BAB 24 Part 1

Crime Completed 6562

AMAYA MENGHEMPAS KUAT FAIL YANG MENGANDUNGI karyanya di atas meja.

Hempasan itu mengejutkan Damien dan Lily yang ketika itu sedang berbual antara satu sama lain.

"Kau dah kenapa Amaya? Dari tadi muka masam aje... Kau ada masalah ke?"

Terus Lily bertanya bila melihat wajah asam kecut rakannya dari tadi. Nasib mereka bertiga aje yang berada di bilik ini. Kalau dengan orang lain, mahu semua cabut lari semuanya bila lihat si Amaya mengamuk! Amaya kalau mengamuk, boleh tahan. Kalah Hulk si hijau tu!

"Aku geram betullah dengan mamat miang tu..." Bebel Amaya. Punggungnya dihempas kuat di atas kerusi empuknya.

"Mama miang? Mamat miang mana pulak ni?" Tanya Damien keliru.

Mamat miang mana pulak? Tetiba masuk tajuk pulak hari ni?

"Ketua pengawal tulah!!! Sakit betul hati aku!!!"

Damien dan Lily memandang satu sama lain. Wajah masing - masing blur dengan ayat tak jelas Amaya.

"Siapa??" Serentak Lily dan Damien bertanya.

"Korang ni memang lembab lah... Si Li Wan tulah..."

Kan! Tak pasal - pasal Darren dan Lily kena bahan!

"Li Wan?"

Terkejut keduanya bila nama itu keluar dari mulut Amaya. Mahu tak terkejut bila tiba - tiba Amaya cop tunang nya itu lelaki miang!

Hish Amaya ni! Ada ke patut cakap macam tu!

"Apa kes ni sampai kau panggil tunang kau tu lelaki miang?" Tanya Damien. Yalah... Kena tanya juga sebab kenapa si Li Wan tu dapat gelaran macam tu. Bukan biasa - biasa gelaran tu! Nak pulak si amaya yang menggelarkannya!

"Ada ke patut dia redah masuk bilik aku semalam..." Cerita Amaya. Hatinya masih panas dengan kejadian semalam.

"What? Dia redah masuk bilik kau?" Hampir menjerit Lily bertanya.

Pantas satu ketukan hinggap pada kepalanya. Mengaduh Lily juga dibuatnya. Dia menjeling marah ke arah tukang ketuk itu.

"Kau ni... Boleh tak slow kan sikit volume suara kau tu..." Marah Damien. Ooo... Si tukang ketuk tadi Damien. Patutlah Lily marah.

"Sambung balik..." Damien menyuruh Amaya menyambung kembali ceritanya. Wajah cemberut Lily langsung tak dihiraukan. Dia lebih memilih untuk fokus pada cerita Amaya yang sekerat tadi.

"Korang tau kan yang aku paling tak suka orang luar main masuk aje bilik aku..."

"Wait... Wait... Orang luar? Kau panggil si Li Wan tu orang luar?" Potong Damien. La... Tadi dia yang beria sangat nak dengar cerita si Amaya. Last - last dia yang memotong pulak!

"Apa salahnya aku panggil dia orang luar?"

"Kau jangan cakap macam tu Amaya... Dia tu bakal suami kau... And lagi satu... Apa salahnya si Li Wan tu redah masuk bilik kau? Lambat laun bilik tu jadi bilik pengantin korang berdua jugak nanti..."

Papp!!

Laju sahaja fail yang berada di atas meja di hempuk ke kepala Damien setelah lelaki itu menghabiskan ayatnya.

" Kau ni kan! Langsung tak pernah serius! Ada saja benda yang kau nak kenakan aku... " Marah Amaya dengan nafas turun naik.

Pantas Lily menyabarkan rakannya. Karang ada jugak yang jadi arwah dekat office ni nanti. Amaya kalau mengamuk boleh tahan! Walaupun dia kelihatan pendiam, tapi sekali keluar dia punya jurus mahu si Damien masuk hospital.

"Alah... Aku cakap benda betul kot... Yang kau nak marahkan aku ni apsal pulak... Dia tu bakal suami kau... Lama - lama nanti korang akan jatuh cinta jugak..." Putus Damien.

Yang Amaya nak marahkan sangat si Li Wan tu dah kenapa? Hairan betul dia! Lambat laun lelaki tu jadi suami dia juga nanti.

Belum sempat Amaya mahu membalas, muncul kelibat Mr. Alvin Tan, ketua mereka.

" Hei you all... Sorry I ganggu you all... I datang sini nak ingatkan you all yang dalam pukul 11 nanti team you all ada meeting dengan satu group dari Bangkok, Thailand... But don't worry... Ketua mereka asal orang sini... Jadi I harap you all bagi kerjasama yang baik... "

" Baik bos... "Jawab Lily mewakili team mereka. Amaya dan Damien hanya diam sahaja.

" Ok... Kalau takde apa - apa... I keluar dulu..." Selesai berkata, Mr. Alvin Tan terus keluar dari ruangan itu.

Belum pun lama Mr. Alvin Tan keluar, Amaya pantas mencapai fail yang mengandungi dokumen untuk kegunaan mesyuarat nanti lalu terus keluar dari ruangan tersebut tanpa mempedulikan dua rakannya.

Menjeling geram Lily ke arah Damien setelah kelibat Amaya menghilang. Damien hanya buat muka tak bersalahnya sahaja.

Sorry sangat... Lambat update... Terlalu busy sejak seminggu dua ni...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience