BAB 12

Crime Completed 6551

BERLARI AMAYA MENCARI jalan keluar. Pesanan Lee sebelum ini langsung tak dihiraukan. Apa yang penting sekarang, dia mahu pulang ke rumah. Dia rindu pada orang tuanya.

Dia duduk pada akar kayu di dalam hutan lalu melepaskan lelahnya di situ.

"Kat makan lagi aku nak cari jalan keluar ni?" Bisik Amaya sendirian. Dadanya turun naik menahan lelah.

Tiba - tiba telinganya menangkap pergerakan orang di dalam hutan itu. Muncul 4 orang yang mengacau bilau hidupnya sebelum ini.

"Ooo... Dekat sini rupanya kau..." Ujar lelaki no 1 bersama sengihan miangnya. Terkejut Amaya dengan kedatangan keempat - empat lelaki itu. Dia bingkas bangun dan berkira - kira mahu meninggalkan tempat itu terapi tidak kesampaian bila belakang tubuhnya di tarik lalu jatuh terhempas pada tanah.

Mengerang kesakitan dia disitu. Tubuhnya sudah dihimpit oleh lelaki no 1.

"Kau nak lari mana? Ooo... Dah puas kau tidur dengan Bro Lee, kau nak lari pulak?"

"Ja... Jangan buat aku macam ni... Aku kan teman wanita dia... Takkan korang tergamak nak apakan teman wanita bos korang sendiri?" Balas Amaya. Dia cuba bangun dari himpitan lelaki no 1 itu tetapi tidak berjaya.

"Puihh!!... Ingat aku nak percaya ke cakap kau ni... Dah sekarang aku nak rasa tubuh kau pulak... Dah Bro Lee merasa... Takkan kitorang pulak tak boleh merasa..."

Baju Amaya bahagian bahu dikoyak rakus. Terjerit Amaya dengan tindakan lelaki no 1 itu.

"Tolong lepaskan aku..." Rayu Amaya. Dia meronta - ronta ingin melepaskan diri. Dia berharap ada seseorang dapat menyelamatkan dirinya dari 4 ekor durjana ini.

Satu tendangan mengenai tubuh lelaki no 1. Tergolek lelaki no 1 itu kebelakang. Tubuh Amaya automatik terlepas dari himpitan lelaki no 1.

Pantas Amaya mendongakkan kepalanya kerana ingin melihat siapa gerangan ynag menyelamatkan dirinya tadi.

"Lee?"

"Bro Lee?"

Serentak Amaya dengan 3 orang lagi bersuara.

Lee pantas melepaskan jaket hitam miliknya lalu di selimut pada tubuh Amaya yang terdedah. Dia membantu Amaya bangun lalu tubuh gadis itu di dorong ke tepi.

"Bro Lee... Aku ingatkan siapa tadi..." Ujar lelaki no 1. Dia bangun perlahan - lahan dari tempatnya tergolek tadi. Belum sempat dia ingin bangun sepenuhnya, satu tendangan lagi hinggap pada tubuhnya. Kali ini hinggap pada bahagian sulitnya pula.

Serta - merta dia terduduk melutut menahan kesakitan. Tak cukup dengan itu, tangan yang digunakan untuk mengoyak baju Amaya tadi dipijak oleh Lee sekuat hati.

"Bro Lee.... Cukup... Sakit..." Jerit lelaki no 1. Tangannya terasa mahu patah bila dipijak dengan tanpa belas kasihan.

"Tangan ni kan yang berani koyakkan baju perempuan aku tadi... Sekarang kau rasakan..." Ujar Lee. Kasutnya ditekan lagi pada tapak tangan lelaki no 1 itu. Lelaki no 1 itu menjerit lagi. Jeritan nyaring lelaki no 1 itu bergema seluruh hutan.

Terhenyut bahu Amaya bila mendengar jeritan lelaki no 1 itu. Lebih - lebih lagi dengan tindakan Lee pada lelaki no 1 itu. Terus dia menjadi seram sejuk.

"Dah... Korang bertiga mari sini... Angkat bangang ni bawak balik..." Arah Lee pada ketiga - tiga yang masih terpaku di belakang lelaki no 1. Kasutnya sudah dilepaskan dari tapak tangan lelaki no 1.

Bergegas ketiga - tiga lelaki itu mengangkat rakan mereka dan terus berlalu dari tempat itu.

Setelah kelibat keempat - empat lelaki itu hilang, dia pantas berpaling ke arah Amaya dengan pandangan tajamnya.

Serta - merta Amaya menelan air liurnya.

"Kau ikut aku sekarang..." Pergelangan tangan gadis ditarik kuat lalu mereka berdua keluar dari kawasan hutan tersebut.

TUBUH AMAYA TERUS didorong ke atas katil setelah mereka sampai di kamar Lee.

"Berapa kali aku cakap yang tempat ni bahaya buat kau..." Ujar Lee dengan suara menahan marah. Wajah Amaya yang sedang menunduk itu di pandang. Dia membongkok tubuhnya.

"Pandang aku Amaya..." Dagu gadis dipagut sedikit kasar lalu didongak memandang wajahnya.

"Sekarang kau dah pandai nak lari... Nasib aku tak jadi pergi... Kalau tak, entah apa jadi dekat kau tadi..."

Wajah Lee yang bengis itu di pandang dengan rasa gementar. Tak pernah Lee marah sebegini.

"Aku ingatkan kau lagi... Kalau kau nak selamat... Kau ikut cara aku... Aku janji... Aku akan keluarkan kau dari tempat ni..." Pagutan di dagu Amaya dilepaskan. Dia kembali menegakkan tubuhnya.

"Kau tukar baju kau yang koyak tu..." T - shirt hitam yang berada di badannya di buka lalu dicampak ke atas riba Amaya. Terserlah tubuh sasanya dihadapan Amaya sekarang. Pantas Amaya mengalihkan matanya ke arah lain.

"Kau keluar dulu... Kau duduk diam-diam dalam ni..." Sebelum keluar, sempat dia memberi amaran. Dia menghilang di sebalik pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience