BAB 21

Crime Completed 6551

"CIP SUDAH DITEMUKAN..."

Tersenyum sinis mulut One, bila membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh orang yang diupahnya.

One - dia adalah ketua sindiket dalam aktiviti pemerdagangan manusia yang terkejam di Thailand. Tiada siapa yang tahu akan identitinya hatta Li Wan sekalipun. Malah pihak yang menjaga antara sempadan Thailand - Malaysia juga tidak tahu akan mengenainya. Hanya orang kepercayaannya sahaja yang tahu akan indentitinya.

Nombor orang kepercayaannya dihubungi.

"Cip dah ditemukan... Aku nak korang settle kan apa yang patut dulu..." One memberi arahan.

"Budak perempuan dengan lelaki tu macam mana pulak Lau One?" Tanya orang kepercayaannya dari talian sebelah.

"Diorang berdua... Biar aku sette kan..." Jawab One.

"Baik Lau One..."

Talian dimatikan.

Gambar Li Wan dan Amaya yang berada di atas meja dicapai.

"Tak sangka rupanya kau masih hidup lagi, Lee? Liat betul nyawa kau ya?" Gambar Li Wan dipandang kemudian matanya beralih pada gambar Amaya disebelah.

"Lima tahun lepas... Aku tak dapat kau... Aku pastikan yang kali ni aku akan dapatkan kau semula... Amaya..."

Kemudian gambar kedua-duanya dihempas atas meja.

Permainan yang telah lama mati akan dihidupkan semula.

Nampaknya, kejadian lima tahun lepas akan berulang kembali.

Nyawa kedua - duanya sudah berada dalam bahaya.

Maaf... Lama sis xupdate sebab sis bru blik dri kursus...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience