BAB 42 Part 1

Crime Completed 6551

SATU LETUPAN BOM KEDENGARAN LAGI DARI BELAKANG BANGUNAN MENGEJUTKAN AMAYA YANG SEDANG BERUSAHA MEMBAWA TUBUH LIN WAN KELUAR DARI KAWASAN ITU.

Makna kata, bom tersebut semakin dekat ke arah mereka berdua.

Dia semakin bimbang dengan keselamatan Li Wan. Tubuhnya yang sudah semakin lemah tidak mampu menampung berat tubuh Li Wan.

Dia menangis teresak - esak di sisi Li Wan.

Ya Tuhan... Tolonglah kami di sini... Tolong selamatkan Li Wan... Doa Amaya... Tubuh Li Wan di sisi di peluk dengan erat sekali.

"Bos... Cik Amaya..."

Sayup - sayup kedengaran dua suara menusuk halwa telinganya. Suara yang cukup dikenalinya.

Terima kasih Ya Tuhan kerana menghadirkan mereka membantu kami di sini.

"Tolong kami..." Amaya bersuara perlahan.

"Apa dah jadi dengan bos ni Cik Amaya?" Soal Darren dengan suara menahan rasa. Menahan rasa sedih pastinya. Perut Li Wan yang luka berdarah dipandang cemas.

"Cepat angkat Li Wan... Bawa dia ke hospital cepat sebelum terlambat..."

Sebaik sahaja menyelesaikan ayatnya, Amaya terus pengsan di dalam dakapan Darren. Dia sudah tidak berdaya lagi.

"Cepat... Kita bawa diorang keluar sebelum bom meletup lagi..." Arah Wai.

Pantas tubuh Li Wan di bawa naik ke belakang tubuhnya lalu didukung. Manakala, tubuh Amaya pula berada dalam gendongan Darren.

"KAU CAKAP APA TADI? KAU MENGANDUNG?"

Otak One tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Dia masih tidak percaya dengan kenyataan Wanda itu.

"Ya... Saya mengandung... Saya mengandung anak awak One... Anak awak... Tolonglah... Saya merayu dekat awak... Tolong serah diri... Awak tak kesian ke dekat anak awak ni?" Rayu Wanda.

Wajahnya yang sudah lencun dengan air mata. Dia tidak mahu One membuat jenayah lagi. Cukuplah selama ini dia menjadi rakan subahat lelaki ini.

" Please One... " Rayu Wanda bila melihat lelaki itu masih mematungkan diri.

" Dia perlukan kasih..."

Terasa sempit rengkungan Wanda bila secara tiba - tiba One mencengkam lehernya.

"One... A... Apa... A... Awak... Cu... Cuba buat ni??" Soal Wanda nada suara tersekat. Nafasnya sudah tercungap - cungap akibat dari cekikan One itu.

"Kau ingat... Bila aku tahu kau mengandung... Aku akan berubah..."

"Dengar sini baik - baik betina... Aku takkan berubah sama sekali... Disebabkan diorang... Usaha yang aku bangun selama ni langsung tak berbaloi... Langsung lenyap... Dan sekarang... Kau nak aku berubah pulak... Berubah demi benda bodoh dalam perut kau tu! " Hamun One tanpa berlapik.

" Sekarang... Aku nak kau mati sekali dengan anak kau... Aku tak nak tanggung beban bodoh yang kau bawak ni... "

Cekikan di leher Wanda makin di kuatkan. Wanda ingin bersuara tetapi rengkungannya sudah di cengkam kuat. Dia memukul - mukul lengan One supaya lelaki itu melepaskan cengkamannya. Tetapi langsung tidak berjaya.

Pukulan Wanda sudah semakin lemah. Nafasnya juga semakin sempit. Hanya kematian yang berlegar di kepalanya kini.

Maafkan mama sayang...

Mama tak mampu nak nak lindung anak mama...

Sorry lambat update... Sis masih sibuk beraya bersama sanak saudara... Selamat Hari Raya semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience