BAB 4

Crime Completed 6551

KEPULANGAN AMAYA dalam keadaan basah kuyup membuatkan mama dan papanya terkejut.

Sampai di rumah, Amaya tidak menegur papa dan mamanya sebaliknya langsung masuk ke dalam bilik sahaja.

"Tengok anak awak tu... Balik kerja aje terus terperap dalam bilik..." Bebel Madam Jenny, mama Amaya. Dia menggeleng kepala sahaja dengan kelakuan anak perempuan tunggalnya itu. Balik rumah basah kuyup. Bila dah keadaan macam tu, terus masuk bilik langsung tak bertegur sapa dengan orang tua.

" Alah... Biarkan dia... Nanti dia okay... Dia keluarlah tu..." Mudah saja jawapan yang diberi oleh Mr. Tee, papa Amaya. Matanya fokus pada telofon pintar di tangan.

Terjegil mata Madam Jenny dengan jawapan suaminya itu.

"Mudah aje jawapan awak Tee... Anak macam tu pun awak masih lagi ambik mudah... Malas cakap dengan awak ni... Baik saya buat kerja saya daripada bercakap dengan awak serupa cakap dengan tunggul kayu..." Kata Madam Jenny dengan dengan nada bengang lalu berlalu dari situ.

Mr. Tee hanya menjongket bahunya sahaja.

PINTU BILIK AMAYA diketuk dari luar. Bila ada sahutan dari dalam, barulah Mr. Tee masuk ke dalam bilik anak perempuannya.

" Amaya... " Panggil Mr. Tee. Amaya yang sedang termenung di birai katil di pandang. Katil anaknya di hampiri lalu duduk di sebelah anaknya.

"Amaya tak tidur lagi ke?" Tanya Mr. Tee.

"Tak mengantuk..." Jawab Amaya sepatah.

Mereka mendiamkan diri seketika.

"Ehemm... Amaya... Papa ada benda nak cakap dengan Amaya ni..." Ujar Mr. Tee sambil membetulkan duduknya.

"Pasal apa pa?"Tanya Amaya. Muka papanya di pandang.

" Kenapa Amaya balik dalam basah kuyup tadi... Kalau hujan boleh aje call papa... Papa boleh ambilkan... Tak pun tumpang Lily ataupun minta tolong Damien ambilkan... " Ujar Mr. Tee. Damien merujuk pada kawan baik Amaya.

"Amaya malas nak susahkan orang..." Ujar Amaya. Tangannya fokus pada gelang di pergelangan tangan . Gelang itu adalah pemberian Lee lima tahun lepas.

"Amaya..." Panggil Mr. Tee. Matanya turut fokus ke arah gelang yang berada di pergelangan tangan anaknya.

"Amaya masih tak lupakan dia lagi ke?" Tanya Mr. Tee. Dia memandang wajah anaknya. Amaya yang sekarang amat berbeza dengan Amaya yang dulu.

Dulu gadis ini amat periang dan peramah. Kehidupan gadis ini selalu bahagia. Selalu melakukan aktiviti bersama rakan serta kedua orang tuanya.

Tetapi segala-galanya berubah bila Amaya menjadi mangsa culik ketika pergi bercuti di Thailand lima tahun lepas. Dan dia menjadi pendiam sekarang adalah kerana seseorang yang bernama Lee.

Seseorang yang telah berjaya menakluki hati anak perempuannya ini. Tapi sayang, lelaki itu di khabarkan telah mati dalam letupan bot.

Dan Amaya masih tidak percaya dengan berita itu.

"Kalau Amaya masih mengharapkan dia... Apa yang papa akan buat?" Soalan di balas soalan. Matanya tajam menikam mata papanya.

"Amaya... Please dengar cakap papa... Lee dah takde... Dia dah mati dalam letupan bom atas bot lima tahun lepas... Mana mungkin dia hidup semula..." Mr. Tee cuba memujuk anaknya.

Amaya tersenyum sinis pada papanya. Di office Lily sekarang dirumah papanya pula cakap benda yang sama.

" Kalau papa masuk bilik Amaya setakat nak cakap benda ni... Baik papa keluar... Amaya nak tidur... " Tanpa sempat mendengar ayat dari papanya, terus selimut ditarik menutupi tubuhnya. Dia mengiring membelakangi papanya.

Mr. Tee mengeluh perlahan dengan sikap degil anaknya.

" Tidurlah... Mesti Amaya penat... Papa keluar dulu.. " Terus lelaki pertengahan 40-an itu keluar dari bilik anaknya. Pintu bilik di tutup rapat.

Mendengar pintu bilik ditutup, terus Amaya menghamburkan air matanya. Maafkan Amaya papa... Amaya bukan nak kurang ajar dengan papa... Tapi...

Hati Amaya tidak percaya dengan semua tu. Amaya masih mengharapkandia lagi...

Amaya percaya yang Lee masih hidup lagi...

Betul ke Lee masih hidup lagi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience