Part 2

Crime Completed 6551

AKHIRNYA AMAYA DENGAN LI WAN SELAMAT DI TUNANGKAN.

Bagi Amaya pertunangan ini amat menyakitkan hati. Lain pula bagi Li Wan. Pertunangan dia dengan Amaya memudahkan kerjanya untuk mencari keberadaan cip yang diletakkan pada Amaya lima tahun lalu.

Jadinya situasi Li Wan sekarang seperti mencari kesempatan dalam kesempitan.

Tersengih lebar Madam Jenny bila Amaya akhirnya menjadi tunang orang. Tak perlu risau lah dia dengan Amaya nanti. Mr. Tee pula hanya menggeleng kepala sahaja. Bila dia bersuara nanti ada saja salahnya di mata wanita itu.

Puan Mary hanya tersenyum nipis sahaja. Sejujurnya dia tidak bersetuju dengan rancangan anaknya ini. Mereka seolah - olah menipu keluarga Amaya pula.

Tapi bagi Li Wan, semuanya sudah di atur demi keselamatan gadis itu juga.

AMAYA HANYA DUDUK TERMENUNG sendirian di bangku luar rumah. Malas dia mahu bercampur dengan orang - orang yang berada di dalam rumah. Buat menyakitkan hati sahaja.

"Ehemmm..." Deheman seseorang menyentak lamunannya.

Dia berpaling ke belakang. Berubah wajah Amaya bila kelibat Li Wan berada di hadapannya kini.

"Tak sejuk ke duduk sorang - sorang dekat sini?" Tanya Li Wan bila melihat gadis itu hanya mengenakan T-shirt hitam tanpa lengan.

"Yang awak sibuk sangat kenapa?" Balas Amaya sedikit malas.

"Taklah... Saya tak nak bakal isteri saya jatuh sakit nanti..."

"Awak ni memang takde kerja lain eh?" Amaya bangun dari tempat duduknya lalu mendongak menentang pandangan Li Wan.

Ketinggiannya yang hanya paras dada lelaki itu memaksa dia untuk mendongak memandang wajah Li Wan.

"Dengar sini Mr. Li Wan... Walaupun awak berjaya ikat saya dengan tali pertunangan, hati saya langsung takde pada awak... Walaupun muka awak iras dengan Lee... Awak ingat tu..." Amaya memberi amaran.

Li Wan hanya ketawa sinis sahaja.

"Kenapa awak gelak? Ingat benda ni kelakar ke?" Marah Amaya. Orang cakap serius dia boleh gelak pulak!

"Amaya... Awak bercakap memang redah macam tu aje ke? Ok... Katakan yang Lee awak maksudkan itu masih hidup dan bukannya Lee yang dulu... Apa yang akan awak buat?" Nah! Li Wan sengaja mencipta soalan maut.

Terdiam Amaya bila Li Wan mengajukan soalan maut pada dirinya.

" Apa yang awak akan buat Amaya? " Perlahan - lahan dia membongkok di hadapan Amaya.

" Kenapa awak tanya macam tu? Apa yang awak cuba sampaikan? " Tanya Amaya semula. Dia merasa pelik bila Li Wan mengajuk soalan sebegitu.

"Saya cuma cakap kalaulah Lee masih hidup dan dia bukan lagi orang yang awak kenal lima tahun lepas... Apa yang awak akan buat?"

"Saya akan cari dia sampai dapat... Saya nak tahu kenapa dia tak muncul kan diri selama lima tahun ni..." Jawab Amaya agak ragu - ragu.

"See... Awak pun masih ragu dengan jawapan awak.... So, tak payah fikirkan sangat..." Masih lagi Li Wan mahu memprovokasi Amaya.

"No... Saya akan buktikan yang Lee masih hidup lagi... Awak jangan cabar saya lebih - lebih Li Wan..."

"Saya hairan dengan awak... Macam awak tahu banyak tentang Lee berbanding saya..."

Pertanyaan Amaya hampir membuatkan jantung Li Wan terhenti.

"Apa yang cuba awak sembunyikan dari saya?" Tanya Amaya lagi.

Sejak kemunculan lelaki ini dalam hidupnya, segala yang dilakukan serba tidak kena.

"Atau awak ni Lee? Sengaja menyamar dengan nama orang lain supaya saya tidak langsung kenal awak?"

Hampir tidak bernafas Li Wan dengan ayat peluru berpandu Amaya itu.

"Saya dah cakap... Saya bukan Lee... Saya Li Wan... Saya dengan dia jauh berbeza... Kenapa susah sangat awak nak percaya?"

Li Wan memutarkan belit fakta.

"Macam saya jugak... Walaupun muka awak sama macam Lee... Tapi hati saya tetap dengan dia... Bukan pada awak..."

"So... Kalau awak rasa pertunangan ini menyeksa diri... Baik kita putuskan sahaja..." Usai berkata, Amaya terus meninggalkan Li Wan di situ. Tak guna bercakap kalau yang nanti akan menyakitkan hati sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience