Chapter 27

Romance Completed 26341

Bab 27

“ Temankan aku untuk pilih gaun pengantin tau? Nanti aku pilih baju pengapit yang paling cantik untuk kau. Oh ya! Tempahan dewan untuk majlis tu juga. Banyaknya kerja yang aku kena buat! Alamak! Kena cari gaun untuk majlis pertunangan dulu!”

Aku masih lagi diam. Aku melihat kepada luka di lengan kiriku yang masih belum sembuh sepenuhnya. Mindaku kembali mengingati hari Liv mengajak aku menemaninya untuk menonton wayang dulu. Warna merah batu delima cincin pilihan Eddie tempoh hari menjengah ruang pandanganku.

Merah.

******

JULIE

Dua minggu selepas majlis pertunangan Eve dan Eddie. Dua minggu yang memenatkan aku kerana aku perlu menampal senyuman plastik pada wajahku pada setiap masa. Aku juga perlu menyusahkan diriku sendiri untuk berpura-pura ketawa gembira tatkala Eve dan Eddie sedang bergurau mesra.

Kini, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum majlis perkahwinan mereka berdua akan berlangsung.

Pada malam ini, Eve mengheret aku untuk menemaninya ke sebuah butik pengantin yang terkenal. Aku juga pernah menemani Eve ke butik yang sama ketika dia mahu bertemu dengan pereka fesyen di butik tersebut sebelum majlis pertunangan dia. Sebuah gaun pertunangan yang cantik dipilih oleh Eve. Untuk kali ini, dia datang untuk mengambil gaun pengantin yang direka khas oleh pereka fesyen butik tersebut.

Mungkinkah gaun cantik terakhir yang akan dipakai Eve?

“ Cik Eve mahu pihak kami ubah suai lagi gaun ni?” Emily, pereka fesyen butik itu bertanya. Eve menggeleng dengan senyuman yang lebar. Dia sedang meneliti gaun pengantin di hadapannya.

“ Dah sempurna hasil kerja Cik Emily. Terima kasih. Saya puas hati sangat-sangat.” Eve menghidu gaun pengantinnya. Seakan-akan dia sedang mencium bau harum perkahwinannya dengan Eddie kelak.

Sekiranya dia berpeluang untuk menghadiri perkahwinan itu.

“ Cantik, kan Ju? Atau kau rasa aku kena ubah apa-apa lagi?” Eve bertanyakan pendapatku. Aku menggeleng dengan senyuman palsu pada wajahku.

“ Tak perlu. Gaun tu akan betul-betul sempurna bila kau pakai.”

“ Ju! Baiknya kau!”

Eve meluru ke arahku lalu memelukku seerat-eratnya. Aku hampir putus nafas buat seketika.

“ Aku akan pastikan gaun pengapit kau yang paling cantik di dunia ni, Ju! Biar dunia tahu aku pengantin yang paling cantik dan bahagia. Kau pula pengapit yang paling cantik dan manis di dunia ni!”

Aku hanya tersenyum. Eve masih dengan dunia bahagianya.

Ya. Kau akan jadi pengantin yang paling cantik dan bahagia. Sekiranya aku benarkan kau, Eve.

“ Gaun untuk pengapit akan siap esok, kan?” Eve bertanya.

“ Ya. Ada sedikit pengubahsuaian. Esok saya akan pastikan dengan cik.”

“ Harap-harap dapat siapkan esok. Tinggal empat hari lagi sebelum majlis tu.”

…bersambung

Bab akan datang:

Apa maksud Julie itu adalah gaun terakhir Eve?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience