Chapter 2

Romance Completed 26341

Bab 2

Sambil menikmati kek vanila buatan Eve yang selalu dipuji Eddie, masaku di flat sewaan Eve dihabiskan dengan mendengar kisah-kisah Eve mengenai lelaki pujaan hatinya itu. Aku tahu Eve dan Eddie saling mencintai antara satu sama lain tetapi kadang kala aku mengaku, aku agak meluat dengan kisah-kisah cinta mereka yang sudah basi di telingaku. Eve teramat suka mengulang apa sahaja cerita yang melibatkan dirinya dengan Eddie.

Aku harap Eve tak akan pernah perasan apa perasaan sebenar aku tatkala mendengar kisah-kisah cinta dia dan Eddue yang aku sedaya upaya lindungi daripada sebalik senyuman dan tawa gembiraku.

“ BilaEd balik?” Soalan yang sudah kutahu jawapannya aku ajukan kepada Eve yang masih dengan wajah gembiranya.

“ Katanya dua hari lagi. Tak sabarnya aku! Dah lama aku tak jumpa dia,” Eve menyuarakan kegembiraannya yang tidak sudah-sudah dan aku hanya mampu tersenyum sahaja.

“ Kau dah rancangan apa-apa ke untuk Ed?”

“ Aku nak ajak Ed makan malam kat sini. Dah lama aku tak masak untuk dia.” Eve tersenyum malu.

Aku sudah tahu mengenai Eddie yang teramat sukakan masakan kekasihnya itu. Sering kali juga mereka berdua mengajak aku untuk makan malam bersama-sama mereka.

“ Lupa pula!” kata Eve mengejut. Aku diam sahaja memerhatikan dia. Mata Eve tepat memandang wajahku.

“ Apa pendapat kau pasal perjumpaan kita dengan kawan-kawan Ed minggu lepas?”

Eve mengutarakan soalan yang aku cuba elak. Aku mengeluh. Rasanya ini sudah kali ke seratus mungkin aku mengulang jawapan yang sama setiap kali Eve bertanyakan soalan itu.

“ Tak minat. Aku tak berkenan kat siapa-siapa kawan Ed.”

“ Apa? Mereka semua baiklah. Kacak dan kaya pun ya juga. Walau pun tak sekacak, sekaya dan sebaik Ed aku.”

Eve bersuara mendayu sewaktu menyuarakan kelebihan-kelebihan kekasih hatinya itu. Sepasang mata yang dipenuhi dengan rasa cinta Eve terhadap Eddie itu dihala terus kepada gambar mereka berdua sewaktu sambutan ulang tahun kelima hubungan mereka berdua yang lepas.

Apabila Eve selalu melebih-lebihkan kebolehan yang ada pada Eddie, aku akui ada rasa geram dan meluat datang kepadaku. Daripada gaya Eve dan nada suaranya, dia seakan-akan memperlekehkan aku yang masih tidak mempunyai ikatan cinta dengan sesiapa.

Tapi, aku bukannya bermaksud untuk hidup seorang diri. Lelaki itu sudah lama berada dalam hatiku.

“ Kalau kau tak berkenan dengan mereka, nanti aku carikan yang lain. Aku tak sukalah kau masih seorang macam ni. Umur kita dah sesuai untuk kahwin dah, Ju!”

Aku tergelak. Eve tidak habis-habis mengingatkan aku mengenai umur kami. Adakah kami berdua sudah terlalu tua sehingga sudah layak untuk berkahwin?

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Julie cemburu dengan hubungan Eve dan Eddie?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience