BAB 41

Crime Completed 6551

"ARGHHHH!!!"

Wanda tiba - tiba menjerit bila terasa rambutnya di cengkaman dari arah belakang.

"Kau memang betina tak guna!" Maki One. Tangannya makin erat merentap rambut wanita itu.

Jeritan Wanda langsung tak dihiraukan. Tanpa amaran, tubuh wanita dihumban ke arah dinding.
Terasa remuk tulang temulangnya bila belakang badannya bertemu dengan dinding.

One terus mara ke arah Wanda bila melihat wanita itu merengkot kesakitan.

One semakin menggila lalu tubuh lemah Wanda disepak terajang berulang kali. Air matanya mengalir bila sepakan One mengenai perutnya. Dia memeluk perutnya dengan erat sekali.

One berhenti bila dia terasa puas. Nafasnya termengah kerana mengerjakan tubuh Wanda separuh mati.

Tubuh lunyai Wanda di pandang sekilas. Desisan dan erangan wanita itu di pandang sepi. Tiada langsung rasa belas kasihan terbit dari hatinya. Hanya senyuman sinis dihadiahkan buat wanita itu.

"Kenapa awak buat saya macam ni One?" Soal Wanda walaupun dalam keadaan lemah. Tiada lagi panggilan 'I You' di antara mereka. Tubuhnya yang separuh mati dikerjakan oleh One tadi di sandar ke dinding.

Perutnya yang menyengat sakit tidak dipedulikan.

One hanya ketawa terbahak - bahak sahaja dengan soalan Wanda itu. Seolah - olah soalan wanita itu menggeletek hatinya.

Dia mencangkung dihadapan Wanda. Wajah wanita yang penuh kesan luka itu di pandang lalu rahang wanita itu dicengkam kuat.

"Itu balasan untuk kau yang cuba nak campur tangan dalam urusan aku..." Balas One dengan menatap mata Wanda dengan tajam.

"Sudah - sudahlah apa yang awak buat selama ni... Bertaubatlah One... Jangan tambah dosa lagi..." Nasihat Wanda.

Dahinya berkerut bila perutnya kembali menyengat sakit.

"Kau tak payahlah nasihat aku bagai... Diri sendiri pun tak betul... Ada hati nak nasihat orang... Puihhh!!!" Cemuh One.

"Tolonglah... Serah diri... Saya tak nak awak bergelumang dengan dosa lagi... Tolong lepaskan Amaya dengan Li Wan... Mereka tak salah..." Rayu Wanda. Wajah One dipandang dengan penuh harapan.

Kenapa wajah Wanda kali ni berbeza sekali? Ada sesuatu yang dia sembunyikan ke?

" Aku takkan lepaskan diorang berdua hidup - hidup... Kau siapa nak arah aku macam tu? Cuba kau cakap... Kau siapa hah?" Jerkah One.

"Saya mengandung!!!" Jerit Wanda.

Akhirnya Wanda meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

"Hah? Mengandung?"

Akan insaf ke One bila dapat tahu yg Wanda mengandung?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience