Chapter 43

Romance Completed 26341

Bab 43

“ Kopi kau dah habis. Aku tambahkan untuk kau ya?”

“ Boleh. Terima kasih.”

Aku berlalu ke dapur dengan cawan kopi Eddie bersama-sama cawan kopiku. Dari dapur aku dapat mendengar bunyi televisyen terpasang. Rasanya Eddie sedang memasang VCD kerana aku dapat mendengar bunyi seperti kotak VCD sedang dibuka. Bunyi seperti filem dipasang di televisyen mula kedengaran. Eddie menaikkan volume suara.

Aku tersenyum kerana terfikir aku dapat menonton filem bersama-sama Eddie pada malam ini. Aku belum pernah menonton filem berdua dengan Eddie. Eve akan turut serta sekaligus menghalangku daripada meluangkan masa hanya bersama-sama Eddie. Tetapi, senyuman aku pudar serta merta apabila mendengar suara yang kurasakan amat kukenali daripada televisyen itu. Mataku bulat sebaik sahaja aku berjaya mengenali pemilik suara itu.

Eve!

“ Ju… kenapa?”

Itu… suara Eve sewaktu dia merayu kepadaku semalam. Suara tu…

“ Kenapa…?”

Suara itu datang lagi. Kakiku terasa lemah tiba-tiba. Aku berhenti daripada kerjaku di dapur. Aku dapat merasakan peluh dingin mula membasahi tubuhku. Aku masih tidak mempercayai apa yang sedang kudengar kini.

“ Apa… kenapa…?”

“ Ed…”

Suara aku muncul selepas rintihan Eve. Nafasku mula tidak seimbang. Dadaku turun naik lalu membuatkan aku terasa sakit.

Apa maksud semua ni?

Apa?

Apa?!

“ Kau takkan dapat Ed, Eve. Ed. Aku. Ed dan aku.”

Hilaian tawaku yang tiada perikemanusiaan mendominasi ruangan apartment Eddie. Aku mengepal kedua-dua tanganku. Aku cuba menghalang tubuhku daripada terus menggigil, daripada terus membuatkan aku terasa seperti ais yang mencair kerana terik matahari.

“ Kau sanggup… demi Ed?”

Kakiku berada di muka pintu dapur. Eddie sedang berdiri di hadapan televisyen dengan wajah yang tidak dapat kuduga. Perlahan wajah itu merenung ke arahku. Langsung tiada senyuman yang selalu dia lemparkan terhadapku. Dingin.

“ Ed… aku…”

Aku cubauntuk memberi alasan. Aku cubauntuk mencari jalan agar Eddie akan kembali tersenyum kepadaku. Aku cuba untuk tidak membenarkan Eddie mempercayai apa yang sedang didengarnya kini.

“ Ju… tolong… jangan…”

Hilaian tawa kejam aku kembali memecah kesunyian di antara kami. Lidahku kelu untuk berkata-kata. Mataku semakin bulat memandang Eddie yang masih dengan wajah dinginnya.

“ Ju…”

Eddie masih lagi diam.

“ Selamat tinggal, Eve. Moga kau bahagia di sana. Aku akan jaga Ed untuk kau.”

Eddie menutup televisyen sebelum dia menghadap aku. Aku masih di muka pintu dapur. Aku tidak dapat bergerak walau hanya ibu jari tanganku. Mataku terkunci pada wajah Eddie yang mula kemerahan. Aku bingung. Aku takut. Ini merupakan kali pertama aku melihat Eddie dengan wajah yang penuh kemarahan terhadapku.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Julie akan berjaya memiliki hati Eddie atau semuanya tinggal harapan sahaja?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience