EPILOG

Crime Completed 6551

"HISH PAPA DENGAN MAMA NI... ADA KE PATUT SURUH AKU PAKAI DRESS NI..." Amaya sudah mula membebel. Dress labuh berwarna putih tu dibelek lagi.

Entah apa motif papa dengan mama ni. Suruh dia pakai dress bagai. Bukan dia tak suka pakai dress. Dia suka. Lebih - lebih lagi acara macam ni. Kena tampil elegan. Tapi masalahnya, dress ni terlalu labuh sangat. Sampai dia berjalan pun kena angkat sikit ke atas. Dahlah pakai high heels. Ini semua idea mama...

Dan kini, dia sudah berada di hadapan Hotel View Park. Pernah tadi semasa hendak memakai dress, dia membantah.

"Tak payah pakai lah ma... Lecehlah... Pakai blaus, seluar slack dengan blazer pun dah cukup... Setakat jumpa client papa tu... Apalah sangat..."

"No... Mama nak Amaya pakai juga dress ni..." Bantah Madam Jenny semula.

"Tapi Ma..." Amaya masih lagi mahu membantah tetapi pantas di cantas oleh mamanya.

"Amaya kena pakai juga..." Lalu terus disua dress ke arahnya dan menyuruh dirinya untuk bersiap.

Dan... Hasilnya sekarang.

Dia melangkah perlahan - lahan menuju ke pintu masuk hotel. Penyambut tetamu sudah siap sedia menunggu dirinya di hadapan pintu masuk.

" Welcome Miss Amaya..." Penyambut tetamu menyapa dirinya.

Amaya hanya tersengih sahaja. Tidak tahu nak jawab apa. Ni betul ke dia kena jumpa client ni? Macam ada udang di sebalik batu aje...

Nak ajak mama tadi... Mama ada hal pulak...

Papa?

Tak payah... Lelaki itu awal - awal dah suruh dia wakilkan untuk jumpa client di sini. Dan pastinya, papa dengan senang lenangnya membaca surat khabar di rumah... Dan meninggalkan anaknya terkulat - kulat sendirian di sini.

"Biar saya bawakan miss ke dalam..." Penyambut tetamu no 1 yang diyakini ketuanya menawarkan bantuan.

"Ya... Boleh jugak..." Jawab Amaya sedikit gugup.

"Baik... Sila ikut saya miss..." Lalu langkah penyambut tetamu itu diikuti sehingga dia dibawa ke ruang tengah dewan yang berdekorasi mewah dan indah.

"Miss duduk dulu di sini... Dan ada kejutan akan menanti miss..." Ujar ketua penyambut tetamu itu dengan ramah.

"Hah? Kejutan? Kejutan apa?" Kejutan apa pulak ni? Tadi cakap ada client nak jumpa. Alih - alih ada kejutan pulak.

Ketua penyambut tetamu itu hanya tersenyum manis lalu meninggalkan Amaya sendirian di situ.

Tiba - tiba satu cahaya lampu terpancar ke arah Amaya. Dan slaid dihadapan Amaya pun bernyala.

Satu persatu gambar di tayang di dalam slaid itu.

Dari awal perkenalan, pertunangan, peristiwa yang mengancam nyawa sehinggalah ke gambar perkahwinan di iringi muzik Beautiful in White.

Terkebil - kebil mata Amaya bila melihat gambar - gambar itu. Matanya makin membulat bila melihat seseorang yang amat di rindui muncul di hadapannya kini. Mulutnya di katup kerana tidak percaya manusia di hadapannya kini setelah berbulan - bulan tidak bersua.

"Hello dear... Miss me?" Tanya Li Wan yang segak dengan kemeja hitam yang dipakai dengan kot yang dipakai menambahkan lagi ketampanannya.

Tangannya di depang ke arah Amaya. Amaya tanpa segan silu terus berlari lalu menjatuhkan tubuhnya ke dalam dakapan tubuh tegap suaminya.

Li Wan, lelaki yang telah disangka akan menemui ajal bila ditusuk dengan pisau yang telah dilumuri dengan racun.

Dia mengalami koma selama sebulan akibat dari konklusi yang alami. Dalam masa sebulan itu juga, Amaya berulang alik ke hospital untuk menjaga tunangnya.

Dan berita pemergian Wanda bersama bayi dalam kandungan setelah bertarung nyawa hampir seminggu turut membuatkan hatinya rapuh.

Bila Li Wan tersedar dari koma, dia harus menjalani rawatan susulan di luar negara bagi memulihkan kembali tahap kesihatannya. Dan sebelum berangkat ke luar negara, Li Wan sudah mengiktiraf dirinya sebagai isterinya yang sah.

"Bila abang balik? Langsung tak bagitau Amaya..." Marah Amaya setelah reda dari tangisannya tadi.
Wajah tampan suaminya di jeling tajam.

"Dah lama dah abang balik... Saja tak bagitau Amaya... Sebab nak suprisekan sayang abang ni..."

"Aduh... Sakit lah yang..." Mengaduh Li Wan bila satu cubitan hinggap di lengannya. Pantas dia menggosok lengannya yang perit dicubit oleh isterinya. Perit oii! Macam ketam!

"Buatlah lagi... Biar satu badan abang nanti Amaya cubit..." Ugut Amaya. Mata sengaja di besarkan. Li Wan hanya tersengih lalu dia mencubit manja pipi comel isterinya.

"Geramnya isteri abang ni..."

"Ehemm..." Tiba - tiba satu deheman dari arah belakang mematikan tingkah pasangan suami isteri itu.

"Sudah - sudahlah tu bersweetnya... Tempat awam ni... Kalau nak sambung... Sambung balik dekat rumah... Lebih afdal..." Usik Reeve. Matanya sengaja di kerling ke arah pasangan tersebut. Yang lain ketawa besar dengan udikan Reeve. Pantas Li Wan menunjuk penumbuknya ke arah Reeve. Amaya pula sudah berdiri sedikit menyorok di belakang suaminya kerana mukanya sudah tebal menahan malu.

"Dah - dah... Kita makan dulu... Perut pun dah lapar..." Mr. Tee pula bersuara mengalihkan topik. Kesemuanya mengangguk lalu terus menuju ke tempat duduk masing - masing.

Madam Jenny dan Puan Mary kelihatan berbual mesra sambil menikmati makanan manakala Mr. Tee pula berbual mesra bersama rakan - rakannya yang lain.

Geng Li Wan?

Tak usah cakaplah... Semua masuk air. Lebih - lebih lagi si Darren ni. Ada saja perangai kelakarnya yang dia buat sampai tak kering gusi mereka semua dibuatnya.

Mereka menjamu sambil ditemani lagu dari band yang telah di tempah oleh Li Wan. Dan tema mereka semua malam itu adalah BLACK AND WHITE.

MEREKA SEKARANG BERADA DI SATU BUKIT YANG BOLEH MELIHAT PEMANDANGAN BANDARAYA DARI ATAS.

Li Wan mencuri masa untuk membawa isterinya ke sini setelah usai acara di hotel tadi.

"Tenangnya bila datang sini..." Ujar Amaya. Bersandar di dada bidang suaminya membuatkan dirinya terasa tenang dan selamat.

"Nanti... Kalau Amaya nak release tension... Abang akan bawak ke sini lagi..." Li Wan memberi cadangan.

Amaya hanya mengangguk sahaja. Angin malam yang menderu membuatkan tubuhnya sedikit menggigil. Pantas Li Wan membuka kotnya lalu di sarung ke tubuh isterinya.

" Abang... Amaya nak tanya satu soalan boleh?" Tiba - tiba Amaya menyoal.

"Tanyalah... Amaya nak tanya apa?"

"Sejak bila abang jatuh cinta dengan Amaya?" Soalan cepumas dari Amaya membuatkan Li Wan terdiam sebentar.

"Betul Amaya nak tahu?" Soal Li Wan setelah berdiam diri agak lama tadi. Amaya ahnaya mengangguk sahaja.

Pantas dia memusing tubuh Amaya menghadap dirinya.

"Abang jatuh cinta dekat Amaya masa abang selamatkan Amaya dari lemas dekat laut... Masa abang selamatkan Amaya waktu tu... Abang dah berazam dalam hati... Yang abang akan jaga dan lindung Amaya walau dekat mana pun Amaya berada..."

Tiba - tiba Amaya teringat akan sesuatu.

" Jadi masa Amaya berjalan dalam hujan... Dan berhenti dekat taman bunga mawar... Abang adalah masa tu... "

Li Wan mengangguk perlahan.

Patutlah... Selama ni dia merasakan yang dirinya sering diperhati... Rupanya...

"Tapi kenapa masa tu abang tak tunjukkan diri abang yang sebenar..."

"Abang tak boleh nak tunjukkan diri abang... Abang takut yang mereka yang memburu abang akan memburu Amaya pulak... Abang tak nak Amaya dalam bahaya... Jadi... Abang hanya dapat menjaga Amaya dari jarak jauh sahaja..."

Terus Amaya memeluk erat tubuh suaminya.
Teresak - esak amaya dalam dakapan Li Wan.

Setelah agak reda, dia mendongak memandang wajah suaminya yang juga sudah lencun dengan air mata.

" Terima kasih kerana menjaga dan melindungi Amaya selama ni... I love you so much... I love you..." Kaki di jingkit sedikit dan tengkuk Li Wan tarik dengan tangannya agar dapat menyaingi tubuhnya. Lantas bibir Li Wan di kucup mesra. Li Wan juga membalas sambil memaut pinggang ramping isterinya.

Moga kebahagiaan menjadi milik buat mereka selamanya...

Yeah... Ini dia pengakhiran kisah Li Wan dan Amaya... Moga sis boleh berkarya lagi... Bye... Selamat berjumpa lagi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience