BAB 11

Crime Completed 6551

LIMA TAHUN LALU...

SELATAN THAILAND...

LEE masuk ke dalam bilik yang dihuni oleh Amaya sejak gadis itu menjadi tawanan di sini.

Sebenarnya bilik itu dihuni oleh dirinya sebelum ini tetapi sejak dia menyatakan yang Amaya menjadi wanita simpanannya, gadis itu ditempatkan di dalam biliknya.

Kedengaran bunyi pancuran air di dalam bilik air. Dia pasti yang Amaya sedang membersihkan diri.

Sebentar kemudian, kedengaran pintu bilik air dibuka. Keluar Amaya yang hanya tuala membaluti badannya.

Terpana mata Lee bila tubuh putih melepak milik Amaya yang terdedah di hadapannya kini. Serta merta dia menelan air liur.

"Argh!!!"

Amaya menjerit melihat figura Lee berada di hadapannya kini. Mata lelaki itu merayap memandang serata tubuhnya yang hanya dibalut tuala. Mencicit dia berlari semula ke dalam bilik air. Pintu bilik mandi dihempas kuat.

"Awak buat dekat sini?" Jerit Amaya dari dalam bilik mandi. Nafasnya tercungap - cungap. Dia tidak menyangka yang Lee berada di dalam itu.

Kalau dia tahu tadi, dia takkan sesekali keluar bilik mandi pakai tuala! Dia menyumpah di dalam hati.

"Aku cuma nak bagi baju ni dekat kau... Tak sangka pulak yang kau tengah mandi tadi..." Jawab Lee bersahaja. Matanya masih mengerling ke arah pintu bilik mandi.

"Kenapa awak masuk tak ketuk pintu dulu?" Tanya Amaya agak keras dari balik pintu.

"Dah pintu tak berkunci... Aku masuk ajelah..." Jawab Lee selamba. Ada pulak minah ni tak kunci pintu. Nasib aku yang masuk. Buatnya orang lain masuk, free aje kena!

Eh! Aku lupa kunci pintu ke tadi? Soal Amaya sendirian. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.

"Awak boleh keluar dulu tak?" Pinta Amaya. Dia berharap sangat yang Lee beredar cepat dari bilik itu.

"Yelah... Aku keluar sekarang... Jangan lama-lama sangat... Aku ada hal nak cakap dengan kau ni nanti..." Ujar Lee lalu keluar dari bilik itu sebelum jadi lebih parah lagi. Dahlah hatinya sudah terasa lain macam aje.

Sebelum keluar, sempat lagi dia bersuara.

"Aku ada baju lebih... Aku dah letak atas katil tu... Nanti kau pakai..."

Amaya di dalam bilik air hanya mendiamkan diri sahaja. Tak tahu nak jawab apa. Perasaan malu masih menguasai dirinya.

Dia pun merasa was - was mahu keluar. Kot - kot Lee masih berada di dalam bilik lagi. Telinga ditekap pada pintu. Tiada sebarang pergerakan bunyi.

Pintu bilik air dibuka perlahan. Dia menjegul kepalanya dulu keluar. Matanya memerhati sekeliling mencari kelibat Lee. Tiada!

Setelah tiada kelibat Lee, barulah dia keluar sepenuhnya dari bilik mandi. Pantas baju pemberian Lee di atas katil tadi diambil lalu kembali semula ke bilik mandi untuk menyarung pakaian.

BOTOL KECIL YANG MENGANDUNGI paras alkohol rendah di teguk perlahan. Tubuh Amaya dibaluti tuala tadi masih berlegar di ruang matanya.

Botol kecil diteguk lagi.

"Ehem..." Kedengaran deheman seseorang di belakang. Pantas dia menoleh ke belakang. Wajah Amaya menghiasi pandangannya kini.

Gadis itu mengenakan T - shirt pemberiannya tadi yang labuhnya sehingga ke paras lutut. Maklumlah fizikal gadis ini kecil dan pendek sedangkan dia tinggi dan berbadan tegap.

"Ada apa awak nak jumpa saya?" Tanya Amaya. Matanya fokus pada pemandangan di hadapan.

"Aku nak cakap sikit dengan kau..." Tubuhnya di pusing menghadap Amaya.

"Apa dia?"

"Esok aku takde dekat sini... Aku ada kerja kat luar..." Beritahu Lee pada Amaya. Dia sengaja memberitahu Amaya awal - awal sebab dia tahu Amaya sekarang menjadi target orang bawahan ketua sindiket yang dia sertai sekarang.

"Kau kalau aku takde... Jangan berani nak keluar dari kawasan ni... Kawasan ni bahaya buat kau..." Lee memberi amaran. Dia tahu Amaya sekarang sedang mencari jalan keluar.

Amaya hanya mengangguk sahaja. Tidak tahu nak cakap apa.

"Dan satu lagi..." Lee menunduk badannya agar sama paras dengan Amaya. Mata gadis itu ditenung dalam.

Amaya menelan air liur. Badannya mencondong ke belakang bila wajah Lee mendekat padanya. Dah kenapa mamat ni dekat - dekat dengan aku pulak?

"Kalau nak mandi lain kali... Kunci pintu bilik utama... Nasib baik aku yang tengok badan seksi kau... Kalau budak 4 ekor tu yang masuk... Free aje kau kena..."

Automatik muka Amaya jadi merah bila Lee berkata begitu.

"Jangan bergerak..." Tiba - tiba Lee menyuruh Amaya menghentikan pergerakannya. Terkebil - kebil Amaya bila disuruh begitu.

Makin menjadi merah wajah Amaya bila Lee mendekatkan lagi wajahnya. Kali ini mendekatkan wajahnya hampir mengenai pipi gadis itu. Deru nafas lelaki itu yang berbau alkohol menusuk lubang hidungnya.

"Ada orang sedang perhatikan kita..." Bulat mata Amaya dengan ayat Lee itu.

"Kau jangan bergerak... Dia sedang perhatikan kita..." Lee berkata lagi. Matanya masih menghadap Amaya sedangkan telinganya masih mengesan pergerakan orang yang sedang mengintip mereka.

Betul sangkaan Lee tadi. Kelibat seseorang sedang memerhatikan mereka di balik pokok.

" Jom balik bilik... " Tanpa amaran tubuh kecil gadis itu di angkat lalu diletakkan pada bahunya. Terjerit kecil gadis itu dengan perbuatan Lee ini.

"Apa awak buat ni? Lepaskan saya lah!!!" Marah Amaya sambil tangannya ligat menumbuk belakang lelaki itu.

"Kau jangan nak melawan... Karang tak pasal peluru orang tu hinggap dekat kepala kau pulak..."
Terus Amaya diam tak berkutik bila Lee menggugutnya begitu.

Sorry sis lambat update sebab ada hal yang tak dapat di elakkan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience