BAB 5

Crime Completed 6551

LIMA TAHUN LALU...

"Amaya... Kau boleh ke naik bukit ni?" Soal Damien pada Amaya. Dia adalah rakan baik Amaya.

Dia memandang ketinggian bukit itu. Kemudian dia memandang ke arah Amaya yang hanya mengenakan jeans warna hitam paras paha.

Gila ke apa si Amaya ni pakai pakaian macam ni?

" Kau ni Amaya... Kot iya pun... Pakailah pakaian yang kena dengan tempat... Ini tak... Pakai macam ni pulak... Kau tak takut nyamuk dengan pacat ke?" Bebel Lily. Lily kalau membebel kalah mak nenek!

Amaya hanya mencebik sahaja dengan bebelan sepupunya itu. Dia langsung tak peduli dengan kata - kata sepupunya itu.

" Dahlah kau ni jenis anak manja... Kena sikit mulalah panggil mama papa... Amaya kena gigit nyamuk... Kena gigit pacat... Maklumlah anak tunggal lah katakan..." Ejek Damien dengan muka sengaja memperkenakan Amaya.

Laju sahaja tangan Amaya menghempuk kepala si mamat senget!

" Adoi... Sakitlah bengong! "Marah Damien sambil menggosok kepalanya. Boleh tahan jugak tangan si Amaya ni! Sakit siot!

" Kau kalau kenakan aku lagi... Bukan takat kepala kau aje aku hempuk... Kaki kau sekali aku libas... Biar tak dapat berjalan... "Ugut Amaya. Matanya tajam memandang wajah Damien.

Ceh! Hampeh punya kawan! Hamun Damien di dalam hati.

" Dah... Dah... Korang stop gaduh... Kita dah nak start naik bukit ni... "Lily bersuara meleraikan pergaduhan antara Amaya dengan Damien.

Amaya menjelirkan lidahnya pada Damien lalu melangkah ke hadapan.

Lily hanya menggeleng kepala sahaja dengan gelagat Amaya dan Damien. Umur dah tua tapi macam budak-budak!

KUMPULAN MEREKA SUDAH separuh mendaki bukit yang tertinggi di Thailand. Asalnya mereka mahu ke Pulau Krabi tetapi krew dan editor teringin mahu mendaki bukit pula. Jadi plan mereka berubah dari Pulau Krabi ke aktiviti mendaki bukit. Lagipun kawasan bukit ini tidak jauh dari Pulau Krabi. Bila dah selesai mendaki nanti, mereka boleh pulang ke resort semula.

Amaya sudah jauh ketinggalan ke belakang. Dia sudah kepenatan. Ahli kumpulannya sudah jauh ke hadapan. Dia ingin memanggil ahli kumpulannya tetapi tidak kesampaian bila kakinya tergelincir lalu dia berguling jatuh ke kaki bukit.

Dia mendesis kesakitan. Betisnya sudah luka.
Amaya ingin cuba berdiri tetapi sengatan bisa di buku lalinya membuatkan dia terduduk kembali. Dia mencapai telefon di dalam beg galas.

"Aduh... Time ni jugak nak habis bateri..." Rungut Amaya bila telefon pintarnya sudah tidak menyala.

Dia memandang sekeliling. Hanya dikelilingi hutan sahaja. Dia sudah mula rasa ketakutan.

Riuh suara orang bercakap dalam bahasa Thai menerjah gegendang telinganya.

" Eh... Ada orang duduk di situ lah..." Bagitau salah seorang dari mereka.

"A'ahlah... Aku nampak... Jom kita pergi sana..." Jawab seorang lagi. Lalu mereka semua melangkah laju menuju ke arah Amaya.

"Kau buat apa dekat sini?" Sergah salah seorang dari mereka. Lelaki itu berbicara dalam bahasa Thai. Kesemua mereka memandang Amaya dengan wajah bengis.

Amaya tidak mengerti apa yang diperkatakan oleh mereka semua. Dia mengengsot ke belakang. Wajahnya sudah berpeluh menahan ketakutan.

"Kau bukan orang sini?" Tanya salah sorang lagi yang boleh berbicara dalam bahasa Malaysia.

Amaya menggeleng kepala. Lelaki kedua bercakap semula kepada lelaki pertama dalam bahasa Thai. Lelaki pertama kelihatan tersengih miang ke arah Amaya.

Lelaki kedua kemudian berpaling semula ke arah Amaya.

"Kau ikut kitorang sekarang..."

"Hah? Ikut korang buat apa? Saya terjatuh dari atas tu... Lepas tu saya sesat... Itu aje..." Sangkal Amaya. Dia tidak mahu mengikuti kesemua lelaki itu. Melihat wajah miang mereka pun sudah meremang bulu romanya.

"Kau tak payah banyak cakap... Aku cakap ikut ajelah..." Ujar lelaki kedua lalu menarik tangan Amaya. Amaya pantas menepis lalu bangun untuk melarikan diri tetapi pantas tubuh kecilnya dipaut oleh lelaki kedua itu. Amaya menjerit bila tubuhnya dipaut kaut.

" Lepaskan akulah... "Jerit Amaya. Dia meronta - ronta dalam pautan lelaki kedua itu.

"Kau nak lari kemana hah? Kau milik kitorang..." Lelaki kedua ketawa dengan kuat. Ketawanya terhenti bila satu tamparan hinggap pada wajahnya.

Dia berpaling. Rupanya Amaya menampar mukanya.

"Kurang ajar!" Satu tamparan hinggap pada wajah Amaya. Berpinar mata Amaya dibuatnya. Dia sudah terkulai lemah.

Melihat Amaya sudah terkulai lemah, tubuh gadis pantas dipangku di atas bahunya. Lalu mereka semua keluar dari kawasan hutan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience