BAB 22

Crime Completed 6551

MENJULING MATA AMAYA ke atas bila melihat kelibat Li Wan sedang enak bersandar di pintu kereta 4×4 nya.

Sejak perang dingin mereka seminggu lepas, lelaki itu masih tidak serik dan masih berdegil untuk menjemputnya pulang dari tempat kerja.

Betul tak makan saman betullah si Li Wan ni!

"Awak buat apa datang sini?" Tanya Amaya agak kasar setelah dia sampai di hadapan lelaki itu.

"Saja... Saya nak jemput tunang saya? Tak boleh ke?" Jawab Li Wan dengan selamba. Wajah annoying sengaja di tayang dan membuatkan darah gadis itu menggelegak naik.

"Urghh... Saya boleh balik sendirilah... Tak payah nak acah - acah jemput saya bagai..." Terus Amaya ingin berlalu dari situ kerana dia malas nak melayan perangai degil Li Wan ini.

Belum sempat dia mahu melangkah ke depan, tiba - tiba tubuhnya terasa melayang.

Spontan Amaya menjerit. Tubuhnya berada dalam pelukan lelaki ini. Rupanya dia berada dalam gendongan Li Wan.

"Li Wan!! Apa awak buat ni? Turunkan saya!!!" Marah Amaya dengan nada suara yang direndahkan. Li Wan buat bodoh sahaja lalu mencempung tubuh Amaya menuju ke bahagian penumpang hadapan.

"Li Wan!! Turunkan saya!! Saya boleh jalan sendirilah!!"

Amaya masih lagi berusaha menyuruh Li Wan menurunkan tubuhnya. Mukanya seperti udang kena bakar bila sesetengah orang disekitar luar pejabatnya sudah memandang mereka berdua dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Tubuh Amaya diletakkan di atas kerusi sebelah pemandu.

"Li Wan..." Amaya masih lagi berusaha mahu keluar dari kenderaan lelaki ini tetapi tidak kesampaian bila Li Wan mengepung tubuhnya.

"Awak pilih nak duduk diam ke atau nak kena cium?" Ugut Li Wan.

Automatik Amaya diam tidak berkutik bila mendengar ugutan Li Wan. Wajahnya kembali merah semula.

Li Wan sengaja mendekatkan wajahnya pada Amaya. Amaya susah tidak keruan bila wajah Li Wan mendekati wajahnya. Jantungnya laju mengepam darah.

Klak!

Bunyi kancing tali pinggang keledar kedengaran. Rupanya Li Wan mendekatkan wajahnya pada Amaya kerana ingin mencapai tali pinggang sahaja.

"Dah siap pakai... Karang tak pasal - pasal kena saman pulak..."

Ceh! Boleh pulak si Li Wan ni buat loyar buruk!

Amaya terus menghembus nafas lega bila Li Wan sudah keluar lalu bergerak menuju ke arah bahagian pemandu.

Macam nak tercabut jantung dia dengan ulah si Li Wan ni!

" EH, KAMU AMBIK AMAYA dari tempat kerja ke? Buat susahkan kamu aje Li Wan..." Ramah Madam Jenny menyambut bakal menantunya sebaik sahaja kedua - duanya masuk ke dalam rumah.

"Tak susahkan saya pun untie... Memang kewajipan saya pun hantar dan ambik dia dari pejabat..." Jawab Li Wan dengan nada lembut.

Naik meloya tekak Amaya dengan nada suara yang digunakan oleh Li Wan itu!

Reaksi Madam Jenny?

Tak payah cakaplah! Dari dok menyengih sampai naik ke telinga! Suka sangatlah bila bakal menantunya datang!

" Untie apa khabar?" Tanya Li Wan berbasa basi.
Kena tanya juga. Karang tak pasal kena dengan minah singa ni! Sejak kena tinggal lima tahun lepas, lain benar perangai gadis ini. Makin hari makin garang!

"Hish! Ada pulak panggil untie macam tu... Mulai sekarang... Tak payah panggil untie... Panggil mama lagi bagus..."

Membulat mata Amaya bila mendengar ayat mamanya.

"Seriuosly Ma?" Tanya Amaya dengan tidak percaya.

"Yang kamu terkejut sangat dah kenapa? Suka hati mamalah nak suruh Li Wan panggil mama dengan panggilan mama pun..."

"Tapi Ma..."

"Takde tapi - tapi... Pergi naik atas mandi... Lepas tu turun tolong mama masak... Li Wan tak kisahkan kalau makan dekat sini? " Tanya Madam Jenny dengan lembut.

"Err... Saya tak kisah untie... Eh.. Mama..." Tersasul Li Wan memanggil Madam Jenny.

Berdecit Amaya bila mamanya mengarah begitu. Pantas dia melangkah laju menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Berdentum pintu bilik ditutup.

"Hmm... Budak ni kan!" Bebel Madam Jenny dengan tingkah anaknya. Li Wan hanya tersengih sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience