BAB 8

Crime Completed 6551

MASA KINI...

Pelancaran novel terbaru Amaya akan di adakan tidak lama lagi.

"Weh... Tak sabarnya nak tengok pelancaran novel terbaru kau..." Ujar Lily dengan nada teruja.

Amaya hanya menggeleng kepala sahaja dengan gelagat sepupunya itu.

"Mama dan papa kau datang tak masa pelancaran novel kau nanti?" Tanya Lily. Babah dan mamanya confirm akan datang sebab babahnya adalah pemilik syarikat majalah yang terkenal di Malaysia.

"Papa aku confirm datang... Tapi mama aku... Aku tak tau... Kau pun tau kan mama aku macam mana..." Keluh Amaya. Sejak dari dulu lagi pendapat Amaya dan Madam Jenny sering tidak sehaluan.

Bidang yang dipilih oleh Amaya sekarang langsung tidak dipersetujui oleh Madam Jenny. Dia lebih mahu Amaya menceburi bidang kedoktoran sama dirinya serta sepupu - sepupunya yang lain. Maklumlah keturunan doktor semuanya. Hanya dia sahaja yang terkeluar dari senarai keturunan itu.

Gadis ini lebih berminat dalam bidang penulisan. Lagi satu yang peliknya. Macam mana mama boleh kahwin dengan papa sedangkan papa adalah orang yang tergolong dalam bidang penulisan sedangkan mama orang tergolong dalam bidang kedoktoran. Tapi sayang, mamanya dah berhenti awal disebabkan masalah kesihatan.

Hmmm... Nak buat macam mana. Dah jodohkan. Takkan nak sangkal anugerah Tuhan pulak.

Sebab itulah sekarang Amaya lebih banyak berbicara dengan papanya berbanding mamanya.

"Tak tahu nak kata apalah..." Ujar Lily. Dia pun jarang sekali pergi ke rumah Amaya walaupun papa Amaya adalah adik babahnya. Dia sangat segan dengan mak cik saudaranya itu.

Kalau datang, mesti ada ayat sindiran wanita itu buat Amaya. Dia pun turut terkena tempiasnya.

" AWAK TAK NAK DATANG KE majlis pelancaran novel terbaru Amaya nanti?" Tanya Mr. Tee sambil membetulkan tali lehernya. Hari ini dia ada mesyuarat dengan anggota yang lain tentang pencarian wajah baru dalam majalah yang bakal dilancarkan nanti.

"Takde faedahnya saya nak pergi tengok pelancaran tu... Buat sakit hati sakit mata lagi adalah..." Berbisa sungguh ayat yang keluar dari mulut Madam Jenny ini.

"Takkan lah awak tak nak pergi tengok majlis anak awak sendiri Jenny..." Mr. Tee bersuara.

"Eh awak ni... Kalau awak nak pergi... Pergi ajelah... Tak payah ajak saya bagai..." Rengus Madam Jenny lalu keluar dari bilik tidur mereka.

Menggeleng kepala Mr. Tee dengan tingkah isterinya itu.

Jenny... Jenny... Keras betul kepala awak... Patut lah Amaya keras kepala jugak... Ikut perangai awak rupanya...

Selesai bersiap, Mr. Tee mencapai beg sandang dan beberapa buah fail lalu terus keluar dari bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience