BAB 6

Crime Completed 6551

AHLI KUMPULAN MEREHATKAN DIRI SETELAH sampai di puncak bukit.

"Eh... Amaya mana?" Tanya Lily gabra. Baru dia perasan akan kehilangan gadis itu. Dia mencari sekeliling tetapi kelibat Amaya langsung tak kelihatan. Ah sudah! Mana pulak minah ni pergi?

"A'ah... Weh... Korang nampak Amaya tak?" Tanya Damien. Dai juga turut kalut mencari kelibat Amaya.

"Tadi bukan dia ada dekat belakang ke?" Salah seorang dari ahli kumpulan memberi penerangan.

Riuh mereka semua. Wajah masing - masing sudah tidak keruan. Lebih - lebih Lily yang sudah seperti kucing nak beranak!

"Ok... Ok... Tenang semua... Saya akan maklum kan kepada pegawai yang bertugas... Harap semua tenang semuanya..." Ujar Encik Raymond, selaku ketua mereka merangkap penyelaras aktiviti ini.

Encik Raymond dan Damien terus pergi tempat pegawai bertugas untuk memaklumkan atas kehilangan salah satu ahli kumpulan mereka.

PERLAHAN - LAHAN AMAYA membuka mata bila silauan matahari mengenai wajahnya.

"Hah! Dah bangun pun kau!" Sergah satu suara dari arah sisinya. Terhenjut bahu Amaya dengan sergahan itu. Dia memandang ke arah tukang sergah tadi. Lelaki no 2!

Aduh! Asyik kena sergah aje dari tadi. Lama - lama nanti boleh mati aku dibuatnya!

"Aku dekat mana ni?" Tanya Amaya. Dia memandang sekitar ruangan tempatnya dikurung. Kalau lihat dekorasi tempat ni macam atas bot aje.

"Kau tak payah banyak cakap... Kau ni pengintip kan?" Terbeliak mata Amaya bila dituduh sebegitu.

"Bila masa pulak aku ni spy?" Takde angin takde ribut. Tetiba tuduh aku pengintip pulak dah kenapa?

"Habis tu yang kau buat sorang - sorang dekat hutan apa benda pulak?" Tanya lelaki no 2.

"Kan aku cakap yang aku jatuh dari lereng bukit atas tu... Aku datang Thailand ni sebab aku bercuti..." Terang Amaya. Haraplah lelaki - lelaki ini semua terima penerangan tadi.

"Argh... Aku tak percaya... Kau ni memang pengintip..." Lelaki no 2 masih tidak percaya.

Dia memanggil lelaki no 3 dan no 4.

"Eh korang nak buat apa ni?" Soal Amaya cemas lelaki no 3 dan 4 membuka ikatan dan mengheret tubuhnya menuju keluar. Kan betul sangkaannya tadi! Mereka sekarang berada di atas bot.

"Aku nak campak badan kau ke dalam laut... Biar bagi ikan jerung makan..." Ketawa lelaki no 2 dengan hilaian kuat.

"Je... Jerung?" Soal Amaya tergagap - gagap. Takkan dekat laut Thailand ni ada jerung pulak!

Hatinya tidak keruan melihat air laut. Dia adalah salah satu penghidap aquaphobia, takut pada air laut!

"Ja... Jangan ca.. campak aku de.. kat la... laut..." Bicara Amaya sudah tidak lancar. Bibirnya sudah terketar - ketar menahan ketakutan. Ini adalah salah satu simptomnya bila dia berhadapan dengan air laut.

"Argh... Jangan pedulikan dia... Campak aje dia kedalam laut... Biar jadi makanan ikan..."

Blurrr!!!

Serentak itu juga tubuh Amaya dihumban ke dalam laut. Jerit pekik gadis itu langsung tak dihiraukan.

Blurr!!!

Tiba - tiba seseorang terjun ke dalam laut lalu pantas berenang menghampiri tubuh Amaya yang sudah hampir tenggelam.

Tubuh gadis itu dipaut lalu dibawa menuju ke arah tebing yang dipenuhi batu - batu. Tubuh gadis itu diletakkan di atas batu. Terbatuk - batuk Amaya bila air masin memasuki rongga hidungnya.

"Kau okay?" Suara garau seorang lelaki menyapa halwa telinganya. Dia perlahan - lahan memandang suara itu. Terpancar jelas wajah seorang lelaki tampan dihadapannya kini.

"Terima kasih kerana selamatkan saya..." Ucap Amaya. Tekaknya masih perit lagi.

Tiba - tiba muncul kumpulan yang telah mencampak Amaya ke dalam laut tadi.

"Wei... Yang kau pergi selamatkan dia dah kenapa? Kau tau tak yang dia ni pengintip?" Marah lelaki no 1 kepada si dia.

"Mana kau tahu yang perempuan ni pengintip?" Soal si dia dengan garang.

"Kalau kau tak percaya yang perempuan ni pengintip, apa kata kau buat sesuatu yang boleh buat dia mengaku yang dia ni pengintip... Amacam?" Lelaki no 1 membuat cadangan.

Si dia memikir cadangan yang diberi oleh lelaki no 1 itu.

Ah sudah! Apa yang diorang rancang ni? Apa diorang nak buat dekat aku lagi ni?

" Okay... Baik... Sekarang perempuan ni milik aku... Korang jangan kacau dia... Kalau korang kacau... Korang tau kan akibatnya..." Si dia memberi amaran. Keempat-empat lelaki itu hanya tersengih sahaja.

Tubuh kecil Amaya dikendong keluar dari celah batuan itu.

" Awak nak bawak saya pergi mana ni? "Tanya Amaya cemas.

" Kau diam kalau kau nak selamat... " Si dia menekankan suaranya. Tubuh Amaya dibawa jaub dari kawasan batuan.

Ah sudah... Apa jadi dekat amaya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience