BAB 43

Crime Completed 6551

LETUPAN DARI ARAH KIRI BANGUNAN usang mengejutkan Darren dan Wai yang masing - masing sedang membawa keluar Amaya dan Li Wan.

"Reeve mana?"

Melilau mata Wai mencari kelibat Reeve setelah mereka menyerahkan Li Wan dan Amaya kepada pasukan perubatan. Darren sempat berpesan kepada pasukan perubatan supaya Li Wan segera dikejarkan ke hospital memandangkan keadaan lelaki itu amat membimbangkan.

"Mana aku tahu..." Balas Darren dengan nada kepenatan. Lengannya terasa lenguh kerana menampung berat tubuh Amaya tadi.

Apa agaknya si Amaya ni makan. Badan kecik tapi berat bukan main.

Darren ni memang nak kena agaknya. Nasib bercakap dalam hati. Kalau depan si Li Wan tadi, mahu di libas balik. Dan nasib jugak member tengah tak sedar sekarang. Kalau tak, melayang nyawa kau malam ni jugak!

"Aku tak sedap hatilah..." Ujar Wai. Matanya kembali fokus ke arah letupan tadi.

"Aku rasa si Reeve ada dekat dalam sana... Jom ikut aku..."

Belum sempat si Darren melepas lelah, Wai sudah melangkah laju ke hadapan.

"Hah? Kau dah gila ke nak masuk dalam balik..." Bantah Darren. Orang dah penat, boleh pulak si Wai ni mengajak masuk semula!

Wai tidak peduli dengan bantahan Darren. Terpulang si Darren nak ikut ke tak. Yang penting sekarang adalah keselamatan sahabat mereka, Reeve. Menonong Wai masuk ke dalam tanpa mempedulikan larangan dari pihak berkuasa.

Nak tak nak, akhirnya Darren mengikuti juga langkah sahabatnya. Berlari- lari anak dia mengejar langkah Wai yang sudah semakin menjauh di hadapan. Walaupun tubuhnya sudah kepenatan.

Hish... Si Reeve ni pun satu! Buat hal betullah!

TERBATUK - BATUK REEVE BILA habuk memasuki rongga pernafasannya. Wanda yang berada di dalam dakapannya masih tidak sedarkan diri. Dia memandang serpihan kayu dan batu yang merangkap mereka berdua. Mujur juga serpihan tidak menghempap tubuhnya dengan kuat walaupun letupan bom tadi telah menggegarkan ruangan yang mereka berada sekarang.

Dia mula memunggah serpihan kayu dan batu sedikit demi sedikit. Tetapi tetap sahaja kudratnya tidak mampu untuk memunggah serpihan yang lebih besar.

"Tolong!!! Tolong!!!" Jerit Reeve dengan nyaring. Berharap ada orang mendengar jeritannya tadi.

Tidak sampai lima minit, kedengaran sayup - sayup suara teriakan memanggil dirinya. Reeve memicing telinganya dengan lebih peka.

"Reeve!!! Reeve!!! Kau dekat mana?"

Suara sahabatnya Wai dan Darren saling bertingkat memanggil dirinya.

"Weh korang!!! Aku dekat sini!!!" Teriak Reeve semula. Dia melambai - lambai tangannya dari celahan serpihan yang merangkap dia dan Wanda.

Pantas Wai menyuluh ke arah satu timbunan serpihan pagi batu dan kayu yang agak besar bila kedengaran suara dari arah tersebut.

Cahaya dari lampu tersuluh pada pada tangan Reeve yang melambai ke arah mereka.

Bergegas mereka berdua menuju ke arah sahabat mereka. Serpihan batu dan kayu yang agak berat di alihkan bagi memberi ruang kepada Reeve yang terperangkap dari dalam.

Akhirnya Reeve berjaya keluar dari situ setelah serpihan berjaya di alihkan oleh dua sahabatnya tadi.

Tubuh Wanda yang terkulai lemah diangkat lalu dicempung. Terdapat darah menitis di celahan paha wanita.

"Weh... Bukan ke minah ni Wanda kekasih..."

Belum sempat si Darren menghabiskan ayatnya, Reeve susah memotong.

"Kita kena cepat keluar dari sini... Aku tak tahu lagi berapa banyak bom yang si tak guna tu pasang..." Ujar Reeve.

Dia sudah melangkah laju ke hadapan. Keselamatan Wanda dalam bahaya sekarang. Darah makin banyak mengalir dari celah paha wanita itu sehingga mengenai lengan baju Reeve.

" Weh... Makin banyak darah keluar ni..." Wajah Wai susah berkerut risau. Baju dan lengan baju Reeve habis terpalit darah Wanda.

Sebelum melangkah keluar, sempat lagi mata Reeve mengarah ke satu tempat. Wai dan Darren ikut mengarah juga mata mereka ke arah tempat yang di pandang oleh Reeve tadi. Kesan percikan darah serta cebisan daging melekat di lantai dan dinding.

"Kau pandang apa?" Soal Darren. Tadi dia yang nak cepat. Alih - alih dia yang berhenti pulak.

"Itulah cebisan daging si psikopat, One... Senjata yang dia pasang sendiri... Senjata itu jugak yang dirinya..." Ujar Reeve dengan nada puas.

Puas kerana si psikopat seperti One akhirnya mati walaupun bukan di tangan pihak berkuasa. Tapi mati akibat dari senjata yang dicipta sendiri. Senjata yang dicipta untuk membunuh orang lain akhirnya memakan diri sendiri.

" Dah jom..."

Dia bergegas keluar dari situ. Kendongan di tubuh Wanda makin di eratkan. Sementara Wai dan Darren masih tercegat lagi situ. Mata masing - masing masih lagi fokus ke arah cebisan daging yang melekat di dinding tersebut.

"Akhirnya..." Ujar kedua - keduanya sebelum berlalu dari situ bersama senyuman puas.

Puas kerana manusia kejam seperti One akhirnya menemui ajal dengan cara yang paling tragis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience