BAB 29

Crime Completed 6551

TEKSI YANG DI NAIKI AMAYA BERHENTI SEBUAH BANGUNAN DUA TINGKAT.

Setelah dia membayar tambang taksi, kepalanya melangut memandang papan tanda yang terpampang nama A&L, nama syarikat kepunyaan Li Wan. Ini kali pertama dia menjejak kaki ke syarikat lelaki ini sejak bertunang sebulan yang lalu.

Pantas kakinya melangkah masuk ke dalam. Kelihatan beberapa pengawal yang melakukan aktiviti masing - masing di tingkat bawah terkejut dengan kehadirannya disitu.

Reeve yang baru menapak keluar dari pantry kerana haus terus jadi patung di jalan bila melihat kelibat Amaya di syarikat ini. Wai yang berjalan di belakang tidak menyedari tubuh keras rakannya dihadapan lalu dilanggarnya tubuh Reeve.

"Kau dah kenapa gila? Duduk mengeras tengah jalan ni dah kenapa?" Marah WAI bila jalannya dihalang oleh Reeve. Dia tidak menyedari akan kelibat Amaya di situ.

"Excuse me... Boleh saya tanya?" Suara Amaya bergema di sebelah Wai.

"Boleh... Nak tanya apa?" Pantas Wai berpaling untuk melihat si empunya tanya tanpa menyedari si empunya tanya itu adalah Amaya.

"Mak!!!"

Jerit Wai lalu pantas berdiri disebelah Reeve yang dah serupa patung tak bernyawa. Patutlah dia berdiri macam patung cendana tadi! Terkejut nampaknya tunang big boss rupanya!

"Eh... Kenapa ni?" Tanya Amaya agak pelik. Mana tak peliknya bila dia lihat rata - rata pengawal dekat sini tengok dia macam dia ni tuan besar. Semua muka cemas dan takut. Dah kenapa diorang ni?

"A... Ada a... apa yang saya boleh tolong Cik?" Tergagap - gagap si Wai bertanya.

"Mr. Li Wan ada dekat office tak?" Tanya Amaya.

"Err... Bos takde... Eh... Ada..." Tersasul Wai menjawab. Sekejap ada sekejap takde.

"Tolong panggilkan dia boleh? Saya ada hal nak bercakap dengan dia..." Pinta Amaya dengan wajah sedikit keruh. Ada perhitungan yang perlu dibuat dengan Li Wan hari ini.

"Boleh... Saya panggilkan..." Bergegas Wai pergi meninggalkan Reeve yang masih lagi tegak berdiri.

Ceh! Kurang asam gelugor betul punya Wai! Boleh pulak dia tinggalkan aku macam tu aje!

Reeve hanya mampu tersengih sahaja bak kerang busuk di hadapan Amaya.

Tidak lama kemudian, kelibat Li Wan muncul diikuti Wai di belakang.

"Saya ada benda nak cakap dengan awak sekarang..." Belum pun sempat Li Wan mendekati, Amaya terus bersuara. Serius suaranya! Matanya tajam menikam wajah Li Wan.

"Ok... Tapi bukan sini tempat dia..." Tanpa menunggu jawapan dari Amaya, terus lengan gadis itu di tarik keluar dari syarikatnya.

"Hei! Dekat sini pun boleh bercakap lah..." Amaya membantah. Hatinya yang sedia sakit tadi kembali sakit bila Li Wan menariknya keluar dari syarikat lelaki itu. Dia cuba merentap lengannya dari tangan besar Li Wan tetapi tidak berjaya.

Li Wan tidak mengendahkan. Terus jua dia menarik Amaya keluar dari situ. Reeve dan Wai berpandangan sesama sendiri bila melihat adegan di hadapan mereka.

"LEPASLAH..."

Terus cengkaman Li Wan terlerai bila mereka berada di taman yang penuh dengan bunga mawar.

"Ok... Sekarang dah clear... Awak nak cakap apa tadi?" Soal Li Wan.

Wajah Amaya yang sedang berpeluk tubuh di hadapannya kini di pandang ralit.

"Saya nak tanya awak sesuatu Li Wan... Awak kenal Lee kan?"

Tersentak Li Wan bila Amaya bertanya begitu. Wajahnya terus berubah.

"Awak tanya ni? Saya tak faham lah..." Soal Li Wan dengan nada suara yang sengaja dikawal.

"Awak tak payah nak tipu sayalah Li Wan... Saya tahu awak siapa... Awak Lee kan..." Amaya bersuara lagi. Wajah Li Wan yang tidak keruan di pandang tajam.

Li Wan hanya mendiamkan diri sahaja. Tak tahu nak berkata apa lagi. Rahsia ynag dia simpan selama ini akhirnya terbongkar juga.

" Kenapa awak diam Li Wan? Jawab soalan saya... " Desak Amaya.

Setelah agak lama, akhirnya Li Wan mengaku.

"Ya... Saya Lee... Lelaki yang disyaki mati dalam letupan bom atas bot lima tahun lepas..."

Akhirnya, kebenaran terbongkar juga.

Tersenyum sinis Amaya saat mendengar pengakuan keluar dari mulut Li Wan sebentar tadi. Air matanya mengalir laju membasahi pipinya.

"Bagus betul lakonan awak Li Wan... Bagus..." Ujar Amaya bersama linangan air matanya. Selama ini dia telah ditipu hidup - hidup! Bodohnya lah kau Amaya!

"Amaya... Please dengar dulu penjelasan saya..."

"Nak jelaskan apa lagi Li Wan... Dah terang - terang awak tipu saya... Awak tipu saya Li Wan... Awak tipu saya..." Dada bidang Li Wan menjadi sasaran tangannya kini.

Li Wan hanya membiarkan saja dadanya menjadi sasaran tangan kecil gadis itu.

"Awak tau tak... Selama lima tahun ni... Ingatan saya hanya pada awak sahaja... Saya terlalu rindukan awak... Tapi... Sekarang... Apa yang awak buat... Awak datang balik dalam hidup saya dengan identiti baru... Pura - pura tak kenal saya... Sampai hati awak buat saya macam ni... " Tangis Amaya. Tubuhnya melorot ke bawah tapi pantas di pegang oleh Li Wan.

Tubuh Amaya di dekatkan pada tubuhnya.

" Saya minta maaf Amaya... Saya buat macam ni sebab saya sayangkan awak... Saya tak nak kehilangan awak... "Tubuh Amaya dibawa ke dalam dakapan. Tapi hanya seketika.

Amaya pantas menolak tubuh Li Wan menjauhi tubuhnya.

" Jangan sentuh saya! " Marah Amaya lalu satu tamparan hinggap pada wajah tampan Li Wan.

"Awak cakap awak buat semua ni sebabkan awak sayangkan saya? Kenapa lima tahun lepas tak muncul kan diri? Kenapa baru sekarang awak muncul kan diri? Kenapa?"

Badan Li Wan ditolak lagi.

"Awak muncul kan diri sebab awak nak pergunakan saya aje kan?"

Ayat Amaya itu membuatkan wajah Li Wan berkerut.

"Apa awak cakap ni?"

"Saya hanya di pergunakan hanya untuk mencapai misi awak sahaja kan..."

Saya hanya di pergunakan hanya untuk mencapai misi awak sahaja..."

Hampir tergamam Li Wan bila Amaya berkata begitu.

" Amaya... Please listen to me... " Li Wan masih lagi mahu menjelaskan kepada Amaya.

"Awak nak jelaskan apa lagi Li Wan? Jadi betullah... Selama ni awak dekat dengan saya... Pura - pura tak kenal saya sebabkan nak jayakan misi awak ni... Hebat betul kan awak Li Wan..."

Li Wan sudah mati kutu. Amaya langsung tak mahu mendengar penjelasannya.

" Mulai sekarang... Pertunangan kita putus... Dan awak tak payah cari saya lagi... Dan saya tak mahu hidup dengan penipuan awak lagi..."

Serentak itu juga cincin pertunangan mereka di cabut dari jarinya lalu dicampak ke arah Li Wan.

Amaya terus berlalu dari situ tanpa menyedari sebuah kereta melintas dari kanannya. Cermin tingkap kereta itu terbuka dan sepucuk pistol keluar dari celahan cermin tingkap lalu di tuju ke arahnya.

Li Wan yang menyedari keadaan itu pantas berlari ke arah Amaya.

"Amaya!!! Awas!!!"

Tubuh Amaya pantas dipusing.

Pistol itu memuntahkan pelurunya dan terus mengenai baju Li Wan.

"Arghh!!"

Li Wan menjerit bila peluru itu menembusi bahunya.

"Li Wan!!!" Jerit Amaya.

Mata terbuntang bila melihat darah membasahi belakang tubuh lelaki itu.

Kereta itu pantas memecut laju bila mengenai sasaran yang salah.

"Li Wan... Bangun... Li Wan bangun..." Tubuh lemah Li Wan dibawa duduk. Hampir sahaja dia tidak dapat menampung tubuh tinggi Li Wan ini.

"Li Wan... Please... Open your eyes..." Pipi Li Wan ditepuk.

"Tolong!!!" Jerit Amaya meminta bantuan. Muka Li Wan sudah semakin pucat. Darah semakin banyak mengalir dari luka tembakan. Orang ramai semakin mengerumuni tempat kejadian.

Semakin lama semakin lemah pernafasan Li Wan dan akhirnya tidak sedarkan diri. Li Wan pengsan!

"Li Wan... Jangan takutkan saya..."

Amaya semakin panik bila Li Wan tidak sedarkan diri. Tubuh lelaki itu dipeluk erat.

Tidak lama kemudian, siren ambulans kedengaran.

Li Wan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience