BAB 38

Crime Completed 6562

LANGKAH LI WAN TERHENTI SAAT TERPANDANG SEKUJUR TUBUH YANG DIA KENALI SEDANG DUDUK MENGHADAP KE ARAH DIRINYA.

Tetapi susuk tubuh itu duduk dalam keadaan agak gelap.

"Amaya..." Panggil Li Wan.

Dia amat mengenali susuk tubuh itu.

Anehnya, Amaya masih mendiamkan diri walaupun dipanggil berkali - kali oleh Li Wan.

Li Wan merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Amaya. Pantas dia melangkah menuju ke arah gadis itu.

Terkedu dia bila melihat benda yang berada di dada gadis itu.

Bom?

Wajah Amaya yang lencun dengan air mata di pandang. Mulut gadis itu di tutup dengan selotep warna hitam.

Pantas dia membuka selotep itu. Pecah tangisan Amaya bila selotep itu dibuka.

"Awak..." Sedu sedan Amaya bersuara. Hatinya sudah tak tentu arah bila melihat bom pemasa bergantung di dadanya.

"Hushhh... Calm down sayang... Saya akan cuba selamatkan awak..." Pujuk Li Wan. Wajah sayu Amaya di elus lembut.

Plap! Plap! Plap!

Tepukan dari dari belakang membuatkan Li Wan pantas berpaling.

Terserlah wajah One yang sedang tersengih di hadapannya.

"Woo... Woo.. Dua merpati sejoli sedang bercengkerama lah..." Ujar One dengan nada sungguh menjengkelkan.

Mata Li Wan tajam memandang wajah penjenayah yang sudah meragut nyawa abangnya enam tahun lalu.

Ooo... Patutlah Li Wan berdendam sangat dengan One ni. Itu punca sebenarnya.

" Opps! Sorry... Aku ganggu time korang nak bermadu asrama pulak..." One masih lagi menggunakan ayat tiga sukunya itu.

"Bermadu lah asrama sepuas - puasnya... Karang menyesal pulak..."

Eh! Si One Two Three ni! Boleh pulak dia buat lawak bangang time genting macam ni!

Ingat lawak sangatlah ayat dia tu!

"Apsal kau nak libatkan Amaya? Kalau kau tak puas hati... Berdendam... Cari aku... Bukan cari diorang... Diorang takde kena mengena dengan semua ni..."

"Eh... Tak payahlah kau nak berdrama dekat ini... Dari abang kau ada lagi... Semua projek yang aku buat... Semuanya kantoi... Semua plan yang aku rancang... Semua tak jadi... Tapi takpe... Abang kau pun dah mati... Puas hati aku..."

"Kau..." Li Wan mara ke arah One untuk mengajar lelaki itu tetapi tiba - tiba langkahnya terhenti bila One sengaja menayang remote control kecil di hadapannya.

"Kau mara lagi depan aku... Perempuan tu mati..." Ugut One. Dia tersengih jahat.

Amaya kembali menangis. Matanya masih memandang ke arah kedua - dua lelaki yang berada dihadapannya kini.

Kenapa dia boleh terjebak dengan semua ni?

Ya Tuhan... Tolong selamatkan kami semua...

" Kau One... Kau memang jahanam...."

One ketawa jahat.

"Aku memang jahanam... Kalau aku tak jahanam... Macam mana abang kau boleh mati dekat tangan aku..." Ejek One.

Barulah Amaya tahu yang selama lima tahun ini Li Wan menyertai misi itu adalah untuk membanteras penjenayah yang telah meragut nyawa abangnya.

Tiba - tiba satu tendangan mengenai belakang badan One hingga lelaki itu tersungkur ke hadapan. Remote control terlepas dari genggaman tangannya.

"Bos..."

Tiga figura lelaki muncul dari arah sudut yang agak gelap. Mereka adalah Wai, Reeve dan Darren.

One mengerang kesakitan akibat dari tendangan padu Reeve tadi.

"Kau pergi selamatkan Amaya dulu... Si jahanam ni biar aku uruskan..." Arah Li Wan kepada ketiga - tiga lelaki itu. Mereka bertiga mengangguk pantas.

Dia meluru ke arah One lalu kolar baju lelaki itu cekau.

"Tadi kau berlagak sangat kan..." Tubuh One ditarik naik menghadap mukanya.

Tersengih sahaja One dengan ayat Li Wan. Langsung tak terkesan di hatinya. Malah dengan selamba menayang wajah bongkaknya.

"Lawanlah... Tadi kau nak sangat kan..." Cabar One. Mukanya sengaja disua rapat ke arah Li Wan.

"Bos..." Tak jadi Li Wan mahu melepaskan tumbukan ke muka One bila Reeve tiba - tiba memanggil dirinya.

"Apa?"

"Bos... Bom ni bukan bom pemasa yang betul..." Ujar Reeve tiba - tiba.

"Kau biar betul Reeve..." Wai pula menyampuk. Takut Reeve terlepas pandang. Soal bom jangan di buat main.

"Aku cakap betullah..." Balas Reeve semula. Riak wajah sudah kelihatan bengang bila rakannya tidak mempercayai dirinya.

Gelak ketawa One mematikan pertelingkahan mereka seketika. Mereka semua memandang statik ke arah One.

"Aduhai... Sakit perut aku gelak tengok muka bodoh korang semua ni... Hahaha..." One masih belum puas lagi dengan gelak jahatnya.

"Ok... Ok... Aku bagitau ya... Kesian pulak aku tengok muka bodoh korang ni... Sebenarnya... Bom dekat badan perempuan tu bukan bom sebenar..."

"Habis bom yang sebenar kau letak dekat mana?"

"Takkan aku nak bagitau pulak... Kau carilah sendiri... Takkan orang jahat macam aku ni nak bagitau pulak... Apa punya soalan lah kau ni... Bodoh betul..."

Belum sempat One menghabiskan ayatnya, satu lagi tumbukan mengenai wajahnya. Hingga tubuhnya terdorong ke arah dinding.

" Aku bukan nak dengar lawak bodoh kau tu lah..."

Tubuh One yang terdorong ke dinding tadi ditarik semula menghadap dirinya.

"Korang semua bawak Amaya keluar dari sini... Selamatkan orang yang berada di sekitar bangunan ni..." Li Wan mengarah.

Dia dapat rasakan yang bom pemasa itu dipasang di sekitar bangunan ini. Tetapi dia tidak tahu dimana.

"Lepaskan saya... Saya nak ikut Li Wan..." Amaya meronta - ronta mahu melepaskan diri dari cengkaman Wai.

"Cik Amaya... Kita kena dari sini... Sini bahaya Cik Amaya..." Wai cuba memujuk gadis itu.

"Tak... Lepaskan saya... Saya nak ikut dia..." Amaya masih lagi dengan kedegilan dia. Dia cuba untuk meloloskan diri tetapi tidak berjaya.

Li Wan mengarahkan dengan isyarat mata. Wai mengangguk faham. Pantas tubuh kecil Amaya di kendong ke atas bahunya yang sasa.

" Apa awak cuba buat ni Wai? Lepaskan saya lah!!!" Jerit Amaya nyaring. Belakang badan Wai menjadi sasaran tangannya. Tetapi langsung tidak memberi kesan kepada Wai.

Mereka bertiga terus bergegas keluar dari tempat itu. Jeritan Amaya dibiarkan sahaja. Mereka perlu cepat. Nyawa Amaya dengan nyawa orang yang berada dalam tahanan One dalam bahaya sekarang.

Pasal Li Wan, mereka tidak perlu risau. Lelaki itu sudah tahu apa yang perlu dilakukan nanti.

Tubuh One diheret keluar dari ruangan itu. Dia perlu tahu keberadaan bom pemasa itu sekarang.

Soory... Lambat update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience