BAB 7

Crime Completed 6551

TUBUH AMAYA TERUS dicampak ke arah katil. Amaya mengengsot ke belakang bila si dia sudah membuka kasut butnya.

"Awak... Saya bukan pengintip... Betul sumpah saya bukan pengintip... Saya hanya sesat dalam hutan tu aje..." Amaya merayu dengan wajah menahan tangis.

Amaya mengengsot lagi kebelakang bila si dia membuka T - shirt hitam miliknya. Terserlah dada bidang milik lelaki itu.

"Argh... Apa awak nak buat ni?" Jerit Amaya bila si dia menarik kakinya secara paksa. Si dia tidak beraksi langsung. Matanya tajam menikam ke anak mata Amaya.

Terjerit kecil Amaya bila bajunya di koyak rakus.

"Awak tolonglah jangan buat saya macam ni..." Rayu Amaya bersama tangisan.

"Kau diam kalau kau nak selamat..." Lampu tidur di sebelah katil ditutup dan terus tubuh kecil gadis itu ditindih.

Amaya merasa masa depannya sudah kelam. Kesucian dirinya akan diragut sebentar lagi. Hanya tangisan sahaja yang bergema saaat ini.

"Dah... Jangan nangis... Aku tak buat apa - apa pun dekat kau..." Pantas si dia bangun dari atas tubuh Amaya lalu berguling ke sebelah. Dia duduk di sebelah Amaya yang terkaku dengan reaksi si dia.

"Nah... Pakai baju aku ni... Ganti baju kau yang terkoyak tu..." T-shirt hitam miliknya di campak ke arah Amaya.

Bergegas dia menuju ke arah pintu bilik. Sebelum keluar, sempat lagi si dia berkata.

"Panggil aku Lee..."

Usai berkata, Lee terus keluar dari bilik meninggalkan Amaya yang masih lagi termangu dengan situasi itu.

Amaya tidak percaya yang lelaki bernama Lee ini langsung tidak melakukan apa - apa pada dirinya. Hanya mengoyakkan bajunya sahaja.

T-shirt hitam milik Lee di pandang sepi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience