Part 2

Crime Completed 6551

"HAH?? APA?? CIK AMAYA HILANG??" HAMPIR TERPUTUS JANTUNG REEVE BILA DI BERITAHU AMAYA TIADA DI KAWASAN ITU.

"Korang pasti ke yang dia langsung takde dekat kawasan ni?" Tanya dia sekali lagi.

"Ya... Kitorang dah cari serata tempat ni... Langsung takde... Orang tua dia pun dah puas cari sekitar tempat diorang tu... Tapi langsung takde jugak..." Balas sekerjanya.

Mereka menyedari kehilangan Amaya setelah diberitahu oleh Madam Jenny dan Mr. Tee. Pasangan itu cemas kerana Amaya tidak kembali tempat mereka setelah gadis itu meminta izin ingin mengambil air mineral dari petugas yang bertugas di situ.

" Aduh... Mana pulak minah ni pergi..." Rungut Reeve. Kepalanya digaru kasar. Mana lagi nak cari budak ni! Dahlah si Wai dengan Darren ada dekat dalam. Dia pula berjaga dekat luar.

Jangan - jangan...

Aduh Amaya ni! Buat hal betullah! Tak takut mati ke apa minah ni!

LI WAN CUBA UNTUK MELANGKAH SATU PERSATU. DIA BERPAUT PADA DINDING UNTUK MENEGAKKAN TUBUHNYA YANG SEMAKIN LEMAH.

Matanya terarah ke satu ruangan yang dipercayai jalan keluar dari kawasan ini. Pandangan matanya semakin kabur. Malah wajah dan bibirnya sudah berubah pucat.

Darah semakin banyak keluar dari lukanya.

"Li Wan!!"

Jerit satu suara yang dia sangat kenali. Tubuhnya yang hampir rebah pantas didakapan oleh si empunya yang bersuara tadi.

"A... Amaya??" Li Wan memicing matanya untuk melihat siapakah pemilik suara tadi kerana dia takut tersalah orang.

"Ya saya... Amaya... Apa dah jadi dengan awak ni Li Wan??" Soal Amaya bersama tangisan.

Makin kuat tangisannya bila melihat luka besar di perut Li Wan.

Apa sebenarnya dah jadi tadi?

"Kenapa awak datang sini balik... Kan saya dah cakap... Jangan datang sini lagi... Kenapa awak degil?" Dalam keadaan kesakitan pun, dia masih lagi memikirkan keselamatan Amaya, gadis kesayangannya.

"Apa dah jadi dekat awak ni Li Wan?" Soal Amaya yang masih lagi dengan esak tangisannya. Dia menyandar tubuh Li Wan ke dinding.

Dia mencari sesuatu untuk menahan luka di perut Li Wan dari mengeluarkan darah. Meliar matanya mencari. Tetapi langsung tidak sesuai.

Tiba - tiba dia mendapat satu idea. Baju t - shirtnya dibuka. Untung sahaja dia memakai inner berwarna hitam di dalam. Dia mengoyakkan t-shirtnya itu dan dijadikan dua bahagian.

Kemudian, T-shirt hitam milik Li Wan di buka perlahan. Takut terkena luka. T-shirt kepunyaannya yang dikoyak tadi di balut mengelilingi perut lelaki itu. T - shirt hitam milik Li Wan pula digunakan untuk menebat luka agar tidak mengeluarkan darah lagi.

Nasib lelaki ini mempunyai sepasang jaket. Setelah selesai semuanya, barulah jaket itu di sarung ke tubuh sasa Li Wan.

"Li Wan... Muka awak dah makin pucat ni... Bibir awak dah makin biru... Kita kena cepat keluar dari sini..." Belum sempat Amaya menghabiskan ayat, satu dentuman bom dari arah kiri mereka.

Kedua - duanya tidak dapat mengimbangi badan lalu jatuh tersungkur di tepi dinding yang merekah.

Amaya mendesis kesakitan bila bahunya terkena serpihan dinding yang merekah. Begitu juga dengan Li Wan. Tubuhnya tertiarap di atas tubuh Amaya membuatkan gadis itu sukar untuk menggerakkan tubuhnya. Ditambah lagi dengan tubuh Li Wan yang sedia lemah.

Bersusah payah Amaya cuba bangkit dari ditindih oleh Li Wan.

"Awak... Awak ok ke?" Soal Amaya bila sudah berjaya melepaskan diri.

Dia semakin cemas bila melihat darah keluar dari hidung lelaki itu pula. Maknanya racun itu sudah semakin meresap ke dalam tubuh Li Wan sekarang.

Nafas Li Wan juga semakin laju.

Amaya merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Li Wan sekarang. Tubuh tinggi lelaki itu dipapah dengan sekuat tenaga.

LEDAKAN BOM TADI TELAH MENGGEGARKAN ORANG YANG BERADA DI LUAR KAWASAN BANGUNAN USNAG ITU.

Reeve merasa tidak sedap hati. Bosnya, Amaya serta rakan - rakannya yang lain langsung tidak munculkan diri.

Ledakan bom pertama sudah bermula. Dia tidak tahu berapa lagi bom yang dipasang di sekitar bangunan tersebut.

Malah status One, penjenayah dikehendaki tidak diketahui sekarang.

Terus dia meloloskan diri masuk ke dalam bangunan tanpa diketahui oleh sesiapa.

Pihak bertanggungjawab membawa keluar mangsa - mangsa yang menjadi tawanan One tadi keluar dari bangunan itu.

Tidak lama selepas itu, pasukan UTK saling berbalas tembakan dengan konco - konco One dari dari dalam bangunan tersebut.

Untung sahaja mereka semua telah membawa keluar kesemua mangsa - mangsa yang terlibat keluar dari kawasan tersebut. Kalau tidak mesti ada pertumpahan darah di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience