BAB 33 Part 1

Crime Completed 6551

"GUYS... KITA ADA MASALAH..."

Terhenti pekerjaan Amaya dan Lily bila tiba - tiba Damien muncul di hadapan pejabat mereka.

"Masalah apa?" Tanya Amaya dengan nada agak cemas.

Belum sempat Damien bersuara, suara cemas bos mereka pula menyampuk dari belakang.

"You all... Company kita dalam masalah sekarang..."

Adu Mr. Alvin dengan gaya sotongnya.

"What??" Serentak Amaya dan Lily bersuara. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Syarikat WRITER'S BOOK BANGKOK batalkan kontrak mereka dengan kita..." Tambah Mr. Alvin lagi.

"Apa??"

"Tapi kenapa??"

Kedua -duanya bertanya serentak walaupun soalan berbeza.

"Kalau you all tak percaya... Ni buktinya..." Damien meletakkan sebuah fail berwarna biru di atas meja. Mr. Alvin hanya memandang sugul sahaja.

Pantas Amaya mencapai fail tersebut. Helaian demi helaian diselak. Sehinggalah dia terhenti pada satu helaian.

Kandungan itu dibaca.

'Kami wakil dari pihak WRITER'S BOOK BANGKOK ingin menuntut kerugian kerana karya - karya yang dihasilkan oleh syarikat anda adalah palsu...'

"Apa?? Apa benda yang diorang merepek ni?" Naik seoktaf suara Amaya.

Bila masa syarikat PENA PENULISAN ni keluarkan karya - karya palsu atau ciplak pulak.

"Itu yang buat I runsing sekarang..." Sampuk Mr. Alvin.

Dia bimbang yang syarikat mereka akan diambil tindakan kerana tuduhan palsu ini.

"Ini dah melebih ni..." Lily mendengus geram. Syarikat mereka dituduh menciplak karya.

Syarikat mereka mengeluarkan karya - karya asli dari penulis yang berada di serata tempat kot. Tuduhan langsung tak berasas!

"Takpe... Bertenang dulu... Nanti kita settle kan satu persatu..." Mr. Alvin menenangkan suasana yang tegang sekarang.

"Hari ni you all boleh balik awal..." Mr. Alvin memberi kebenaran kepada mereka bertiga. Bukan mereka bertiga sahaja, staf yang lain juga turut disuruh pulang awal.

TUDUHAN TIDAK BERASAS DARI WRITER'S BOOK BANGKOK TERHADAP PENA PENULISAN AKHIRNYA SAMPAI KE PENGETAHUAN MR. TEE.

Malah ke pengetahuan Madam Jenny juga.

"Tu lah... Dari dulu lagi mama suruh ambik bidang perubatan... Jadi doktor... Sekarang tengok apa dah jadi... Di tuduh pulak keluarkan karya - karya palsu..." Selamba aje Madam Jenny menyindir Amaya ketika gadis itu baru pulang dari tempat kerja.

"Awak ni pun Jenny... Tunggulah budak tu duduk dulu... Ni tak... Budak tu belum lagi duduk... Dah disemburnya..." Mr. Tee bersuara pantas.

"Hah... Itulah awak... Bila kita ni nak tegur anak... Ada saja awak nak menyampuk..." Balas Madam Jenny dengan nada geram. Mr. Tee dijeling tajam.

"Mama... Papa... Sudahlah tu..." Lerai Amaya.

Sudahlah di office tadi serabut dengan masalah, balik rumah pula Madam Jenny dan Mr. Tee pula bertengkar.

"Amaya naik atas dulu... Mandi, rehat..." Arah Mr. Tee pada anak gadisnya. Amaya hanya mengangguk lalu terus menaiki anak tangga tanpa mempedulikan mamanya.

"Nanti Amaya... Mama belum habis cakap lagi..." Halang Madam Jenny tetapi langsung tak dihiraukan oleh anaknya itu.

Dia mendengus geram bila kelibat anaknya menghilang. Dia kembali berpaling menghadap suaminya.

"Awak punya pasallah... Selalu nak manja kan dia... Tengok sekarang... Dah besar kepala... Dah pandai melawan cakap orang tua..." Marah Madam Jenny.

"Awak ni pun... Asyik nak cari salah budak tu dah kenapa... Budak baru aje balik dari kerja... Kalau iya pun cakaplah elok - elok dengan dia... Tunggulah dia masuk rumah berehat dulu... Ini tak... Budak tu baru aje jejak kaki dalam rumah... Terus disemburnya pulak... " Bidas Mr. Tee kembali.

" Hishhh... Susah betul cakap dengan awak ni... Cakap serupa dengan tunggul kayu... " Terus Madam Jenny berlalu dari situ dengan hati berdongkol geram.

Menggeleng kepala Mr. Tee dengan perangai isterinya. Bila lah Madam Jenny ni nak berubah perangainya.

BERKALI - KALI NOMBOR TELEFON WAKIL DARI SYARIKAT WRITER'S BOOK BANGKOK, ONG BEE DIDAIL.

Tetapi langsung tiada balasan. Terus sahaja masuk ke dalam peti simpanan suara. Semua staf bawah PENA PENULISAN berada dalam keadaan murung.

Sekarang PENA PENULISAN diarahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak 50 ribu dalam masa seminggu.

Mana diorang nak cekau duit nak bayar ganti rugi banyak tu dalam masa seminggu. Surat saman sudah sampai ke tangan Mr. Alvin. Kalau mereka gagal menjelaskan ganti rugi itu dalam masa seminggu, tindakan undang - undang akan di ambil.

"Habis kita nak buat macam sekarang?" Tanya Damien. Matanya memandang satu persatu wajah rakan-rakannya.

"Tak... Yang peliknya sekarang ni... Macam mana Mr. Alvin mudah percaya dengan syarikat dari Bangkok ni... Saya rasa kita semua kena scam lah..." Tiba - tiba salah satu staf bersuara.

Pantas berpuluh - puluh kepala di situ berpaling ke arah staf yang bersuara tadi termasuk Mr. Alvin sekali.

Staf itu - Zackhary atau Zack mara ke hadapan.

" Saya dah syak dari awal lagi yang syarikat ni macam ada tak kena... "Zack berkata.

Dia salah seorang staf dalam bahagian penyelarasan kulit buku merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan kemunculan secara tiba - tiba syarikat tersebut.

" Maksud kau? " Damein bertanya.

" Tak... Masa masuk meeting hari tu... Benda yang diorang bincang tu tak masuk akal... Dan aku syak yang diorang ni bukan dari wakil sebenar syarikat WRITER'S BOOK BANGKOK..."

"Tapi dalam surat tu profil pemilik tu..." Kata - kata Amaya pantas dipotong.

"Profil tu boleh di palsukan Cik Amaya... Yang saya hairannya... Pemilik tu nama dia tu tiada
dalam senarai orang penting Malaysia..."

"Kau ni pun satu... Dah terang kan hari tu PA dia cakap... Bapak si Wandi ni orang Malaysia dan mak dia ornag Thai..." Damein menyampuk lagi.

"Kalau korang tak percaya... Nah..."Zack meletakkan fail berwarna kuning di atas meja.
Fail itu dibuka. Helaian demi helaian di ambil oleh mereka yang ada disitu.

" Jadi selama ni urusan berkaitan pengkaryaan semua ni tipulah... " Ah sudah! Si sotong pulak bersuara. Kuat pulak tu!

"Tu lah Mr. Alvin... Saya dah cakap dari awal... Jangan mudah percaya... Tapi Mr. Alvin degil.. Sekarang apa nak jadi dengan kita semua..." Leter Zack.

Berdecit Mr. Alvin bila di leteri oleh stafnya sendiri.

"Nak tak nak... Kita kena bayar jugak ganti rugi dalam masa seminggu ni..." Mengeluh semua staf yang berada di situ. Terutama sekali Mr. Alvin. Wajahnya sudah serba salah dengan keluhan stafnya.

"I minta maaf sebab benda ni berpunca dari I..." Mr. Alvin meminta maaf.

"Alah Mr. Alvin... Chill ok... Jangan macam ni... Kami semua akan tolong Mr. Alvin... Betul tak kawan - kawan?"

"Betul!!" Jawab mereka beramai - ramai.

Mr. Alvin terharu dengan pergorbanan dari staf - stafnya.

"Thank you..." Ucap Mr. Alvin dengan ikhlas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience