Part 2

Crime Completed 6562

SAMPAI DI CHRISTIAN OF MEMORY, langsung Amaya membawa kakinya melangkah ke satu pusara yang bersih tanpa rumput yang panjang. Di tangannya ada sejambak bunga yang dikhaskan untuk diletakkan di atas pusara yang di ziarahi.

Perlahan - lahan dia melutut di hadapan pusara itu. Bunga yang berada di tangannya diletak di atas pusara.

"Terima kasih kerana menyelamatkan saya dulu... Dan tanpa pertolongan awak... Mungkin saya sudah tiada di dunia ini... Terima kasih..."

Amaya susah teresak - esak menahan tangis. Ya... Kerana kekejaman seorang lelaki yang bertopeng syaitan, ada nyawa yang melayang. Bukan satu tapi dua...

" Saya balik dulu... Ada masa nanti... Saya akan singgah melawat awak..."

Setelah agak lama tenggelam dalam tangisan, barulah Amaya kembali bersuara. Dia bangun dari melututnya. Dia melibas kotoran yang melekat di sedikit di lutut seluar.

"Damailah awak disana..."

Usai berkata, dia terus meninggalkan kawasan tersebut dan kembali menuju ke keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience