BAB 28

Crime Completed 6551

"HAI... AMAYA..." SAPA SUARA SEORANG WANITA KETIKA AMAYA BARU MASUK KE RUANG TEMPAT YANG DI KHASKAN UNTUK TETAMU.

"Yes... Saya Amaya... Miss ni siapa?" Tanya Amaya curiga bila tiba - tiba seorang wanita menyapa dirinya.

"Tak nak jemput I duduk ke?" Soal wanita itu dengan nada angkuh. Jelas kelihatan wajah angkuhnya di situ.

"Oh sorry... Silakan duduk miss..." Jemput Amaya walaupun sebenarnya dia tidak menyenangi dengan sikap wanita itu tadi. Dia harus profesional dalam bab kerja.

"Err... Miss ni siapa? Dan macam mana miss tahu nama saya?" Tanya Amaya semula setelah mereka melabuhkan punggung di atas sofa.

"Oh... I lupa nak perkenalkan diri... I Wanda Ho... Ex girlfriend Li Wan..." Wanda memperkenalkan diri.

Berubah terus muka Amaya bila si Wanda memperkenalkan diri sebagai mantan kekasih Li Wan.

Amaya berdehem bagi menghilangkan rasa tidak selesanya. Apsal aku nak cemburu pulak ni?

"Yes... Apa yang saya boleh bantu miss Wanda?" Tanya Amaya dengan nada terkawal.

"You tak cemburu ke bila I bagitau yang ni ex girlfriend tunang you?" Wanda sengaja memprovok Amaya.

"Maaf miss... Ada kepentingan apa yang miss nak jumpa saya ni?" Tanpa bertangguh, Amaya terus straight to the point. Malas dia nak ambil tahu kisah silam antara Li Wan dengan Wanda ini.

"You ni memang takde perasaan ke Amaya? I cakap yang I ni ex-girlfriend Li Wan pun you buat endah tak endah... Ke you ni jenis yang bengap sikit... Kesian Li Wan dapat tunang bengap macam you..." Ejek Wanda.

Eh perempuan tak kain ni! Ada juga makan kasut aku juga ni karang! Suka hati mak bapak dia nak gelar orang macam tu!

" Maaf miss... Kalau miss datang sini semata - mata nak cakap benda tu... Baik miss beredar sekarang... Saya ada banyak lagi kerja nak diselesaikan..." Amaya masih cuba untuk berkompromi walaupun hatinya sekarang hangus terbakar menahan kesabaran. Seboleh - boleh dia tidak mahu cari ribut di pejabat kerana akan menjejaskan reputasi syarikat kelak.

Dia pantas bangun dari sofa dan mahu melangkah keluar dari tersebut sebelum si Wanda makan pelempangnya. Tapi suara angkuh Wanda menghentikan langkahnya.

"Li Wan yang you kenal sekarang adalah orang yang sama lima tahun lepas..." Wanda membocor rahsia.

Tersentap jantung Amaya saat mendengar ayat yang keluar dari mulut Wanda itu. Aku salah dengar ke?

Pantas dia berpusing ke belakang. Dengan pantas juga dia melangkah ke arah Wanda.

" Apa awak cakap? "Soal Amaya sekali lagi. Dia inginkan kepastian.

" Li Wan dan Lee orang yang sama... "

" What?? " Membuntang biji mata Amaya saat mendengarnya.

Li Wan dan Lee orang yang sama?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience