Chapter 37

Romance Completed 26341

Bab 37

… dibunuh dengan kejam.

“ Aku trauma, Ju. Semalam… aku tak sangka aku akan tengok…” sekali lagi Eddie terdiam. Dia menelan liur. “ … mayat bakal isteri aku. Kejam sangat pembunuh tu, Ju. Dia sanggup bunuh Eve dalam gaun pengantin. Eve… dia… cantik sangat… aku tahu dia nak aku tengok dia dalam pakaian tu… tapi… tapi… aku hanya mampu tengok dia bila dia dah tiada, Ju. Kau tak tahu aku menyesal… sebab tak dapat jumpa dia semalam. Kalaulah aku ada… aku boleh lindungi dia… dia takkan mati…”

Aku biarkan sahaja Eddie dengan luahan kesedihannya. Aku tidak lupa untuk mempamerkan kesedihanku yang dibuat-buat. Aku seorang pelakon yang hebat. Eddie tidak akan dapat menduga kepura-puraanku.

“ Aku rasa baik kau pergi bersihkan diri kau, Ed. Lepas ni aku temankan kau ke balai, okey? Aku akan tolong setakat yang aku mampu. Lagipun aku mungkin orang terakhir bersama-sama Eve sebelum Eve jadi mangsa.”

Eddie mengangguk lemah tanpa membalas kata-kataku. Aku menariknya keluar dari dapur dan menuju ke arah bilik tidurnya. Ketika Eddie sedang mandi, aku turut pergi untuk membersihkan diriku di bilik mandi yang berada berdekatan dengan dapur. Sehelai tuala bersih kucapai daripada almari di dalam bilik tetamu.

Lebih daripada setengah jam kemudian, Eddie muncul di ruang tamu dengan pakaian yang bersih. Walaupun begitu, wajah kacaknya masih lagi dilanda kemurungan. Aku memaut tangannya. Wajah kacaknya kupandang dengan senyuman kecil.

“ Mari. Aku yakin kita boleh tolong selesaikan kes ni. Kita akan tuntut pembelaan untuk Eve. Sekurang-kurangnya, itulah yang kita boleh lakukan untuk Eve.”

Eddie diam bersetuju dengan kata-kataku. Dia menurut sahaja sewaktu aku memimpinnya keluar dari apartmentnya. Tiba sahaja di tempat keretaku diparkir, aku menyuruh Eddie duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Aku bertindak sebagai pemandu untuknya. Eddie hanya menurut sahaja tanpa banyak soal.

Suara tangisan ibu Eve menyambut kami sebaik sahaja kami berdua masuk ke dalam balai polis. Aku perasan langkah Eddie berhenti sejenak. Mungkin dia terpegun kerana dia akan berhadapan dengan ibu bapa Eve yang sepatut menjadi bakal ibu bapa mentuanya dalam situasi yang langsung tidak pernah dijangka olehnya. Ibu Eve meraung tatkala wanita separuh umur itu ternampak Eddie di sisiku. Ibu Eve meluru ke arah kami lalu dia memaut kedua-dua bahu Eddie.

“ Ed, kenapa jadi macam ni? Kenapa Ed tak jaga dia?”

Tubuh Eddie digoyangkan berulang kali. Eddie langsung tidak berkata apa-apa. Wajahnya kembali keruh. Bapa Eve datang mendapatkan isterinya yang masih tenggelam jauh dalam kesedihannya. Lelaki separuh umur itu memujuk isterinya agar menenangkan diri.

…bersambung

Bab akan datang:

Bagaimanakah Eddie ingin menghadapi semua ini? Adakah dia akan mendapat tahu segala kebenaran?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience