Chapter 38

Romance Completed 26341

Bab 38

Tuan Alain mempelawaEddie dan ibu bapa Eve untuk masuk ke dalam sebuah bilik kecil berdekatan dengan pejabat lelaki itu. Aku menolak pelawaan Eddie untuk masuk ke dalam bersama-sama mereka dengan alasan pihak keluarga dan Eddie selaku bakal suami Eve lebih berhak untuk mendengar apa yang akan dikatakan oleh Tuan Alain.

Pandangan daripada Tuan Alain ke arahku kelihatan penuh dengan misteri. Pegawai polis itu merenungku lama sebelum dia membawa mereka bertiga ke bilik tersebut. Aku tidak dapat menduga apa di sebalik renungan lelaki itu.

Aku duduk di atas sebuah bangku yang disediakan di dalam balai polis itu. Telefonku dikeluarkan daripada poket seluar. Aku cuba mengalihkan perhatianku daripada suasana dingin di dalam balai ini kepada permainan di dalam telefonku. Tetapi, kejadian semalam yang melibatkan aku dan Eve kembali menghantui mindaku.

*

“ Ju… tolong… jangan…”

Rayuan Eve yang sudah basah bermandikan darahnya sendiri kusambut dengan hilaian tawaku. Sepasang mata itu merenungku dengan wajah kesedihan. Eve kelihatan cantik di mataku apabila gaun pengantin putih yang masih tersarung di tubuhnya sudah bercorak merah yang terhasil daripada darah merahnya sendiri. Lebih cantik daripada hari-hari yang sebelumnya.

Eve sepatutnya berterima kasih denganku kerana aku membenarkan dia mati di dalam gaun untuk hari terpenting dalam hidupnya.

“ Ju…”

Bosan dengan rayuannya, aku semakin mendekati Eve lantas menghala pisau tajam di tanganku ke arah dada kirinya.

“ Selamat tinggal, Eve. Moga kau bahagia di sana. Aku akan jaga Ed untuk kau.”

Darah merah memancut lagi. Sebahagiannya mengenai jaket hitam yang kupakai. Eve rebah tidak sedarkan diri di atas lantai. Kedua-dua matanya terbeliak seakan-akan dia langsung tidak menyangka aku tega membunuhnya.

Sayang sekali. Eve sepatutnya sudah tahu. Aku datang ke sini bukannya kerana ingin meluangkan masa dengan minum teh panas bersama-samanya. Aku datang ke sini untuk menyingkirkan parasit yang telah merosakkan hidupku buat sekian lamanya.

Tiada salahnya untuk aku membuang parasit itu, kan?

Selepas menyaksikan Eve menghembuskan nafasnya yang terakhir disebabkan oleh diriku, aku duduk mencangkung di hadapannya. Aku menutup mata yang sudah tidak bercahaya itu. Pisau yang sudah tercemar dengan darah Eve kurenung dengan wajah selamba. Mata pisau itu ketemukan dengan tubuh Eve. Dengan senyuman lebar aku menorah setiap inci tubuh parasit itu.

Eddie milik aku.

Scratch.

Eddie hanya milik aku.

Scratch.

Eddie akan selama-lamanya milik aku!

Scratch!

Suatu luka besar yang melintang menjadi ‘hadiah’ terakhirku kepada Eve. Hasil kerja pisau tajam di tanganku. Selepas itu, mata pisau itu menemui kembali dada kiri Eve. Tanpa gentar aku mengeluarkan objek merah yang masih berdenyut lemah daripada lubang merah itu.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Julie membuang segala bahan yang digunakan untuk membunuh Eve?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience