Part 2

Crime Completed 6562

AMAYA MASIH SIBUK mencuci pinggan mangkuk di singki setelah selesai makan malam. Suara riuh rendah di ruang tamu tidak di hiraukan.

Dia terkejut bila ada satu tangan tiba - tiba menjulur ke arah singki.

"Boleh saya tumpang cuci tangan?" Satu suara garau menyapa dari belakang tubuhnya. Amaya hanya mengangguk lalu memberi laluan kepada Li Wan untuk mencuci tangan.

"Ada apa yang saya boleh tolong?" Soal Li Wan setelah tangannya selesai dicuci.

Amaya hanya menggeleng sahaja.

"Ok..." Jawab Li Wan. Dia masih lagi berdiri di sisi Amaya.

Amaya yang mahu menyambung tugasnya kembali terus tidak jadi bila lelaki itu masih lagi terpacak di situ.

Dah kenapa mamat ni jadi pak guard pulak kat sini? Aku nak buat kerja pun tak senang! Rungut Amaya.

"Ya... Mr. Li Wan... Ada apa lagi yang Mr. Li Wan nak?" Nak tak nak, Amaya bertanya juga.

Dia tidak mahu lelaki ini jadi pak guard tak bergaji pulak!

"Ada pun suara... Ingatkan takde suara tadi..." Selamba badak aje Li Wan mengutuk.

Mengetap bibir Amaya menahan geram dengan kutukan Li Wan itu.

"Habis tu yang awak dok tercegat lagi sini dah kenapa? Kalau datang dapur setakat nak kutuk orang, baik tak payah... Jadi dipersilakan keluar dari dapur Mr. Li Wan..." Halau Amaya tanpa bertapis. Tangannya sibuk membilas pinggan di singki.

Ketawa kecil Li Wan dengan ayat Amaya itu.

"Comel jugak awak ni bila awak marah macam tu..."

"Sorry... Saya tak tergoda dengan ayat buaya tua macam awak ni..." Sengaja Amaya mencari gaduh dengan lelaki ini. Untung - untung nanti tak jadi berjodoh pulak dengan dia!

"Oit... Ayat tu biar cantik sikit... Siapa cakap saya buaya? Saya bukan buayalah... Saya jenis setia pada yang satu tau..."

Menjuling mata Amaya ke atas dengan ayat terlebih gula si Li Wan ni! Setialah sangat!

"Dan satu lagi... Siapa cakap saya tua? Saya umur baru nak cecah 33 tahun tau... Belum tua lagi..." Ceh! Perasan lebih!

"Saya cuma setia dengan awak aje Amaya dari dulu sampai sekarang..." Meremang bulu roma Amaya bila Li Wan berkata begitu. Seolah - olah ayat itu dekat dengannya. Ayat seseorang yang di rinduinya. Suasana menjadi hening seketika.

"Wan... Apa yang duduk dekat situ... Ganggu Amaya buat kerja aje... Jom... Kita balik... Dah lewat ni..." Suara Puan Marry memecah keheningan mereka berdua.

"Ok mummy..."Jawab Li Wan.

" Amaya... Untie nak balik dulu... "

" Kejap untie... Amaya habiskan kerja Amaya dulu... " Ujar Amaya lalu membilas pinggan yang terakhir. Tangannya pantas dilap bila selesai menangkup pinggan terakhir tadi.

" Dah jom Amaya hantarkan untie ke depan..." Dia bersama Puan Mary berlalu menuju ke ruang tamu diikuti oleh Li Wan dari belakang.

Buaya tua... Macam - macam betul lah si amaya ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience