BAB 30 Part 1

Crime Completed 6551

AMAYA MUNDAR MANDIR DI HADAPAN BILIK PEMBEDAHAAN.

Li Wan sekarang berada di bilik pembedahan kerana ingin mengeluarkan peluru dari tubuhnya.

Bajunya yang masih ada kesan darah Li Wan tidak dihiraukan.

Tidak lama kemudian, kelibat Reeve, Wai dan Darren muncul di situ.

"Macam mana dengan bos, Cik Amaya?" Tanya Reeve setelah mereka bertiga sampai di hadapan Amaya.

"Dia masih ada di dalam lagi..." Jawab Amaya dengan nada suara yang masih lagi terketar - ketar. Matanya masih lagi bertancap pada pintu bilik pembedahan.

"Err... Cik Amaya... Saya ada bawak baju salin ni untuk Cik Amaya... Cik Amaya pergilah tukar..." Ujar Darren. Beg kertas berisi baju salin di sua ke arah Amaya.

"Tapi Li Wan..."

Pantas Reeve memotong.

"Takpe kami ada... Cik Amaya pergilah tukar baju dulu... Nanti Cik Amaya tak selesa pulak nanti..."Ujar Reeve bila melihat pakaian Amaya penuh dengan kesan darah.

" Baiklah... " Beg kertas yang berada di tangan Darren di sambut.

" Biar saya temankan Cik Amaya ke tandas... "

Wai menawarkan diri untuk menemani aku Amaya. Amaya hanya mengangguk tanpa bantahan. Lalu mereka berdua terus berlalu dari situ. Tinggallah Reeve dan Darren di situ.

Tidak lama kemudian, pintu bilik pembedahan dibuka. Keluar seorang doktor dari ruangan itu.

Bergegas kedua - dua lelaki itu mendekati doktor tersebut.

"Macam mana keadaan pesakit doktor?" Tanya Reeve.

"Awak berdua siapa?" Tanya doktor itu.

"Kami berdua rakan kepada pesakit..." Jawab Darren.

"Ooo... Encik Li Wan tidak apa - apa... Dia selamat dari tembakan itu... Peluru hanya mengenai bahagian bahunya sahaja..." Terang doktor itu.

"Boleh kami tengok dia doktor?"

"Buat masa ni... Jangan dulu... Biarkan pesakit rehat dulu..." Halang doktor. Reeve dan Darren hanya mengangguk sahaja. Mereka perlu patuh pada hospital.

Tubuh Li Wan di bawa keluar dari bilik pembedahan lalu ditolak menuju ke arah wad.

"Kalau ada apa-apa nanti... Just call me..." Ujar doktor itu.

"Baik... Thank you doktor..."

Doktor itu hanya tersenyum lalu terus berlalu dari situ.

Tidak lama selepas itu, kelibat Amaya dengan Wai muncul menuju ke arah mereka. Pakaian di tubuh Amaya sudah berganti.

"Macam mana dengan Li Wan?" Tanya Amaya setelah sampai di hadapan Reeve dan Darren.

"Bos dah selesai jalani pembedahan... Doktor yang merawat kes bos tadi cakap... Bos selamat dan peluru tu tak kena pada organ penting... Dan hanya kena pada bahu bos sahaja..."

Nah! Ambik aku! Panjang lebar si Reeve memberitahu.

Terus tersungging senyuman di bibir Amaya saat mendengar ayat keluar dari mulut Reeve tadi.

Syukur.... Li Wan selamat dari tembakan itu...

" Tapi boleh lawat ke dia sekarang? "Tanya Amaya.

" Buat masa ni doktor tak bagi dulu.... Tunggu keadaan dia stabil dulu... Baru doktor bagi lawat... "

" Oh ya... Bos dah di tolak masuk ke dalam wad..." Sambung Darren.

Amaya mengeluh hampa.

Takpe lah... Esok kan ada... Esok ajelah lawat dia... Detik hati Amaya.

"Kalau tak keberatan... Biar kami yang hantar Cik Amaya balik ke rumah..." Wai bersuara.

"Tapi Li Wan macam mana?" Soal Amaya.

"Takpe... Saya ada dekat sini... Cik Amaya balik dulu... Rehatkan diri... Nanti esok Cik Amaya boleh datang melawat..." Giliran Reeve bersuara.

"Yelah..."

Nak tak nak, dia terpaksa akur juga dengan suruhan Reeve.

Dia mengekori langkah Darren dan Wai dari belakang meninggalkan Reeve keseorangan di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience