BAB 31

Crime Completed 6551

LIMA TAHUN LALU...

SELATAN THAILAND....

"Aku tak sangka yang kau ni pengintip..."

Satu tumbukan padu hinggap pada wajah Li Wan. Mukanya terpaling ke tepi. Darah pekat mengalir dari celah bibirnya. Wajah kacaknya mula membiru akibat dari tumbukan padu yang di hadiahkan oleh One, ketua sindiket yang berpangkalan di Selatan Thailand ini.

Kepala lelaki itu dicengkam kuat dari belakang. Mendesis Li Wan akibat cengkaman itu. Dia tidak dapat berbuat apa kerana pergerakannya terbatas akibat di rantai. Tubuhnya dibiarkan tidak berbaju.

Wajah Li Wan yang penuh lebam dibawa dekat menghadap wajahnya yang dilindungi penutup muka berwarna hitam.

"Kau pandai menyelinap masuk dalam kumpulan aku..." Cengkaman di belakang kepala Li Wan dikuatkan lagi. Menyeringai wajah Li Wan bila lelaki itu menguatkan lagi cengkaman ke belakang kepalanya.

"Cakap! Apa motif kau menyelinap masuk dalam kumpulan aku ni..." Tanya One.

Li Wan hanya mendiamkan diri sahaja. Pertanyaan One langsung tak dijawab walaupun rambutnya sekarang terasa mahu tercabut dari kulit kepalanya.

"Oo... Kau masih berlagak lagi ya..."

"Bagi aku benda tu..."

Pantas anak buahnya mencapai benda yang dimaksudkan oleh ketua mereka tadi. Benda itu pantas di hulurkan ke tangan ketua mereka yang sudah siap memakai sarung tangan hitam.

Tersengih sinis One disebalik topeng mulutnya bila benda itu berada di tangannya.

Rupanya benda itu adalah batang besi yang sudah dipanggang di atas bara api.

"Kau masih nak diam... Tak nak bukak mulut..."

One memainkan batang besi di sekitar belakang tubuh Li Wan. Berdesis mulut Li Wan bila bahang panas batang besi itu terkena kulit tubuhnya.

"Ini balasannya bila kau berani belot pada aku..."

Tanpa amaran, batang besi panas itu ditekap kasar pada belakang tubuh Li Wan.

"Arghhh!!!"

Serentak itu juga Li Wan meraung. Panas batang besi itu terasa menyiat kulit tubuhnya.

One hanya ketawa jahat sahaja bila mendengar raungan Li Wan itu. Sekali lagi batang besi panas itu ditekap pada belakang tubuh lelaki itu.

Kali ini lebih lama.

Li Wan mengemam kuat bibirnya menahan rasa pedih dan perit yang menjalar di belakang tubuhnya.

Batang besi panas itu di angkat dari belakang tubuh lelaki itu lalu diserahkan semula pada anak buahnya.

Jelas kelihatan kesan merah yang melecur dan terbakar di belakang tubuh Li Wan. Li Wan sudah terpunduk perit dengan rantai yang merantai tangannya dalam keadaan berdiri.

"Kau nak bunuh aku sekalipun... Aku takkan bukak mulut..." Ujar Li Wan dengan nada suara yang bergetar. Matanya jelas merah. Pasti menahan perit dan pedih akibat perbuatan kejam One tadi.

Dia tidak akan sesekali membocorkan maklumat yang diperolehi walaupun nyawanya berada dalam bahaya. Itulah risikonya perlu dihadapi saat mula - mula menerima tugas ini dahulu.

Nyawa yang perlu dipertaruhkan!

"Okay... Kau nak sangat jaga protokol bodoh kau tu... Jangan kau menyesal bila Amaya jatuh dalam tangan aku..."

Sengaja dia menyebut nama Amaya kerana dia tahu kelemahan Li Wan adalah Amaya!

Tersentak Li Wan bila nama Amaya keluar dari mulut lelaki kejam itu.

"Kau nak buat apa dekat dia hah?" Soal Li Wan risau. Wajahnya sudah tidak keruan. Dia risau akan keselamatan Amaya.

Lebih - lebih lagi gadis itu menyimpan sesuatu yang amat penting tanpa gadis itu sedari.

One ketawa jahat. Ketawanya sangat menyakitkan hati.

" Don't worry... Aku just nak bermain dengan dia aje... Nak test yang dia ni masih virgin atau tak..." Ujar One dengan ayat menyakitkan hati.

"Celaka kau One!" Maki Li Wan.

Tidak sampai sesaat, satu tumbukan padu mengenai perutnya. Terus dia terbatuk darah di situ. Perit perutnya akibat tumbukan padu dari One itu.

"Siapa lagi celaka? Aku ke kau yang celaka?" Soal One dengan bengang. Sekali lagi perut Li Wan menjadi sasarannya. Hingga Li Wan terpunduk lemah.

" Tak kuat mana pun kau ni... Sepatutnya si Amaya tu pilih aku... Bukannya kau..." Cemuh One.

Sapu tangan ditarik dari poket jeansnya lalu dilap pada tapak tangannya yang berlumuran darah Li Wan.

"Aku pergi dulu... Pastikan korang bereskan 'benda' ni..." Arah One.

"Dan ingat... Jangan ada apa - apa yang tertinggal... Faham?"

"Faham bos..." Jawab anak buahnya serentak.

Selesai berkata, dia pantas keluar dari ruangan itu.

TUBUH AMAYA DI IKAT PADA KERUSI YANG BERADA DI ATAS BOT ITU.

"Hei! Korang nak buat apa dekat aku ni hah?" Tanya Amaya.

Tetapi sayang, pertanyaannya langsung tak jawab.

"Aduh... Sakitlah..." Mengaduh Amaya bila ikatan tali pada tubuhnya di perketatkan.

Tidak lama selepas itu, terpacul wajah One di hadapannya kini. Seperti biasa, topeng mulut sentiasa menutup separuh dari wajahnya. Hanya kedua - dua belah matanya sahaja yang dapat dilihat kini.

"Hello sweet heart..." Sapa One setelah berdiri di hadapan gadis itu.

"Kau siapa?" Tanya Amaya dengan nada bergetar. Menahan rasa takut pastinya.

Siapa lelaki ni? Muncul aje terus panggil dia sweet heart.

"Oh sorry... Lupa pulak I nak kenal kan nama I... You can call me One... Just One okay..."

Dia ingat tempat ni nak interview ke apa? Tetiba perkenalkan diri sendiri. Orang tak tanya pun.

Amaya menarik wajahnya kebelakang bila One menunduk wajahnya hampir dekat menyamai wajahnya.

" So you pun pengintip jugak larh?? "

" Hah?? "

Apa yang lelaki ni merepek? Dia pengintip? Sejak bila dia jadi pengintip.

"Apa maksud awak ni? Saya tak faham..."

Amaya benar - benar tak mengerti maksud lelaki yang memakai topeng mulut ini.

"Jangan nak berpura - pura lah tak tahulah Amaya..." Ujar lelaki itu lagi. Dia sengaja mengelilingi kerusi yang mengikat tubuh Amaya itu. Gelagatnya membuatkan Amaya tidak betah.

Tiba - tiba rahang Amaya di cekau. Terbuntang mata Amaya bila One mencekau rahangnya dengan kuat. Hampir tak bernafas dia dibuatnya.

"Kau jangan nak berdolak dalih dengan aku ya Amaya..." Ujar One dengan keras.

Panggilan 'I you' sudah berubah kepada 'aku kau' pula.

Cekauan di rahang Amaya makin diketatkan. Tercungap-cungap Amaya mencari nafas. Wajahnya sudah bertukar merah.

Terus One melepaskan cekauannya dengan kasar.

" Uhukk... Uhukk..." Terus Amaya terbatuk keras bila cekauan dirahangnya di lepaskan.

" Korang berdua... Mari sini..." One menggamit dua orang anak buahnya.

Kedua - duanya pantas menghampiri One.

"Korang pasang benda ni dekat sekitar bot... Faham?" Arah One kepada kedua - duanya dengan tangannya menunjuk ke arah sebuah beg hitam yang berada di sudut bot. Kedua - dua lelaki itu hanya mengangguk faham.

Mata Amaya pantas memandang ke arah beg hitam yang sudah pun di bawa oleh anak buah One keluar dari bot.

Hatinya sudah berasa lain macam bila melihat anak buah One membawa keluar beg tersebut.
Semacam ada sesuatu yang akan berlaku sebentar lagi.

" So, kau dah berubah fikiran Amaya Revvan Tee?" Tanya One. Tubuhnya di bongkok menghadap ke arah wajah Amaya.

Tersentak Amaya bila lelaki itu menyebut nama penuhnya. Dari mana lelaki bertopeng ini tahu akan namanya?

"Awak siapa sebenarnya? Macam mana awak tahu nama penuh saya?" Pertanyaan lelaki itu tadi langsung tak dibalas sebaliknya dia balas dengan pertanyaan semula.

Tiba - tiba lelaki itu ketawa dengan kuat. Pertanyaan Amaya tadi benar - benar menggeletek hatinya.

" Kau tak perlu tahu dari mana aku tahu nama penuh kau..." Ujar lelaki itu setelah ketawanya reda.

"So, kau nak mengaku atau tak yang kau ni pengintip?"

"Berapa kali saya nak cakap yang saya ni bukan pengintip... Saya hanya terjebak dalam kawasan ni saja..." Tekan Amaya. Lelaki ni tak reti bahasa ke apa?

"Liar!" Pintas One pantas.

Meja kayu yang berada di tepi Amaya menjadi sasarannya. Habis berantakan meja kayu itu akibat dari tingkahnya.

Terhenjut bahu Amaya saat melihat meja menjadi sasaran amukan lelaki itu.

"Susah sangat ke kau nak mengaku yang kau tu pengintip hah Amaya?" Lelaki itu sudah mundar - mandir di hadapannya. Segala benda yang berada di hadapannya kini menjadi sasaran amukannya.

"Atau kau nak mati dekat sini baru kau nak mengaku?"

Berdegup jantung Amaya saat mendengar ayat yang keluar dari mulut One itu.

"Apa yang awak cuba buat ni?" Soal Amaya terketar - ketar. Apa yang lelaki ni cuba lakukan.

Lelaki itu ketawa sinis. Lagak seperti seorang psiko.

"Jangan risau dear... Kau takkan mati sia-sia... Sebab kekasih kau akan ikut kau ke neraka..."

Beep!

Serentak itu juga, telinga Amaya menangkap sesuatu yang asing.

Jangan cakap yang lelaki ni...

"Awak pasang bom kan?" Hampir menjerit Amaya bertanya. Peluh dingin sudah membasahi dahinya.

"Bingo! Tak lah bodoh sangat kau ni rupanya..." Sempat lagi si One ni mengutuk Amaya.

" Apa awak buat ni? Sumpah... Saya bukan pengintip... Saya tak tahu apa-apa..." Rayu Amaya. Dia sudah mula menangis.

Dia tidak selamat sekarang. Sekeliling bot ini sudah di pasang bom.

" Kau ingat aku nak percaya cakap kau... But don't worry... Kekasih gelap kau akan menyusul kau ke neraka nanti... "

Lee!

Baru sekarang dia teringat akan perihal lelaki itu.

"Apa yang awak dah buat dekat Lee?" Soal Amaya.

Lee...

Awak dekat mana? Tolong selamatkan saya...

Rintih Amaya dalam hati.

Air mata semakin lebat membasahi wajah comelnya.

"Aww... So sweet... Ingat jugak rupanya dekat kekasih dia..."

"Kekasih kau jadi abu mayat dah agaknya sekarang..." Sengaja dia mengetuk kepalanya seolah - olah memikirkan sesuatu.

Amaya hanya memandang wajah bertopeng lelaki yang tidak berperikemanusiaan ini.

"Hah... Kau pun tak lama nanti akan mati jugak kan..." Lelaki itu tergelak - gelak seolah apa yang dikatakan tadi melucukan.

"So, jumpa korang dekat neraka... Bye-bye..." Sebelum melangkah keluar dari perut bot, sempat lagi dia melayang flying kiss kepada Amaya dengan wajah yang langsung tak bersalah.

Amaya sudah menjerit tidak keruan di situ.

Dia cuba meleraikan ikatan tali pada tubuhnya tetapi berjaya. Malah ikatan tali itu terasa makin menjerut tubuhnya.

"Tolonglah... Keluarkan aku dari tempat ni... Aku nak jumpa papa, mama... Aku rindukan diorang..." Rintih Amaya perlahan.

Mama, papa... Amaya rindu... Amaya nak mama, papa...

Lee... Awak dekat mana... Betul ke awak dah mati Lee...

Dia menangis lagi.

Tiba - tiba satu kelibat berbaju hitam muncul di hadapannya.

Dia mendongak memandang kelibat itu tetapi tidak dapat melihat dengan jelas kerana dikaburi air mata.

"Siapa?" Tanya Amaya dengan suara seraknya.

Terasa ikatan tali di tubuhnya di buka.

Dia melihat wajah itu dengan setelah air mata tidak mengaburi matanya lagi.

"Lee??" Jerit Amaya.

Pantas tubuh lelaki itu dipeluk erat setelah ikatan tali dileraikan dari tubuhnya.

Mendesis kuat lelaki itu bila Amaya memeluk tubuhnya dengan kuat.

Pantas Amaya meleraikan pelukannya bila terdengar lelaki itu mendesis kesakitan.

"Lee... Apa dah jadi dengan awak ni?" Soal Amaya bila melihat muka Li Wan penuh dengan kesan lebam dan luka. Apa dah jadi dekat awak ni Lee?

"Jangan risaukan aku... Sekarang yang patut kau risaukan... Diri kau sendiri.." Ujar Li Wan dengan wajah seperti menahan kesakitan.

Matanya meliar memandang sekeliling bot itu. Tiba - tiba anak matanya tertancap pada satu benda yang agak tersorok. Dia pantas mencapai benda tersebut.

Rupanya itu adalah jaket keselamatan. Nasib baik jaket itu masih dalam keadaan baik.

Jaket itu terus disarung ke tubuh Amaya.

"Kau kena terjun ke laut Amaya... Sekeliling bot ni ada bom... Bila - bila masa akan meletup..." Arah Li Wan kepada Amaya. Badan Amaya ditolak keluar bot.

Menggeleng kepala Amaya saat mendengar arahan dari Li Wan itu.

"Saya tak nak terjun sendiri Lee... Saya nak awak ikut saya terjun jugak..." Wajahnya kembali lencun dengan air mata.

"Amaya.. Please... Dengar cakap aku..."

"Saya tak nak..." Amaya masih lagi dengan kedegilannya.

"Amaya... Please..."

"Saya tak nak Lee..." Amaya masih lagi begitu.

"Amaya... Please... Listen to me!!!" Sergah Li Wan dengan bengis. Bahu gadis itu dicengkam kuat Serta merta tangisan Amaya terhenti.

"Please Amaya... Dengar cakap aku... Kau kena terjun selamatkan diri..." Arah Li Wan dengan wajah sayu.

"Lee..."

Sekali lagi tubuh tinggi lelaki itu dakap erat. Esakannya kembali semula.

"Aku akan baik saja... Kau jangan risau... Sampai masanya nanti... Kita akan bertemu semula.. Aku janji.."

Serentak itu juga tubuh kecil Amaya dihumban ke laut. Menjerit kuat gadis itu bila tubuhnya dihumban kedalam laut.

Bila melihat gadis itu semakin menjauhi bot, dia pantas terjun ke dalam laut walaupun dalam keadaan kesakitan. Tidak lama selepas itu, ledakan bom atas bot berlaku.

Telinganya menangkap sayup - sayup jeritan nyaring Amaya sebelum dia tenggelam dalam laut akibat kecederaan yang dialami.

Maaf sis lambat update....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience