BAB 17 Part 1

Crime Completed 6551

"CIK AMAYA... ADA ORANG NAK JUMPA CIK AMAYA DEKAT BILIK TAMU..." Ujar Watie, salah seorang staf syarikat PENA PENULISAN, syarikat tempat Amaya bekerja.

"Ada orang nak jumpa saya? Siapa?"

"Tak tahu.. Dia cakap yang dia kawan lama Cik Amaya..." Jawab Watie.

"Hmm... Takpe lah kalau macam tu... Terima kasih Watie bagitau saya..."

"Sama - sama..." Jawab Watie lalu berjalan menuju ke meja kerjanya.

"Weh, siapa yang nak jumpa kau ni?" Mula dah si minah kepoh ni ambik port!

"Hish kau ni... Sibuk aje... Manalah aku tau siapa..." Jawab Amaya. Jari jemarinya sibuk menekan papan kekunci di hadapannya.

Lily hanya mencebik sahaja dengan ayat Amaya itu.

"Oklah... Aku nak turun bawah kejap... Nanti lepas aku jumpa dia... Aku bagitau kau okay..."Jawab Amaya lalu keluar dari pejabat yang dihuni oleh dia, Lily serta Damien.

BULAT MATA AMAYA bila kelibat Li Wan yang muncul di hadapannya kini.

" Awak buat apa dekat sini? " Soal Amaya.

Rasanya hampir 2 minggu lelaki ini menghilangkan diri. Alih - alih sekarang muncul pula di pejabatnya.

"Hai... Takkan saya nak lawat bakal tunang sendiri pun tak boleh?"

Hampir terhenti jantung Amaya dengan kenyataan Li Wan itu.

Bakal tunang? Lelaki ni mengarut apa pulak? Bila masa aku setuju nak bertunang dengan dia?

Belum sempat Amaya bersuara, suara pengarah syarikat mendahului dirinya.

" Ooo... Mr. Li Wan... Welcome to my office..." Sampuk Mr. Alvin Tan, pengarah syarikat Pena Penulisan.

Dia terus berjabat tangan dengan Li Wan. Ternganga Amaya dengan adegan ini. Kesialan apakah ini?

"Bos kenal ke dengan dia ni?" Tanya Amaya pada Mr. Alvin.

"Yes... I kenal dia... Dia kan pengarah syarikat A&L yang berkaliber tu..." Ujar Mr. Alvin dengan liuk lentok sotongnya. Menjuling mata Amaya dengan gelagat terlebih sotong bosnya ini!

"By the way... You buat apa dekat sini?" Tanya Mr. Alvin.

"Oh... I datang sini nak ajak bakal tunang I keluar lunch..."

"Bakal tunang you? Siapa?"

"Bakal tunang I ada belakang you tu..." Ujar Li Wan merujuk Amaya yang berada di belakang Mr. Alvin.

Pantas Mr. Alvin memaling tubuhnya kebelakang.

"Seriously, Mr. Li Wan? Amaya the anti sosial ni bakal tunang you?" Hampir meledak suara Mr. Alvin.

"Amboi bos... Cakap tak bertapis nampak?" Amaya menjawab. Amboi si sotong ni! Cakap langsung tak toleh kiri kanan!

"Hehehe... Sorry... I terlepas cakap... By the way... Congratulation both of you... Oklah... I ganggu you all aje... I pergi dulu... Bye..." Terus Mr. Sotong itu pergi dari situ sebelum kena dengan Amaya.

Walaupun Amaya begitu, tetapi setiap karya yang dihasilkan oleh penulis berbakat itu memukau para pembaca. Tidak kira dari cerpen sehinggalah novel amat memberangsangkan.

Tiada istilah pekerja dengan bos. Hanya istilah kawan sama kawan. Itu adalah prinsip Mr. Alvin sendiri.

"Boleh kita pergi sekarang?" Soal Li Wan setelah kelibat Mr. Alvin menghilang.

"Kejap... Saya ambik beg dulu..." Ujar Amaya. Dia berlalu menuju semula ke pejabatnya.

Siap kau Li Wan...

Akan aku korek semuanya dari kau nanti.
Kau tunggu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience