BAB 40

Crime Completed 6551

LANGKAH AMAYA DAN LI WAN YANG MENCARI JALAN KELUAR TERHENTI BILA MELIHAT SUSUK TUBUH ONE BERDIRI DI HADAPAN MEREKA.

"Haihhh... Aku ingatkan dah mampus mamat ni... Hidup lagi rupanya..." Ujar One bersama senyuman sinisnya yang tak lekang dari bibir.

"Kau nak apa lagi ni One? Tak cukup ke lagi apa kau dah buat dekat family kitorang selama ni?" Soal Amaya. Tubuhnya sedaya upaya cuba mengimbangi tubuh Li Wan yang sudah semakin lemah.

"Kau boleh diam tak Amaya? Kau tak serik lagi ke dah kena tadi?" Jerkah One pada Amaya. Matanya bersinar memancar amarah.

"Kau tak payah nak jerkah dia lah... Dia takde kena mengena dengan semua ni..." Li Wan bersuara walaupun dalam keadaan lemah.

"Dah nyawa - nyawa ikan pun masih nak lawan orang lagi?" Ejek One. Tiada langsung belas kasihannya apa yang dia buat pada Li Wan tadi.

Argh! Manusia kejam macam One ni mana hati nurani. Kalau ada perasaan, takkan dia boleh bunuh abang Li Wan enam tahun dulu.

Pandangan Li Wan semakin kabur. Bibirnya sudah semakin pucat.

"Amaya... Saya rasa saya dah tak boleh tahan..."

Tubuh tinggi Li Wan sudah terumbang - ambing di dakapan Amaya hingga menyebabkan kedua - duanya terjelepok di atas lantai kerana Amaya tidak kuat untuk menampung berat badan Li Wan.

"Li Wan... Bangun..." Amaya menepuk lembut wajah lelaki itu. Li Wan sudah tidak sedarkan diri.
Kesan racun sudah meresap di dalam badannya.

Amaya sudah mula menangis.

Pergelangan tangannya tiba - tiba direntap kasar oleh One dari sisinya.

"Lepaskan akulah..." Jerit Amaya bila One membawa tubuhnya menjauh dari tubuh kaku Li Wan yang sudah tidak sedarkan diri.

"Kau diam!!" Tengking One.

Tengkingannya itu langsung tidak membuatkan Amaya gentar. Dia meronta ingin melepaskan diri.

Melihat tengkingannya langsung tak diendahkan oleh Amaya, satu tamparan hinggap di wajah mulus si gadis. Terjelopok Amaya di lantai akibat dari penangan tamparan itu.

"Aku cakap kau diam... Kau tak nak diam... Ni makan dia..."

Tanpa belas kasihan, rambut panjang Amaya di tarik lalu tubuh gadis itu diheret keluar dari ruangan itu. Terjerit Amaya dengan tindakan tidak berperikemanusiaan One itu.

Tiba - tiba satu pukulan kuat hinggap di belakang tubuh One. Hampir tersungkur dia akibat pukulan tersebut. Cengkaman tangannya dirambut Amaya terlepas.

Pantas dia menoleh kebelakang untuk melihat siapa yang berani memukulnya dari belakang.

Terserlah wajah Wanda yang penuh dengan kesan lebam di pandangan matanya kini.

"Kau..."

Tak jadi dia mahu menghabiskan ayatnya bila terasa belakang kepalanya amat sakit. Matanya sempat menangkap batang kayu yang berlumur an darah berada dalam genggaman wanita itu sebelum dia terduduk melutut di atas lantai akibat penangan batang kayu yang diayunkan oleh Wanda tadi. Lelaki kejam itu mengerang kesakitan.

Pantas Wanda melangkah ke arah Amaya lalu tubuh gadis itu dipaut.

"Kau pergi sekarang... Pergi selamatkan Li Wan..."

"Tapi kau macam mana?" Soal Amaya dengan suara getar menahan tangis.

Dalam suasana begini, sempat lagi dia khuatir akan diri Wanda yang sudah menyelamatkan dirinya tadi.

"Kau tak payah risau dekat aku... Yang kau kena risau sekarang... Diri kau dengan Li Wan... Tolong pergi dari sini cepat... Selamatkan Li Wan..." Gesa Wanda lagi. Sekejap - sekejap dia menoleh ke belakang.

Ada sebab dia menggesa Amaya. Dia tidak mahu usahanya sia - sia saja bila lelaki kejam itu kembali sedar nanti.

Terus tubuh Amaya ditolak keluar dari ruangan tersebut.

Nak tak nak, Amaya terus keluar dari situ. Walaupun hatinya berbelah bahagi. Keselamatan Li Wan paling penting sekarang.

Sorry sangat sebab lambat update... Sis baru lepas hbis dari kursus...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience