BAB 16

Crime Completed 6551

"KAU KENA TERJUN DEKAT LAUT NI..." Arah Lee setelah memakai jaket keselamatan pada Amaya.

Amaya menggeleng kepala tanda tidak mahu. Dia tidak sanggup meninggalkan Lee dalam keadaan bahaya sendirian.

"Amaya... Please listen to me..." Muka Amaya di pegang.

"Bom ini akan meletup bila - bila masa... Please dengar cakap aku... Kau terjun sekarang..."

"Saya tak nak... Saya nak kita sama - sama terjun..." Amaya masih berdegil lagi.

"Amaya... Aku tak boleh..."

"Tak... Saya nak awak jugak..." Tangis Amaya.

"Amaya... Please... Dengar cakap aku..." Tengking Lee. Wajah Amaya di pandang tajam. Amaya tidak bersuara hanya esakannya sahaja yang kedengaran.

"Bila sampai masanya... Kita akan bertemu semula..." Lalu tubuh Amaya dicampak ke dalam laut. Terjerit Amaya dengan perbuatan Lee itu.

Bila dia berada di tepi laut,

BOMM!!

Bot yang mereka menaiki meletup.

"Lee!!!"

"LEE!!!" JERIT AMAYA. Dia pantas bangun dari pembaringannya. Dadanya sudah turun naik.

Dia memandang sekelilingnya. Muka di raup perlahan bila menyedari yang dia berada di dalam biliknya. Dia bermimpi rupanya.

Kejadian letupan lima tahun lepas masih menghantuinya sehingga kini.

Bunga mawar yang berada di atas meja di pandang. Perlahan - lahan dia bangkit dari katil lalu menuju ke arah meja.

Bunga mawar itu dicapai.

"Lee... Awak dekat mana sekarang? Saya rindu awak..." Bunga mawar itu dikucup lembut. Air matanya mengalir membasahi pipinya.

Semoga kita dipertemukan kenbali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience