BAB 14

Crime Completed 6562

TERBAHAK - BAHAK AHLI PASUKANNYA bila mendengar cerita dari Li Wan itu.

"Buaya tua Cik Amaya panggil bos.... Hahaha..." Gelak Darren, bekas anggota tentera yang berkhidmat dalam syarikat A&L.

Syarikat A&L adalah sebuah syarikat yang membekalkan pengawal peribadi. Ada lebih 10 orang pengawal peribadi yang berkhidmat dalam agensi ini. Mereka semua terdiri daripada bekas polis dan bekas anggota tentera yang terlatih dan Li Wan juga merupakan seorang bekas anggota tentera.

Satu hempukan mengenai kepalanya.

"Aduh! Sakitlah bos..." Marah Darren sambil menggosok kepalanya.

"Dah kau tak henti - henti gelakakan aku... Aku bagi lah kau sebijik... Biar biul kepala kau tu!" Kutuk Li Wan.

Yang lain ketawa besar dengan ayat bos mereka.

"Senang kalau si Aren ni biul... Senang hidup aku..." Sampuk si Reeve. Dia pun tumpang sekaki gelakkan si Darren.

"Ceh! Apa punya kawan lah..." Rungut Darren bersama jelingan maut buat Reeve.

"Tapi serius lah Cik Amaya tu dah lain sekarang... Tak macam dulu..." Wai, salah seorang anggota bersuara.

"Maksud kau?" Tanya Li Wan.

"Dulu masa bos suruh mengintip pasal pergerakan Cik Amaya... Dia kurang bergaul dengan orang dekat sekeliling dia... Hidupnya hanya rumah, pejabat dengan taman bunga... Yang paling kerap dia datang adalah taman bunga... Taman bunga yang penuh dengan bunga mawar... Sikap dia berubah seratus peratus..."

Terdiam Li Wan dengan keterangan Wai itu. Ya... Dia sendiri pun turut merasa dengan perubahan gadis itu.

"Dekat office dia, atas meja dia letak bunga mawar... Rumah dia pun, dalam bilik dia ada sejambak bunga mawar..."

"Erk... Maaf bos kalau saya cakap ni menyinggung perasaan bos..." Ujar Wai dengan nada bersalah. Dia main hentam aje bercakap tanpa memikirkan perasaan ketua mereka.

"Takpe aku ok... Korang buat kerja korang... Aku naik masuk office aku dulu..." Tanpa amaran, dia berlalu menuju ke pejabatnya. Meninggalkan 9 kepala yang terpinga - pinga dengan tingkahnya itu.

"Kau lah ni cerita macam tu... Dah lah bos tu jiwa sensitif sikit kalau bab Cik Amaya..." Marah Reeve lalu ditujal kuat kepala rakannya.

"Aduh... Mana aku tahu..." Pantas tangan Reeve di tepis. Sesuka hati aje nak tujal kepala aku! Rungut Wai.

BUNGA MAWAR YANG MEKAR didalam bekas di pandang sayu. Itu adalah bunga kegemaran Amaya.

Bukan setakat bunga kegemaran gadis itu, malah makanan kegemaran gadis itu juga turut diketahui. Apa yang berkaitan gadis itu masih diingati sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience