BAB 2

Crime Completed 6551

AMAYA MENYELUSURI deretan kedai - kedai yang menjual cenderamata. Dia hanya memerhati sahaja tanpa berminat mahu membeli. Rintik - rintik hujan tidak dihiraukan.

Tiba - tiba matanya tertancap pada susuk tubuh lelaki berpayung hitam yang melintas di hadapannya.

"Lee?"

Nama itu terpacul di mulutnya. Lalu dia meredah hujan mengikuti langkah susuk tubuh itu. Adakah benar yang dilihat tadi.

Dia berhenti bila menjumpai susuk tubuh lelaki yang membelakangi dirinya.

Payung kepunyaan lelaki itu diketuk. Hujan yang menimpa wajahnya tidak dihiraukan.

"Awak..." Panggil Amaya.

Pantas lelaki itu berpaling bila menyedari seseorang mengetuk patung hitam miliknya.

"Ya... Ada apa cik?" Tanya lelaki itu.

Terkedu Amaya bila yang dilihat bukanlah orang yang dicari sebaliknya lelaki yang tak dikenali.

"Err... Maafkan saya... Saya salah orang..." Amaya meminta maaf dan terus berlalu dari situ.

Hujan dari rintik yang halus terus menjadi kasar. Tetapi langsung tak dihiraukan oleh Amaya. Orang lalu lalang sibuk mencari tempat berlindung tetapi dia pula masih setia berjalan dalam hujan.

Dia duduk di sebuah bangku yang kosong. Dia menangis dalam diam.

Lee...

Awak dekat mana sekarang? Saya rindu awak, Lee... Saya rindu...

Rintih Amaya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience