BAB 15

Crime Completed 6551

LIMA TAHUN LALU...

SELATAN THAILAND....

Dia memandang telatah gadis itu yang sedang asyik mencium bunga mawar. Dia mendapat bunga itu dari peraih yang menjual pelbagai makanan dan buah - buahan yang hanya masuk seminggu sekali ke dalam pulau itu.

"Kau suka bunga mawar ke?" Terhenti tingkah Amaya bila Lee menyoalnya begitu.

"Ya... Bunga mawar bunga kegemaran saya..." Jawab Amaya perlahan.

"Selain bunga mawar, apa lagi yang kau suka?" Tanya Lee lagi.

"Banyak yang saya suka... Saya rindu nak makan ikan patin tempoyak, tauhu sumbat, air cincau... Yang paling penting... Rindu masakan papa, sup ayam special..." Ujar Amaya dengan wajah girang.

Lee hanya tersenyum nipis dengan angan - angan Amaya.

"Awak... Bila kita keluar dari sini? Saya rindu papa, rindu mama... Rindu rumah..." Tanya Amaya dengan nada sedih.

"Kau jangan risau... Tak lama lagi... Kita akan keluar dari sini selepas kerja aku dekat sini selesai... Aku janji..." Janji Lee.

"Janji?" Wajah Amaya penuh mengharap. Matanya tunak memandang wajah Lee.

"Ya... Aku janji..."

Terus tubuh Lee dipaut dan dipeluk dengan gembira. Tergamam Lee dengan tingkah Amaya itu. Dadanya begitu laju berdegup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience