betul - betul mental si One ni!

"Racun tu akan tersebar dalam masa 24 jam... Masa tu kau akan mati perlahan - lahan..."

Perlahan - lahan dia membawa kakinya menuju ke arah Li Wan. Tanpa sebarang amaran, tubuh Li Wan disepak terajang sesuka hati.

"Tadi bukan main berlagak sangat..." Cemuh One dengan memulangkan semula ayat yang diungkap oleh Li Wan kepada dirinya tadi.

Li Wan sudah tidak berdaya. Luka di perutnya semakin banyak mengeluarkan darah. Ditambah lagi dengan sepak terajang yang di 'hadiahkan' oleh One tadi.

" Oklah... Kerja aku dah selesai... Tunggu masa kau mampus aje sekarang... But don't worry... Racun tu tahan sampai 24 jam... Sempat lagi rasanya kalau kau nak jumpa family kau..." Ujar One. Pisau yang digunakan untuk menikam Li Wan tadi di campak jauh ke arah satu sudut yang agak gelap.

Dia kembali memandang ke arah sekujur tubuh Li Wan yang merengkot menahan kesakitan. Dia mencangkung di sisi lelaki itu.

" Itu pun kalau kau sempat jumpa diorang lah..." Dia menyambung kembali.

Rambut lebat milik Li Wan di usap perlahan. Lagaknya persis seorang bapa mengusap kepalanya anaknya. Dia mendekatkan bibirnya ke arah telinga Li Wan.

"Kau jangan risau... Bila kau takde nanti... Aku akan jaga Amaya macam aku jaga nyawa aku sendiri..."

"Kau..." Li Wan berusaha untuk bangun tetapi tidak berjaya.

One tergelak sinis. Dah tak berdaya pun ada hati nak lawan orang lagi. Bodoh!

Dia kembali bangun dari mencangkungnya. Dia mengibas kotoran yang melekat kemeja hitamnya. Kesan lebam yang melekat dibeberapa bahagian wajahnya tidak diendahkan.

"Oh ya... Sebelum aku lupa... Jangan lupa kirim salam dekat abang kau kalau kau jumpa dia dekat sana nanti..." Sebelum berlalu, sempat lagi dia menyakitkan hati Li Wan. Usai berkata, dia terus pergi meninggalkan Li Wan yang terdampar tidak berdaya bersama siulan kecilnya.

UNIT TINDAKAN KHAS (UTK) , BOMBA, AMBULANS SERTA AGENSI - AGENSI YANG LAIN TELAH TIBA SETENGAH JAM YANG LALU.

Paling awal adalah Pasukan Unit Tindakan Khas atau UTK.

Oh... Jadi UTK lah yang menyelamatkan tawanan yang berada dalam jeriji besi tadi.

Kelihatan Amaya ditempatkan bersama mama dan papanya ditepi sebuah ambulans. Mereka bertiga di rawatan awal oleh pasukan perubatan di situ. Paling teruk luka adalah mama dan papanya. Dia hanya mengalami luka sedikit sahaja.

Tubuh mamanya dipeluk erat.

"Mama..." Panggil Amaya bersama tangisan.

Hatinya sekarang berada dalam keadaan edih dan risau. Risau kerana Li Wan berada dengan si durjana itu. Paling dia risau adalah keselamatan lelaki itu.

"Dah sayang jangan menangis... Mama ada sini... Papa ada sini... Percayalah... Li Wan akan selamat..." Pujuk Madam Jenny.

Pipinya juga sudah lencun dengan air mata. Bahu anaknya ditepuk perlahan.

"Percayalah cakap papa... Li Wan akan selamat... Dia kan bekas anggota tentera..." Giliran Mr. Tee pula memujuk.

Amaya masih mendiamkan diri dalam dakapan mamanya.

Setelah agak lama berlinangan air mata, barulah Amaya melepaskan dakapannya.

Wajah papa dan mamanya di renung sayu.

" Amaya minta maaf kalau Amaya ada buat salah dengan papa... Dengan mama... Amaya minta maaf kalau selama ni Amaya selalu melawan cakap mama... Amaya minta maaf..." Terus kedua - dua tangan orang tuanya dicapai lalu dibawa ke wajahnya.

"Apa Amaya cakap ni... Amaya takde salah pun dekat mama... Dekat papa..."

Ada sesuatu yang dirancang oleh Amaya tetapi langsung tidak diketahui oleh kedua orang tuanya. Hatta kumpulan Reeve sekali pun.

Maafkan Amaya papa mama... Amaya terpaksa pergi masuk semula ke dalam... Orang yang Amaya cinta ada didalam... Amaya nak selamatkan dia... Kalau ditakdirkan Amaya mati bersama dia nanti... Halalkan makan dan minum Amaya selama ni... Love you mama papa...

Detik hatinya kecilnya....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience